Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

3 Gambar Umrah Johan, Ozlyn

Selasa, 14 Januari 2014

Alhamdulillah, akhirnya suami isteri, Johan Raja Lawak dan Ozlyn telah pergi menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini, kelihatan mereka berdua pergi ke sana. Syukurlah, berkat menang saman kan. :)

Irma Hasmie Hamil Anak Ke-2

Isnin, 13 Januari 2014

Walaupun usia Redza Syah Irfhan belum mencecah setahun yakni 8 bulan, baru-baru ini Irma Hasmie disahkan hamil anak ke-2. Wah tahniah lah, Redza Syah Irfhan tak lama lagi dapat adik. Hehe. Ni gambar scan anak mereka yang ke-2 memetik instagram @redzasyahazmeer
Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar! Terima kasih atas pemberian zuriat pada kami Ya Allah...Doakan #irmahasmie dipermudahkan untuk terima amanah Allah SWT...Im very proud of u mommy :) Me & #redzasyahirfhan love u so much...Syukur Alhamdulillah

Gambar Siti Nurhaliza Dengan ibunya

Gambar ni tak tahu majlis apa yang dihadiri oleh Datuk Siti Nurhaliza, suami, Datuk Seri Khalid dengan ibunya, Hajah Siti Salmah Bachik. Mungkin majlis perkahwinan ahli keluarga/saudara nya kot. Tapi melihat di sini, memang takde yang pelik mende, cuma nak tengok gambar Siti dengan ibunya tersayang bergambar bersama. Siap tagline,
Dia adalah ibu yg paling comel,baik hati ,sopan,penyayang,sabar dlm di alam maya ini.

Lana Nordin Bercinta dengan Doktor?

Lana Nordin yang berpisah dengan Johan Asaari beberapa minggu lalu, kini digosipkan melalui satu laporan mingguan akhbar tempatan yang mendakwa Lana sudah menemui penganti Johan. Malah dia digosipkan menjalinkan hubungan dengan orang yang bukan calang-calang orang, pangkat doktor.

Doktor berkenaan adalah bukan berdarah tempatan, dia adalah kacukan Pakistran dan Inggeris. Namun memetik portal mStar, Lana yang ditemui menafikan dia ada hubungan dengan doktor.
"Laporan itu tidak benar. Saya masih single and available,"-Lana

Scha al Yahya Sudah Mengandung/Hamil?

Menurut portal Utusan semalam, Scha al Yahya dimaklumkan sudah mengandung/hamil. Berita itu sungguh mengemparkan taktala tiada angin atau ribut kuat yang melanda.

Ianya bermula apabila dia jarang memuatnaik gambar ke dalam laman sosial beberapa hari ini akibat demam, namun temannya mengatakan dia sedang mengandung atas pembawakan anaknya itu.

Kalau betul, tahniah lah kan. 

Gambar Suami Linda Onn

Akhirnya Linda Onn yang sebelum ini membuat satu majlis tertutup daripada lensa kamera media mengenai pernikahannya kini dia sudah bersedia memberikan gambar/foto wajah suaminya, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan.

Mereka yang dinikahkan pada 27 Disember lalu sekarang sudah 2 minggu bergelar suami isteri.

Sharifah Aleya Bergelar Isteri

Ahad, 12 Januari 2014

Tahniah kepada deejay radio, Sharifah Aleya, 31 yang sudah bergelar isteri semalam dengan suaminya, Mohammed Azam Abdullah, 29 yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Mengikut portal mStar, mereka dinikahkan di masjid al Mukarramah, Bandar Sri Damansara kira-kira jam 10 pagi semalam, 11/1/14, dengan Aleya menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta hantaran sejumlah RM3,000.

Aleya memberi 5 dulang hantaran manakala pihak lelaki membalas dengan 3 dulang hantaran.

Gambar Sambutan Harijadi Rayqal oleh Fasha Sandha

Sabtu, 11 Januari 2014

Walaupun Putra Rayqal anak kepada Nora Danish, tapi melihat kemesraan Fasha Sandha memang tak boleh lawan juga, bagi memberikan kasih sayang seperti anak sendiri, Fasha dan juga ayah Rayqal merangkap suami Fasha, Jejai turut membuat sambutan harijadi ke-5 tahun Rayqal secara berasingan di kediaman mereka secara kecil-kecilan selepas waktu majlis kenduri di rumah Nora Danish. Begini lah keluaraga yang rukun. Semoga bahagia.

Sepahtu Bawa Pulang Perodua Alza Baru

Tahniah kepada kumpulan Sepahtu yang dibarisi oleh Jepp, Rahim dan Shuib kerana memenangi undian tertinggi pada Maharaja Lawak Mega 2013/2014 semalam (10/1).

Mereka menerima hadiah kereta Perodua Alza keluaran yang terbaru dengan undian 65%. Rancangan ini masih lagi belum berakhir dan kumpulan Wala telah tersingkir dengan undian 46%.

