Pada:
Rabu, 8 Januari 2014
Menurut akhbar Metro edisi Ahad, pelakon jelita, Fazura ditawarkan untuk menjadi pengacara program tv berkenaan dengan mengandaikan untuk mengantikan Neelofa.
Namun Fazura yang memetik Bharian pula belum lagi bersedia dengan tawaran pengacaraan itu.
“Memang Faz ada terima tawaran daripada Penerbit Eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy, yang mahukan Faz menjadi pengacara Nona. Terus-terang, Faz sangat terharu apabila beliau sendiri datang ke butik Faz untuk bertanyakan hal itu.
“Bagaimanapun, Faz terpaksa menolak tawaran berkenaan secara baik kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal,” katanya yang kini masih bercuti di Amerika Syarikat. -Fazura
Tag : Berita Artis , Ezzah Aziz Fauzy , Fazura , Nona , Pelakon , Pengacara TV , Program Realiti , Rancangan TV


