Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Nur Fazura sambut harijadi Randy Seidman

Jumaat, 7 Mac 2014

Ini adalah gambar yang menceritakan pelakon, Nur Fazura telah menyambut harijadi kawan baiknya iaitu Randy Seidman seorang rakyat Amerika Syarikat yang datang ke Malaysia baru-baru ini.

Randy Seidman ni sebenarnya seorang deejay. Mari kita lihat gambar seterusnya.

Suami Fouziah Gous jadi pilot bertauliah! (gambar)

Khamis, 6 Mac 2014

Dikhabarkan yang suami kepada pelakon Fouziah Gous, Zhaf Yusof telah menerima satu sijil pertaulihan oleh Malaysian Flying Academy (MFA) untuk bergelar seorang juruterbang.

Beberapa keping gambar sudah dimuatnaik ketika majlis penuh bersejarah bagi pasangan suami isteri ini. Tahniah!

Gambar percutian Reen Rahim timbul kontroversi

Reen Rahim masih lagi terlalu asing buat kita. Dia ni merupakan juara program realiti Pilih Kasih musim ke-3 yang lalu dan kini bergelar seorang pelakon.

Namun timbul isu apabila dia memuatnaik gambar percutiannya di pulau peranginan terkenal, Koh Lipe, Thailand. Ramai yang menghantar komen mengecam aktiviti Reen ketika itu yang dikatakan memakai bikini.

Namun begitulah lumrah bila melangkah menjadi anak seni, tak lepas dari sebarang gosip dan ujian, yang penting pandai handle, lagi bagus tak payah muatnaik gambar-gambar private ni. kuikui. :)
“Minta maaflah. Kalau setakat komen dengan cara yang biadab dan kasar, saya takkan ambil kisah pandangan mereka. Bagi saya, gambar yang dikongsi itu tidak keterlaluan dan boleh diterima keluarga sendiri, saya tak anggap ia satu masalah,” -Reen, petikan HarianMetro

Bila Chef Wan Komen Kedai Mamak

Muka bukan main happy lagi Datuk Chef Wan dalam gambar yang dimuatnaknya, sekali bila dia mengomen pada gambar tu, sekali mengena pula yang tersimpan dalam senyumannya itu.

Tepuk dada tanya selera kita, nak ikut bujet or ikut kebersihan. kuikui.. -gambar forum Cari

Saya tidak takut pada karma! - Hanez Suraya

Akhirnya Hanez Suraya telah membuka mulut berhubung situasi yang melandanya kini. Kemelut yang dikatakan merampas suami orang telah membuatkan Hanez membuat sidang medianya semalam di Hotel One World dengan ditemani 2 orang peguam yang dilantiknya.

Namun memetik portal mStar semalam, Hanez akui tidak takut balasan hukuman karma jika dia berada dipihak yang benar memiliki hubungan dengan seorang jejaka bernama Romie yang dikenalinya sejak bulan Disember yang lalu.
"Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar.

"Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu," -Hanez
Dalam hal yang lain, Hanez menafikan yang dirinya adalah punca sebenar pergolakan rumahtangga yang didakwa Nurliyana sebelum ini, bahkan Hanez memerintahkan agar Nurliyana segera meminta maaf secara terbuka dengan lakonannya menuduh Hanez seperti itu.

Namun tiada kata apa-apa komen daripada Romie mengenai status perkahwinanya dengan Nurliyana, yang sempat dijawab adalah mengenai hubungannya dengan Hanez.
"Sejak mengenali dia, saya memang jujur untuk berkawan malah saya turut menjelaskan situasi saya (sedang menyelesaikan kes perceraian).

"Saya menunjukkan kejujuran saya dengan berjumpa sendiri keluarga Hanez dan mereka langsung tidak masuk campur urusan saya dengan Nurliyana.

