Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Stacy di jangkiti virus H1N1!
Beberapa hari lalu, Stacy ada membuat kenyataan di laman sosial Twitter miliknya mengenai dirinya yang dijangkiti virus H1N1 (selesema burung).
Namun tidak diketahui sejauh mana keadaan Stacy walaupun menyedari dia ada kekkuatan ketika menyanyi membuat persembahan ketika malam Anugerah Meletop Era.
Portal Kosmo! semalam ada membuat wawancara dengan Stacy menanyakan lagi lanjut mengenai keadaan sebenarnya..

Sejak bila anda disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1)?
STACY: Saya mula demam, batuk dan selesema sejak beberapa hari sebelum membuat persembahan pada malam anugerah MeleTOP Era. Ketika itu, saya anggap hanya demam biasa sahaja. Walaupun saya telah makan ubat, namun, suhu badan tetap tidak turun. Jadi, pada malam tersebut, saya terpaksa menggagahkan diri untuk mengadakan persembahan.
Jadi, bila anda pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan?
Saya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan pada hari Ahad lalu. Ketika itu, demam yang saya alami masih kuat, tekak pula semakin perit dan sendi-sendi terasa sungguh ngilu. Badan saya berasa sangat sakit sehingga saya tidak mampu untuk bergerak. Doktor di klinik tersebut mengesahkan bahawa saya dijangkiti virus Influenza A.
Apakah tindakan anda selanjutnya?
Kemudian, saya pergi ke sebuah hospital di Subang, Selangor untuk membuat pemeriksaan darah. Doktor di sana memberi saya suntikan bagi mengurangkan demam dan beberapa jenis ubat untuk dihabiskan dalam tempoh lima hari. Saya juga diminta untuk datang semula selepas tempoh itu untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.
Bagaimana dengan keadaan anak angkat anda, Bella De Luna Valentina, dua tahun, setakat ini?
Saya agak risau kerana Bella sudah menunjukkan rasa kurang sihat. Badannya sedikit panas dan sudah mula menunjukkan simptom selesema. Jadi, saya akan membawanya ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin.
Anda membawa anak anda bersama pulang ke Sabah?
Ya, saya ada membawa Bella bersama. Tujuan kami balik ke Sabah kerana ingin menyambut hari lahir Bella pada 14 Februari ini. Saya sangat berharap agar Bella sihat dan tidak dijangkiti virus yang sama.
Adakah anda pernah mendapatkan sebarang suntikan vaksin untuk menghalang dijangkiti virus berkenaan beberapa tahun lalu?
Ya, sewaktu virus H1N1 melanda negara tidak lama dahulu, saya ada mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelakkan dijangkiti penyakit itu. Saya kurang pasti mengapa saya masih berisiko untuk dijangkiti virus berkenaan.
Buat masa ini, apa langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan pada orang lain?
Sekarang saya mengikuti nasihat doktor dengan banyak berehat di kampung. Suhu badan mulai turun dan saya juga dimestikan untuk memakai topeng muka setiap masa agar virus ini tidak berjangkit dengan ahli keluarga yang lain.
Gambar Isteri Daus AF8 Mengandung
Daus AF8 yang juga finalis program realiti berkenaan dengan mendapat tempat ke-3 kini dikhabarkan isterinya telah sarat hamil/mengandung anak sulung kalau tidak silap.
Dan menunggu hari untuk bersalin. Dan tak lama lagi Daus akan bergelar ayah. :) gambar - www.momentlicious.com
Dan menunggu hari untuk bersalin. Dan tak lama lagi Daus akan bergelar ayah. :) gambar - www.momentlicious.com
Zizan Minta Maaf Isu Pakaian Ala Askar
Rabu, 12 Februari 2014
Akhirnya, Zizan Razak mengakui dia membuat satu kesilapan di dalam fesyen yang dipakainya di dalam anugerah Meletop Era minggu lalu.
Pakaian ala tentera ATM itu menunjukan logo dan pingat yang sememangnya menjadi impian setiap askar.
Namun Zizan akui dia meminta maaf kepada sesiapa yang terlibat menerusi portal mStar semalam.
Pakaian ala tentera ATM itu menunjukan logo dan pingat yang sememangnya menjadi impian setiap askar.
Namun Zizan akui dia meminta maaf kepada sesiapa yang terlibat menerusi portal mStar semalam.
"Sebelum setuju memakai pakaian berkenaan saya sendiri bertanya dengan pereka fesyennya adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya memakai pakaian menyerupai anggota keselamatan negara.
"Namun pihak mereka meyakinkan saya bahawa ia tidak akan menjadi isu kerana sekiranya lencana tersebut dipakai dengan kedudukan yang betul ia tidak menjadi sebarang kesalahan.
"Bagaimanapun perkara sudah terjadi dan saya mohon maaf terhadap kejadian itu," -Zizan
"Baik pihak Zizan atau pun Bianco Mimosa kami tidak ada apa-apa niat untuk menghina atau tidak menghormati mana-mana pasukan keselamatan di negara ini dengan sengaja menggunakan lencana berkenaan.
"Kami kesal dengan kejadian itu dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat," -Butik Bianco Mimosa
Amir Raja Lawak digilai 2 wanita!
Selasa, 11 Februari 2014
Ha siapa kata takde orang perempuan minat kat Amir Raja Lawak ni. Dia mengakui pernah kecewa dengan 5 orang wanita yang didakwa cuba memainkan perasaannya.
Namun kali ini Amir yang sudah mencecah usia 25 tahun tidak menafikan terdapat 2 orang wanita yang kini rapat dengannya.
Portal mStar melaporkan yang 2 wanita itu dikenali melalui laman sosial WeChat. Yang masing-masing berumur 20 dan 23 tahun.