Kumpulan Shiro mendapat 57% dan Comey 56%, ahli lain tidak dapat dipastikan mungkin berada bawah daripada mereka. -gambar myMetro

10 Gambar Flexia Yeap Manis Bertudung

Jumaat, 10 Januari 2014

Awal minggu lalu, kita di gemparkan dengan bekas model majalah Playboy Filiphine, Felixia Yeap yang kini mengenakan hijab sepenuhnya pada dirinya, menyedari kadang kala berhijab, Flexia telah mengenakan penampilan ini sekitar pertengahan 2013 yang lalu.

Flexia yang berusia 27 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak itu merupakan anak dari keluarga penganut Thiong Hua yang kini sangat suka apabila memakai pakain muslimah itu terutama hijab dan jubah.

Walaupun akui dirinya masih belum lagi muslim, tapi Flexia berasa tenang bila memakai pakaian muslimah ini. Walaupun kehilangan peminat yang rata-rata hanya meminati tubuh badannya, dia kini mahu dirinya dihormati sebagai seorang wanita bukan dari tubuh badan tapi daripada penjagaan aurat.

Kita berdoalah agar Flexia lebih terbuka memilih agama Islam untuk jalan hidupnya kelak, kerana Islam itu indah.

Gambar Terkini Anak Anne Ngasri

Dah besar dah anak hasil perkahwinan ke-2 Anne Ngasri dengan suaminya, Mohd Sumali, yang dah masuk usia 4 bulan dah. Ini juga adalah anak ke-4 bagi Anne sendiri. Namanya kalau yang dah lupa la kan, ni Sufi Harraz, dan yang dewasa tu pula, Wafri dan Zara. Semoga bahagia lah ye. -instagram AnneNgasri

Noh, Nina Tunda Umrah Sebab AJL28

Adeh ini lah nasib untuk memilih dunia atau akhirat. Noh Hujan terpaksa berbelah bagi telah memilih untuk pertandingan Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) yang difahamkan akan berlangsung di Stadium Putra bertarikh 26 Januari ini daripada menunaikan ibadah umrah kali ke-4 bersama-sama kedua-dua ahli keluarga Noh dan Nina pada 20 Januari ini.

Namun untuk pergi ke Tanah Suci itu, memetik laporan mStar, Noh dan keluarga terpaksa menundanya.
"Saya dan keluarga sudah merancang untuk menunaikan umrah pada 20 Januari ini dan semua persiapan sudah pun dibuat, ketika itu tarikh AJL28 belum diumumkan lagi.

"Pada awalnya saya mahu tarik diri sahaja atau tempat saya digantikan orang lain tetapi isteri dan keluarga memahami dan berjaya membuat pertukaran tarikh kepada sehari selepas AJL28 berlangsung,

"Saya tidak terlalu teruja untuk menghadapi pertandingan ini kerana ia adalah hiburan sahaja, sebaliknya saya lebih teruja dengan persiapan untuk tanah suci nanti," -Noh

Leauniey Umum Jantina Bayi, Bersalin Pada..

Memetik laporan MediaHiburan semalam, tahniah diatas berita untuk pemberitahuan jantina anak yang dikandung oleh isteri kepada penjaga gawang Negara, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leauniey Natasha yang diumumkan anak mereka adalah perempuan.

Dan pada yang sama Leauniey akan dijadualkan bersalin pada penghujung bulan Januari ini.
“Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini menyerikan lagi keluarga kami," -Khairul

Gambar Kekasih Keith Foo

Khamis, 9 Januari 2014

Pelakon, Keith Foo yang juga bintang drama Ariana Rose di TV3, berkonsi gambar mesranya dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Kim Raymond memetik portal MediaHiburan. Gambar mesra ini telah dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram untuk para pengikutnya.

17 Gambar Kenduri Ulangtahun Rayqal ke-4 Tahun

Awal bulan Januari adalah tarikh dimana anak kepada pelakon, Nora Danish lahir, Rayqal. Kini usianya sudah mencecah 4 tahun. Majlis kenduri bacaan doa selamat yang dihadiri oleh pelajar-pelajar tahfiz digantikan dengan sambutan harijadi ala barat. Sekitar 100 orang datang untuk bersama-sama menyerikan kenduri berkenaan ari ahli keluarga, saudara, kawan-kawan dan juga jiran-jiran berhampiran.

Oki Setiana Dewi Sudah Berkahwin

Pelakon dari negara seberang yang menjadi perhatian ramai juga di negara kita ni, Oki Setiana Dewi, 25, sudah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Ory Vitrio.

Majlis itu diadakan sekitar awal bulan Disember yang lalu secara tertutup di Batam, Jakarta. Mengikut sumber, jodoh Oki dengan Ory adalah daripada ditentukan hasil persetujuan orang tuanya.