"Soal jodoh kami (dengan Hanez) sekarang ini, biarlah takdir menentukan," -Romie

Gambar pra perkahwinan Aidil, Zarema

Tak lama lagi pasangan kekasih Aidil Zafuan dan Zarema Zainal akan mendirikan rumahtangga dan bergelar suami isteri. Dengan kesempatan itu, kedua-dua nya telah membuat satu sesi fotograpi untuk pra perkahwinan mereka. Pemilihan lokasi di kawasan taman hutan dengan dihiasi suasana yang tenteram dan nyaman. -gambar Facebook WunderClique

3 Gambar Hazlin Hussain bertudung

Rabu, 5 Mac 2014

Semalam adalah penampilan pertama Hazlin Hussain di dalam rancangan 999 Tv3 dimana dia bertudung/berhijab pada dirinya.

Namun akuinya, dia telah bertudung sudah seminggu selepas kawan karibnya meninggal dunia. Baginya lagi, bila bertudung, rasa diri sangat selesa dan selamat dari gangguan orang lain.

Namun gambar-gambar lama Hazlin yang masih ada di carian Google itu (sebelum bertudung) mempunyai tanggapan melalui Hazlin sendiri.

Gambar majlis akikah anak Marion Caunter

Baru-baru ini kalau tidak silap hujung minggu yang lalu, Marion Caunter dan suami, SM Nasarudin telah mengadakan majlis akikah cukur jambul anak ke-2 mereka, Lana Rose.

Lana Rose kini sudah berusia 3 bulan dan nampak kelihatan sihat serta comel gitu.

Erra Fazira digosipkan dengan Menteri

Episod perceraian Erra Fazira dengan Engku Emran menimbulkan banyak cerita dan spikulasi sebab mengapa mereka bercerai.

Yang terbaru, sebab perceraian mereka didakwa melibatkan orang ketiga, dan ianya melalui Erra Fazira berkenalan dengan seorang Menteri.

Dia adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan. Namun gosip yang melibatkan dua pihak ini mendapat reaksi yang negatif daripada kedua-duanya.
“Mentang-mentanglah saya ibu tunggal, jangan mudah nak aibkan saya sesuka hati. Saya ada keluarga, begitu juga pihak yang dikaitkan itu yang ada keluarga perlu dijaga.

“Saya sebenarnya tidak kenal pun Ku Nan. Apabila disebut nama penuhnya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, saya macam pernah dengar. Rupa-rupanya beliau seorang menteri dan saya sememangnya tidak pernah bekerjasama dengan beliau,” -Erra
“Saya lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinan saya. Saya dengan Erra Fazira tidak.. tidak. Saya bahagia dengan perkahwinan saya,” -Ku Nan

Gambar Kad perkhawinan Syamsul, Putri Sarah

Debaran kian terasa untuk dua jiwa disatukan tidak lama lagi, Syamsul Yusof dengan Putri Sarah Liyana. Mereka kini sedang giat membuat perancangan akhir untuk hari bersejarah bergelar suami isteri.

Pengedaran kad pernikahan dan perkahwinan juga sudah diedarkan kepada kenalan, suadara mara, kawan-kawan dan juga media.

Kad yang simple dan cantik ini sudah cukup menunjukkan mereka cukup bersederhana dalam pembelanjaan perkahwinan.

Kita lihat dan nantikan 8 Mac ini ok.

Azwan, Nad Zainal ke kursus kahwin

Selasa, 4 Mac 2014

Memetik portal mStar semalam, pelakon Azwan Kombos dengan kekasihnya, Nad Zainal sudah pergi ke kursus kahwin yang diadakan pada 1 dan 2 Mac yang lalu.

Namun Azwan belum memastikan lagi samaada untuk berumahtagga dalam masa terdekat. Dan merancang 2 tahun dari sekarang untuk ke arah itu.
"Ya, kami ada menghadiri kursus kahwin pada minggu lalu di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Namun tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Bagi saya ambil kursus perkahwinan ini macam ambil lesen, kita boleh ambil bila-bila walaupun belum ada tarikh atau perancangan sekalipun, "

"Buat masa ini kami ingin fokus dalam kerjaya dan kumpul duit terlebih dahulu.