“Saya mengaku sekarang ini ada dua orang wanita yang ‘gilakan’ saya. Dua-duanya orang KL (Kuala Lumpur). Kami kenal melalui WeChat. Saya mengaku saya sukakan mereka,
“Di antara mereka berdua, saya akan pilih yang mana satu paling baik. Saya mahu wanita yang faham kerjaya saya dan tidak cepat merajuk. Kedua-dua mereka cukup istimewa kerana seorang tu kurus dan seorang lagi agak comel. Buat masa ini hati saya lebih terbuka kepada yang comel,” -Amir
Badan Saya Original! -Tasha Shila
Lagi mengenai fesyen di Anugerah Meletop Era. Kali ini pelakon wanita, Tasha Shila yang didakwa segelintir pihak dimana dia memakai padding untuk kelihatan montok dibahagian punggung dan dadanya.
Namun memetik sebuah blog hiburan, Tasha menafikan sekeras-kerasnya, dan ianya adalah original dengan senaman yang dilakukan selama ini. -gambar Ohbulan
Namun memetik sebuah blog hiburan, Tasha menafikan sekeras-kerasnya, dan ianya adalah original dengan senaman yang dilakukan selama ini. -gambar Ohbulan
"Saya taknak komen banyak pasal ni. Terpulanglah orang nak cakap apa. Apa yang ada di badan saya memang original sebab saya selalu amalkan senaman. Saya tak perlukan padding.
Kalau orang kat luar sana nak bentuk badan macam saya, pergilah buat senaman. Kawan saya, Sakinah pun dah buat kelas senaman, boleh ikut serta untuk miliki badan yang cantik dan sihat." -Tasha
Isteri Black: Disangka Hamil Tapi..
Menurut portal mStar semalam, isteri penyanyi Black Hanafiah, Naquia telah dikejarkan ke hospital Columbia Asia dan ditahan di wadnya.
Ianya berikutan isterinya disahkan terkena jangkitan demam denggi sejak hari Sabtu yang lalu. Pada awalnya, Naquia muntah-muntah dan Black menyangka isterinya hamil, namun apabila membuat pemeriksaan, dia terkena jangkitan demam denggi.

"Pada mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Bagaimanapun keadaannya semakin buruk sejak dua hari lalu apabila demamnya tidak kebah dan sentiasa muntah-muntah membuatkan saya cemas dan membawanya ke hospital,"
"Doktor membenarkan dia keluar tetapi saya minta dia berehat di hospital bagi memastikan dia betul-betul sihat tambahan pula dalam masa dua hari ini dia perlu hadir untuk membuat pemeriksaan susulan," katanya.
Baju Zizan Razak di Meletop Dapat Kecaman!
Masa malam anugerah Meletop Era hujung minggu lalu, ramai selebriti berpakaian dan berfesyen menarik. Dan tidak ketinggalan Zizan Razak.
Namun fesyen yang digunakan oleh Zizan ala tentera regimen Melayu itu telah mendapat reaksi yang kurang senang oleh sebilangan ahli ATM.
Mereka merasakan pingat yang menjadi idaman mereka sudah boleh dibuat 'main-main' sebagai fesyen baju.
Kes seperti ini juga pernah berlaku kepada Farid Kamil apabila waktu dia memakai pakaian tentera ketika majlis resepsinya.
Zubir Bipop Hina Pengawal Keselamatan
Baru-baru ni, pengarang berita Bharian, Zubir Bipop telah meluahkan satu perasaan yang tak disangka-sangka sangat 'jelek' dibaca melalui laman sosial nya.
Ianya berkaitan dengan pengawal keselamatan wanita yang bertugas di sekitar KLCC. Ikut situasi, kalau dah peraturan kenalah patuhi, namun Zubir tidak puas hati dengan tindakan pengawal keselamatan berkenaan.
Sampai rasanya tak suka duduk di Malaysia katanya dengan menghina lagi, macamlah dirinya sempurna sangat macam nabi. Nabi sempurna pun tak maki dan menghina orang kan.

