Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zizan Razak, Emma ke Amerika Syarikat untuk....

Selasa, 7 Januari 2014

Dengarnya pasangan yang selalu intim dikenakan gosip bercinta, Zizan Razak dan Emma Maembong kini dalam percutian bersama rakan-rakan mereka yang lain di San Francisco dan Las Vegas, Amerika Syarikat.

Memang tidak dinafikan beberapa keping gambar memberikan bukti mereka berada di sana. Jom sergah!

Kekasih Baru Remy Ishak?

Dengarnya Remy Ishak kini sedang rapat dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Budicitawan. Ini adalah kerana sekeping foto yang dimuatnaik ke dalam Instagram menunjukkan Remy dan wanita itu bersama-sama bergambar dengan pengantin lelaki yang dipercayai kawan rapat mereka memetik sumber Kosmo! semalam.

Dan kebetulan lagi, mereka masing-masing memuatnaik gambar itu bersama-sama di dalam akaun Instagram masing-masing. Pakai baju pon sedondon juga. Hehe, Remy..


Google Beri Penghormatan kepada Yasmin Hani

Tak disangka, syarikat gergasi Google Malaysia telah memberikan satu penghormatan kalau tidak silap kepada pengarah yang telah pergi selama-lamanya iaitu, Yasmin Ahmad bagi memperingati ulang tahun arwah pada hari ini, 7 Januari.

Untuk info anda, Yasmin telah meninggal dunia pada 25 Julai 2009 yang lalu.

Shila Nafi Berkahwin, Baju Konsert Sahaja!

Memetik portal MediaHiburan semalam, Shila Amzah menafikan dia sudah berkahwin dimana laman fan page Facebook yang didakwa palsu itu telah memuatnaik gambarnya mengenakan gaun pengantin dan menjadi spikulasi dia sudah berkahwin.

Namun Shila menafikan perbuatan terkutuk laman fan page berkenaan dengan membuat kenyataan bagi mengelakkan salah faham yang timbul
"Semua ini melampau. Saya tidak berkahwin. Dan Sha tidak pernah timbulkan kontroversi. Akaun Facebook ini sangat melampau, boleh berhenti tak?. Dah lah ramai yang ‘like page’ penipu ini.

"Sha akan cari siapa pemilik akaun ini sampai dapat, sila sebarkan," katanya.

"untuk makluman, foto Shila yang kelihatan cantik mengenakan gaun pengantin pada malam tahun baru itu adalah untuk terlibat dengan persembahan di OrientalTV New Year Eve Countdown Concert (bersama James dari Chinese Idol) yang memerlukannya berpakaian sebegitu demi mengikut tema perkahwinan yang ditetapkan."-Shila

Penubuhan Fan Club Menyusahkan! - Izara Aishah

Isnin, 6 Januari 2014

Menurut portal GUA, Izara Aishah dikatakan tidak menafikan yang dia tidak mempunyai apa-apa pertubuhan kelab fan untuk dirinya. Bagi Izara itu semua poyo belaka (eceh. tambahan ayat pula).

Tapi memang itu lah yang ingin dikatakan oleh Izara sendiri yang mahu bersikap adil kepada semua pihak tak kira peminat mahupun penaja.
“Saya tak buat kelab peminat sebab saya tak mahu peminat saya berada dalam satu kelompok sahaja. Saya rasa tak adil jika hanya ahli kelab peminat saja yang mendapat layanan atau dapat meluangkan masa dengan artis kesayangan mereka. Saya tak rasa rugi sebab bagi saya, lagi seronok jika ia dibuat dengan lebih terbuka dan tidak hanya tertumpu dalam satu kumpulan sahaja.

"Saya juga tidak percaya dengan penubuhan kelab peminat kerana ia hanya akan menimbulkan masalah dan juga salah faham. Sebelum ini ada pihak pernah buat kelab peminat tanpa pengetahuan saya dan mempergunakan duit orang lain untuk membuat T-shirt dan sebagainya. Bagi mengelakkan perkara sebegini berulang, saya lebih selesa untuk tidak mempunyai kelab peminat,” -Izara

Percutian Siti Saleha di Pulau Bali

Percutian Siti Saleha dengan Afdlin Shauki adlalah sama iaitu dengan memilih pulau Bali sebagai cuti akhir tahun mereka.

Tapi percutian mereka bukan lah bersama-sama namun dengan haluan masing-masing. Siti Saleha pergi dengan rakan-rakannya dan membuatkan suasana lebih meriah lagi.

Mungkin tahu di Dataran Merdeka terjadinya huru hara kot. Hihi. -gambar instagram sallywho

Video Pesanan Syamsul Yusof Mengenai Islam

Admin rasa pengarah filem, Syamsul Yusof kini dah betul-betul berubah kepada orang yang lebih baik apabila beberapa bulan lalu mendampingi penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Lihat sahaja video dibawah ini, Syamsul memberikan ucapan yang dikatakan membolehkan dia sedang belajar ilmu agama, tahu serba sedikit mengenai kisah dan tauladan Ashabul Kafi yang disebutkan di dalam al Quran.