Dengan hanya berkenalan tidak sampai sebulan dan bercinta selepas berkahwin seperti juga dalam filem Ketika Cinta Bertasbih hasil lakonannya sebagai Anna Atafunsina. Tahniah diucapkan.
"Proses perkenalannya dengan Bang Rio, saya berdoa sama Allah memang ingin menikah kemudian dikasih. Terus ayah saya itu sangat selektif saya mau menikah jika jawabannya keluar dari mulut ayah saya. Siapa yang disetujui ayah saya juga setuju,

Aku menerima karena ayah saya setuju dan merestui. Karena saya percaya ridho Allah sama dengan ridho orang tua. Apalagi saya tidak pernah mendengar hal yang tidak baik tentang beliau lalu orang-orang juga bilang yang baik tentang beliau. Prosesnya sangat singkat," -Oki

Yuna diantara 20 Artis Berpontesi di Amerika

Menurut portal mStar semalam, Yuna telah tersenari sebagai salah seorang diantara 20 artis baru yang diberi perhatian dan berpotensi untuk tahun 2014 di Amerika Syarikat oleh sebuah sesawang The Huffington Post.

Menjadi satu kebanggan kita sebagai orang Malaysia yang melahirkan seorang insan yang berbakat besar.
"Jika anda masih belum mempunyai sebarang koleksi muzik daripada Malaysia, biar Yuna menjadi yang pertama.

"Menampilkan adunan muzik tradisional negaranya dan diadun dengan elemen pop ia memberikan rasa baharu dan menepati selera pendengar," -Huffington Post

Rosma Selamat Bersalin Anak ke-2

Rabu, 8 Januari 2014

Tahniah kepada penyanyi AF musim pertama, Khai dengan isterinya, Rosma yang telah selamat bersalin anak ke-2 mereka pada hari Sabtu sekitar jam 7 petang. Mengikut info daripada instagram Khai, anak mereka ini adalah berjantina perempuan.Nama anak belum di umumkan lagi.

Ella Bersedia Pakai Tudung, niat Ambil Anak Angkat

Dikhabarkan yang Ella yang kini isteri kepada Azhar Ghazali akan mempertimbangkan untuk bertudung. Ini adalahlah hasil dorongan dan nasihat suaminya itu daripada pelbagai sudut termasuklah dari segi pemakaian.

Baguslah seperti ini kan, dapat suami mithali yang mahu menjaga isterinya, bukan nak suh p penyanyi dengan cara sebelum kahwin tu lagi, nak lihat isteri yang taat suami dengan mengikut kehendak syariat dan agama.
“Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah. Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja,

Tidak dinafikan sejak kahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan apabila ada yang bertanya mengenai perkara ini dan anggap ia sebagai satu doa. InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak.

Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan-rakan artis seperti Umie Aida dan Misha Omar macam seronok saja ada anak angkat. Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat,” -Ella. memetik portal GUA

Fazura Tolak Tawaran Jadi Pengacara Nona sebab...

Prestasi rancangan program TV NONA yang satu masa dahulu diatas rating yang membanggakan kini sejak beberapa tahun prestasinya kurang menentu, dan pelbagai cara untuk mengatasinya dengan memberikan penukaran terhadap pengacaranya.

Menurut akhbar Metro edisi Ahad, pelakon jelita, Fazura ditawarkan untuk menjadi pengacara program tv berkenaan dengan mengandaikan untuk mengantikan Neelofa.

Namun Fazura yang memetik Bharian pula belum lagi bersedia dengan tawaran pengacaraan itu.
“Memang Faz ada terima tawaran daripada Penerbit Eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy, yang mahukan Faz menjadi pengacara Nona. Terus-terang, Faz sangat terharu apabila beliau sendiri datang ke butik Faz untuk bertanyakan hal itu.

“Bagaimanapun, Faz terpaksa menolak tawaran berkenaan secara baik kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal,” katanya yang kini masih bercuti di Amerika Syarikat. -Fazura

Johan Menang Kes Saman RM1 Juta


Kes membaling gelas kaca pada akhir tahun 2010 yang lalu telah mengemparkan kita, apabila Johan Raja Lawak telah dibaling gara-gara pengarah Mohd. Javed Mohd. Nizar.

Kini difahamkan Johan yang dalam proses menyaman Javed dengan nilai RM1 juta selama 3 tahun itu akhirnya dikhabarkan telah memenangi kes berkenaan. Baguslah seperti itu, memang selayaknya dapat pampasan dengan kesan yang teruk kat muka Johan dulu.

Gambar Anak Diana, Farid ke Rumah David Teo

Selasa, 7 Januari 2014

Baru-baru ini suami isteri, Farid Kamil dan Diana Danielle telah pergi mengunjungi rumah David Teo dan isterinya yang sama-sama menyambut ketibaan mereka.

Mungkin nak memperkenalkan anak mereka berdua iaitu Muhammad kepada orang paling rapat dengan mereka dalam dunia seni selama ini.

Ok mari kita lihat gambar Muhammad yang comel dan putih itu pulak. Hehe.