Pada:
Isnin, 3 Mac 2014
Dan paling istimewa sekali, wanita berkenaan sudah dibawa berjumpa dengan orang tua Hafiz.
“Saya akui berkawan dengan seorang wanita dan sebelum ini saya pernah bersamanya ke MLM kemungkinan dari situlah ramai orang melihatnya. Apa yang ingin saya beritahu ialah bahawa kami masih dalam proses berkawan dan saling mengenali hati budi”
“Lagipun dia kini masih belajar dan kalau boleh saya tidak mahu (hubungan kami) menjejaskan pelajaran dan privasinya,”
“Saya sudah mengenalinya lebih 4 tahun, dan nampaknya kami mempunyai keserasian. Saya sebenarnya suka seseorang perempuan yang boleh memahami kerjaya saya dan yang paling penting sekali hormat kepada kedua-dua ibubapa saya.
“Secara jujurnya setiap perkenalan sememangnya saya akan bawa mereka untuk bertemu dengan ibubapa saya. Restu mereka amatlah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan termasuklah dengan kerjaya kita”
“Alhamdulillah, setakat ini ibubapa saya boleh menerimanya dan hubungan kami tidak ada masalah. Walaubagaimanapun, saya tidak boleh mendedahkan identiti dia terlebih dahulu kerana menghormatinya, tetapi bukanlah untuk menyorokkannya”
“Hubungan yang belum boleh dijelaskan kerana kita tak tahu apa yang akan jadi selepas ini, sekiranya betul-betul saya bercinta atau mahu berkahwin saya akan memberitahu kepada semua peminat dan media-media,”
“Belum terfikir untuk berkahwin lagi kerana saya mahu focus pada kerjaya terlebh dahulu dan kemungkinan besar selepas 3 tahun daripada sekarang ataupun sebelum umur saya menjangkau 30 tahun,” -Hafiz
Tag : Cinta , Fesyen Rambut , Gossip Artis , Hafiz AF7 , Kekasih Artis , Penyanyi