Wan Zack Haikal Sudah Bertunang

Pemain bola sepak tempatan yang terkenal, Wan Zack Haikal dikhabarkan telah bertunang. Ianya dikuatkan lagi dengan dakwaan ahli forumer Cari apabila mendapat tahu berita ini melalui laman sosial Twitter miliknya.

Tahniah lah, perkara baik memang patut dihebahkan. Dan cepat-cepat bernikah, takut dugaan bertunang ni besar lah katakan.

Gambar Afdlin Shauki ke Pulau Bali

Beberapa hari yang lalu Afdlin Shauki memetik Facebook miliknya telah pergi ke satu tempat peranginan terkenal di pulau Bali iaitu, Pantai Pandawa untuk cuti akhir tahun bersama-sama anak-anaknya.

Dengan ombak dan laut yang jernih, serta kawasan sekitar yang menarik, memang tidak dinafikan ramai pelancong yang datang ke tempat ini.

Gambar Aisy Qaiser anak Ayu, Zaquan terkini

Sabtu, 4 Januari 2014

Memasuki usia 9 bulan, Muhammad Aisy Qaiser anak kepada Zaquan Adha dan Ayu Raudhah kini dah semakin membesar. Dan ini tak menjadi persoalan sebenarnya, janji Muhammad Aisy Qaiser sihat disamping Ayu yang kini hamil anak ke-2.

Gambar Fazura Bercuti di Las Vegas

Kehangatan tahun baru masih lagi dirasakan, dan kini mungkin sudah ramai membuat azam baru. Tak usah berfikir pasal azam, pastinya ramai mahu melihat pelakon jelita, Fazura mahu berkahwin kan. Kita harap Fazura akan berkahwin tahun ini.

Dia baru-baru ini membawa diri jauh ke Las Vegas, Amerika Syarikat untuk menyambut tahun baru dekat sana. Mungkin suasana di sana agak berlainan sedikit, namun menampakkan musim panas melanda Las Vegas, lihat sahaja pakaian Fazura kan.

Bila Engku Alessya Bertemu Rayqal

Jumaat, 3 Januari 2014

Tahun baru awal bulan ni rasanya bagus kita menjenguk kelibat anak Erra Fazira, Tengku Alessya kan. Dia memang cantik seperti emaknya juga dan mempunyai bakat yang mungkin akan di asah menjadi emaknya satu hari nanti.

Baru-baru ni Alessya digandingkan dengan anak Nora Danish, Rayqal untuk satu show. Memang sepadan gak dorang ni, kecik2 lagi dah berkenalan. Hehe.

Faralyna Sudah Ada Kekasih Baru iaitu..

Dengarnya pelakon, Faralyna sudah memiliki cinta barunya dengan memiliki kekasih barunya. Dalam diam hubungan cinta mereka sudah berputik 7 bulan yang lalu.

Menurut portal mStar, Faralyna yang kini berusia 24 tahun tidak mahu memberitahu siapa jejaka berkenaan dan dia bukanlah dari golongan mereka yang terkenal.
"Apa yang saya boleh katakan, kekasih saya itu bukanlah daripada kalangan golongan yang terlibat dengan industri hiburan tempatan.

"Hubungan kami baru tujuh bulan dan rasanya masih lagi terlalu awal untuk dikongsikan kepada umum," katanya.

"Rasanya, nak kata serik bercinta dengan artis, tak juga. Cuma saya mengharapkan agar tidak jatuh cinta dengan lelaki yang bergelar selebriti.

"Ini dapat memudahkan saya memberi tumpuan dalam kerja lakonan, manakala pasangan saya pula fokus dengan kerjayanya sendiri," -Faralyna

Johan Nafi Jual Agama Dekat Wanita

Johan As'ari yang kini menjadi bualan ramai berhubung kisah cinta 'touch & go' dengan aktres seksi, Lana Nordin yang hanya bertahan sebulan sebelum memutuskan hubungan atas alasan tidak mendapat restu keluarga meminta orang ramai berhenti menyalahkan dirinya.
"Setulus hati saya tak pernah terdetik untuk mempermainkan perasaan wanita. Segala yang berlaku adalah asam garam kehidupan.

"Soal menggunakan agama untuk rapat dengan wanita pastinya tak benar, kerana bagi saya dakwah itu adalah kerja kita sesama Muslim.