"Insya-Allah kalau tak ada halangan dalam masa dua tahun lagi (akan kahwin). Jodoh Allah yang tentukan, kalau boleh saya pun ingin perkara ini berlaku lebih awal," -Azwan

Umie Aida nafi mahu bercerai..

Desas desus mengatakan rumahtangga pelakon, Datin Paduka Umie Aida dengan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin kini ada masalah, ianya timbul disebabkan status yang mencurigakan Umie di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Namun menyebut sumber lain, ada pihak ketiga yang muncul di dalam masalah rumahtangga berkenaan. Umie mengakui ada terdapat sedikit masalah, namun menafikan masalah yang dihadapi akan ke arah perceraian.
“Mana mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, kita kan manusia? Masing masing sibuk. Mungkin juga ketika gambar dan video yang dimuat naik dalam Instagram itu ada masalah yang timbul. Tapi, tidaklah sampai ke arah itu”

“Rumahtangga kami OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuanNya. Siapa kita nak cakap andai penceraian jalan terakhir yang baik atau sebaliknya. saya mengharapkan yang terbaik untuk rumah tangga kami,” -Umie

Radhi OAG akan tamatkan zaman duda, nikah pada...

Memetik portal Bharian semalam, penyanyi sensasi, Radhi OAG akan menamatkan zaman dudanya, dengan menikahi kekasihnya, Nur Shahira Ayu yang berusia 20 tahun, pada bulan April 2014.

Bahkan Radhi juga akan pergi ke kursus kahwin kerana mahu menambahkan lagi ilmu pengetahuannya mengenai alam rumahtangga dan tidak mahu musnah buat kali ke-2.
“Walaupun pernah berkahwin, saya akan mengambil kursus perkahwinan pada 15 Februari depan. Ini kerana saya mahu fokus demi tak tersilap langkah. Kalau mengikut kehendak keluarga Ayu, banyak modal yang perlu dikeluarkan. Saya rasa mungkin lambat lagi kami akan berkahwin sebab saya baru hendak membina karier semula.

“Alhamdulillah, walaupun saya ada kisah silam, tetapi, keluarga Ayu menerima saya seadanya dengan perubahan pada diri saya. Pada mulanya, majlis persandingan mahu diadakan pada Ogos depan. Tetapi, Insya-Allah mungkin akhir tahun ini. Biar apapun, kita selesaikan perkara wajib dulu,” -Radhi

Gambar kekasih Amir Raja Lawak?

Terbaru, Amir Raja Lawak mendedahkan disebalik siapa wajah wanita yang sudah mula bertaut pada hatinya. Sebelum ini Amir Raja Lawak memberitahu ada dua orang wanita yang 'melekat' pada dirinya.

Dan mereka berdua dikenali melalui rangkaian sosial Wechat. Namun hanya seorang sahaja yang Amir akui telah jatuh hati. Ikut sumber gambar diatas adalah orangnya, mereka berdua tengah makan di Curve Damansara.

Gambar Lana Nordin menunaikan umrah

Beberapa hari yang lalu, pelakon, Lana Nordin sudah selamat menunaikan ibadah umrah di tanah Suci Makkah ditemani ahli keluarga serta kawan baiknya, Lisdawati bersama suami, Fauzi Nawawi.

Kelihatan Lana sungguh cantik bertudung aka bertelekung. Semoga dengan kembalinya Lana, dapat kita lihat perubahan pada dirinya. :)

Inikah kekasih hati Hafiz Suip

Isnin, 3 Mac 2014

Dengarnya Hafiz Suip sudah memiliki kekasih hati. Wanita berkenaan dikenalinya 4 tahun lalu dan seorang mahasiswi di sebuah IPT tempatan. Namun Hafiz menganggap mereka sebagai kawan biasa sahaja tak lebih dari itu.