28 Feb. Lana Nordin Tunaikan Umrah
Isnin, 10 Februari 2014
Pelakon Lana Nordin yang sudah memendam niat untuk berumrah akhirnya akan menjadi impian. Apabila tarikh 28 Feb. ini dia dengan rakan artisnya, Lisdawati akan pergi bersama-sama.
Memetik portal mStar, Lana pergi umrah adalah untuk mendekatkan diri, ketenangan jiwa dan berdoa memohon jodoh.
Memetik portal mStar, Lana pergi umrah adalah untuk mendekatkan diri, ketenangan jiwa dan berdoa memohon jodoh.
"Saya sudah merancang lama untuk menaikan ibadah ini namun baru sekarang ia termakbul dan jalan untuk ke sana seperti dipermudahkan,"
"Alhamdulillah, saya ada menghadiri beberapa sesi usrah bersama Lisdawati bagi mendalami sedikit sebanyak ilmu agama sebagai persiapan ke sana.
"Saya berharap semua urusan dipermudahkan dan menjadi orang yang lebih baik selepas ini," ujarnya.
Kami Sudah Putus! Uqasha & Pekin
Menurut portal Bharian semalam, hubungan diantara Pekin Ibrahim dan kekasihnya, Uqasha Senrose kini semakin parah.
Ianya kelihatan agak samar samada benar atau tidak, mereka kian diambang perpisahan. Bila dihubungi, agak sukar pula menerima jawapannya masing-masing.
Namun menceritakan disebalik kemelut ini, tidak dipastikan apa lagi punca atau penyebabnya.
Melihat laman sesawang lain, hubungan mereka sebenarnya sudah berakhir, dan kini kembali membuat haluan sendiri tapi masih berhubungan baik sebagai seorang kawan biasa.

Nedim, Nora Danish Beli Alatan Hantaran? Nak Kahwin?
Tidak dipastikan lagi berita ini benar atau tidak. Kisah hubungan Nedim Nazri dengan pelakon, Nora Danish semakin kemuncaknya.
Mereka dikhabarkan akan mengakhiri zaman duda dan janda mereka tidak lama lagi. Dan paling tidak disangka menurut sumber, mereka sudah membeli alatan hantaran yang dijadualkan akan bernikah pada hujung tahun ini.

"Dalam diam mereka sebenarnya sudah pun membeli barang-barang hantaran sedikit demi sedikit.Namun setakat hari ini, mereka belum komen apa-apa lagi..
"Bukan itu saja, beberapa nama pereka fesyen terkenal juga sudah berada dalam senarai yang akan mereka busana perkahwinan mereka,” -sumber.
Ada wanita ke rumah Zizan Razak berduan?
Ahad, 9 Februari 2014
Biar betul gosip yang melanda pelawak terkenal, Zizan Razak ni. Ada seorang wanita yang dikatakan buahatinya telah mengunjungi rumah kekasihnya itu dan dilihat oleh seseorang yang siap mengakui sumber utama bagi melihat kejadian itu.
Namun agak sukar diterima, mungkin benar atau mungkin gosip untuk mejatuhkan kerjaya Zizan yang kini berada di kemuncak.
Memetik portal GUA, Zizan tidak tahu bagaimana lagi dia harus mengomen, dan pening dengan gosip yang melandanya ketika ini.
“Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi”
“Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya cuma tidak tahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja,” ujarnya.
Lagi Gambar Anak Leuniey, Khairul Fahmi
Sabtu, 8 Februari 2014
Beberapa hari lalu isteri kepada penjaga gawang bola sepak Negara, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha telah pun selamat melahirkan anak perempuan aka sulung mereka, namanya adalah Kayla Elayna. Beberapa keping gambar telah dimuatnaik ke dalama laman sosial Instagram leunieynatasa baru-baru ini.
Lagi Gambar Tasha Shilla Dengan Kekasihnya
Gambar ni menunjukkan hubungan diantara Tasha Shilla dengan orang yang didakwa kekasihnya, peninju Muay Thai begitu mesra sekali. Beberapa keping gambar dia dengan peninju Muay Thai itu dimuatnaik di dalam laman sosial instagram.
Ini menguatkan lagi mereka betul-betul bercinta dan menjalinkan hubungan kekasih. Apa-apa pun semoga bahagia lah kan, cepat-cepat lah kahwin supayan terhindar fitnah gitu.
Ini menguatkan lagi mereka betul-betul bercinta dan menjalinkan hubungan kekasih. Apa-apa pun semoga bahagia lah kan, cepat-cepat lah kahwin supayan terhindar fitnah gitu.
Tahniah kepada Sepahtu, Shiro dan Bocey
Tahniah kepada kumpulan Sepahtu kerana berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) semalam yang berlangsungd di Stadium Malawati, Shah Alam.
Sepahtu mendapat RM500,000 berserta tropi. Mereka mengalahkan 4 pelawak lain yang hebat-hebat belaka.
2. Shiro - RM250,000 & trofi
3. Bocey - RM150,000 & trofi
4. Jambu - RM50,000 & trofi
5. Nabil - RM15,000 & trofi
Secara pribadi, persembahan Sepahtu taklah selawak mana juga, mungkin faktor undian luar yang menyebabkan mereka menang. Bagi admin lawak Shiro dengan Bocey memang lagi best. Tapi itulah nasib mereka mendapat tempat ke-2 dan ke-3. Namun cukup membanggakan pelawak baru boleh mengatasi kehebatan otai lama. :) -gambar mStar