Dan paling istimewa sekali, wanita berkenaan sudah dibawa berjumpa dengan orang tua Hafiz.

Gambar anak Que Haidar, Linda terkini

Kelibat Que Haidar dalam dunia seni memang sudah jarang kelihatan. Namun bila membuka laman sosial Twitter miliknya, dia adalah salah seorang selebriti yang aktif dengan laman berkenaan.

Terbaru mengenai dua orang anaknya iaitu Tengku Ratu Haidar, 5, dan Tengku Cleopatra, 3. Anak-anak dah membesar, maka sudah masanya mereka mencoraknya.

Pencorakkan kali pertama yang dapat dilihat adalah dimulakan dengan kelas tarian ballet, sepertinya mengikuti jejak langkah ibunya, Linda Jasmine. -twitter que_haidar

Zain andai Rozita sudah mengandung!

Ada kejutan yang baru sahaja kita dengar, Zain Saidin suami kepada Rozita Che Wan membuat andaian yang isterinya itu kemungkinan besar sudah berbadan dua aka hamil/mengandung.

Namun ketika ini, memetik portal mStar, dia masih menunggu keputusan muktamad doktor yang membuat rawatan kehamilan Rozita.
"Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada 'orang baru' akan sertai kami sekeluarga atau tidak.

"Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri,"

"Masih terlalu awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami," ujarnya.

Hanez Suraya rampas suami saya! - Liyana

Seorang wanita tampil memberitahu yang Hanez Suraya sebenarnya merampas suaminya. Ini kerana sebelum ini Hanez menolak dakwaan dia merampas suami orang(dikenali sebagai R) dengan memberitahu kekasihnya itu berstatus duda anak 2 dan bukan lagi suami orang.

Menurut sisipan Berita Harian, Liyana isteri kepada R telah tampil memberikan kenyataan dari pihaknya berhubung status rumah tangga mereka sekaligus menjelaskan kesan kehadiran Hanez dalam hubungan mereka.
“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kena Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu, sedangkan saya masih isteri R yang sah. Apa tujuannya, mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup cukuplah maruah saya disiat siat!

“Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah tapi apa yang dapat saya katakan konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya. Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu, sedangkan rumah tangga kami berantakan baru sahaja enam bulan. Bermakna, rumah tangga kami lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya.”

“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula tolong hormat perasaan saya selagi saya bergelar isteri R.”
Untuk menjelaskan isu ini, Hanez bakal mengadakan sidang media mungkin Rabu ini. Sebelum ini sidang media terpaksa ditunda ekoran peguam Hanez berada di luar negara. Liyana Manan juga menunjukkan beberapa keping gambar percutian suaminya bersama Hanez Suraya ke Bangkok, Thailand untuk meraikan ulangtahun kelahiran jejaka itu sebagai bukti hubungan mereka yang terjalin.

10 Gambar sekitar perkahwinan Syanie, Nadi Putera


Syanie Hisham, 39, sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, di sini, hari sabtu lalu.

Pernikahan kali kedua bagi Syanie disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail.

Pengacara 999, Hazlin sudah bertudung

Sabtu, 1 Mac 2014

Dengarnya, pengacara program 999 TV3, Hazlin Hussain kehilangan kawan baiknya. Namun disebalik kehilangan kawan baiknya itu, Hazlin kini sudah berubah kepada berhijab.

Inilah hikmah rahsia disebalik rahsia. semoga roh kawan baik Hazlin ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. -sumber mynewshub

Raja Azmi Pernah Mencuri barang kemas nenek!

Mememtik portal mStar, Raja Azmi dikatakan pernah bersikap nakal pada usia 19 tahunnya. Dia dikatakan mencuri dan menjual barang kemas kepunyaan neneknya.

Ini adalah salah satu kisah buruk yang terlintas di fikiran Raja Azmi ketika memijakkan kaki ke Makkah untuk menunaikan umrah sejak 11 Februari yang lalu sehingga 23 Februari ditemani oleh rakan-rakanya.