"Manakala, tanggungjawab dan aktiviti sehari-hari adalah ibadah kita. Ke mana jua saya pergi agama tetap saya bawa bersama,"

"Saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada kekhilafan. Saya berharap perkara ini tidak dipanjangkan dan disalah ertikan oleh mana-mana pihak."-Johan. SinarHarian

Gambar Aeril, Wawa Bercuti ke London

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal baru-baru ini telah pergi bercuti dekat Eropah yakni untuk menghabiskan cuti hujung tahun mereka dengan pergi melawat tempat menarik disana.

Dengarnya mereka pergi ke London dengan ditemani anak sulung mereka, Ahmad Fakharuddin Attar.

Mamat Akan Bertunang Dengan Nurul Syafiqah tapi..

Khamis, 2 Januari 2014

Mengikut portal Utusan, Mamat yang pernah dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Adda dan Fida Ibrahim dulu, kini sudah mendapat penganti mereka dan rasanya ada sudah yang mengetahui hal mengenai pasangan baru Mamat ini.

Bahkan gadis kali ini adalah seorang mahasiswi yang berasal dari Johor. Namanya adalah Nurul Syafiqah yang belajar di Universiti Pengurusan dan Sains Malaysia (MSU) di Shah Alam.

Dan kali ini hubungan mereka lebih serius dan bercinta tahap maksima kata Mamat.
“Alhamdulillah, benda yang baik buat apa saya nak sembunyi, lama kelamaan orang akan tahu juga. Buat masa sekarang saya masih menunggu dia habis belajar dahulu, mungkin selepas itu barulah kami akan bertunang,

“Ketika hubungan kami mula terbina, masa itulah juga zaman kejatuhan saya. Dia boleh terima saya walaupun saya anggap diri saya cukup ‘kotor’.

“Dia selalu menasihatkan saya bahawa dalam bidang seni memang ada zaman jatuh bangunnya. Jadi dia mahu saya selalu sabar.

“Alhamdulillah saya memperolehi seorang gadis yang cukup memahami saya," ujar Mamat.

Wardina Kecam DBKL

Wardina adalah diantara selebriti yang lantak mengomen mengenai politik di laman sosial berbanding Abby Abadi yang giat turun padang.

Ketegasan Wardina kini adalah disebabkan peruntukan RM15 Juta dari DBKL untuk sambutan ambang tahun baharu yang lalu.

Jika diikutkan memang ada baiknya kata-kata Wardina ni, tapi untuk setahun sekali apa salahnya dengan peruntukkan berkenaan.

DBKL kan kaya juga untuk mengurus bandar metropolitan rasanya memang banyak untung yang diperolehi saban tahun.

Namun biasalah, rakyat Malaysia suka berhibur, jadi peruntukan hiburan juga sekarang mahal-mahal juga kan. Hhee.

Gambar Anak Nurul Wahab Sebulan Lebih

Buat pertama kalinya penyanyi Nurul Wahab dengan suaminya memperlihatkan wajah anak sulung mereka iaitu Zachary Depp (Zakaria).

Anaknya yang berusia sebulan lebih itu dipaparkan kepada umum bersempena tahun baharu di dalam blog pribadi Nurul sendiri. Kalau korang nak tengok lebih lanjut, jom ke blog Nurul di sini, nurulwahabdepp.wordpress.com

Video Bekas Skandal Adi Putra Tersebar

Bekas wanita yang dikaitkan dengan Adi Putra dalam skandal gambar lucah beberapa bulan yang lalu, kini semakin popular apabila dirinya kini menjadi perhatian ramai di laman sosial.

Nooraida Abdul Mutalib telah memuatnaik video yang dikatakan mengoda penontonnya. Tak dipastikan kenapa video ini dibuat, mungkin untuk suka-suka dan tidak menjeremus ke arah itu.

Gambar Bertudung Diyana isteri Aaron Aziz

Minggu lalu isteri kepada pelakon, Aaron Aziz, Diyana Halik telah mula bertudung. Dan bila dia bertudung ramai yang bersetuju dengan caranya itu.

Diyana Halik kini sudah mula bertudung penuh dan beberapa gambar dimuatnaik ke dalam laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Gambar Percutian Eizlan, Vie di Hong Kong

Rabu, 1 Januari 2014

Ramai keluarga artis yang pergi bercuti di luar negara. Ke Eropah la, dalam negara la, ke mana-mana sahaja percutian menarik lah katakan.

Kali ni gambar Vie Shantie dengan ahli keluarganya serta suaminya, Eizlan Yusof yang pergi bercuti hujung tahun di Hong Kong baru-baru ini, dengan suhu yang sejuk di sana. -Instagram vieshantie

Bulan Madu Jovian, Nina di Eropah

Ini adalah gambar percutian aka bulan madu pasangan Jovian Mandagie dengan isterinya, Nina Ismail Sabri. Lokasi percutian mereka ada di Istanbul, Turki dan juga Rome, Italy. Mungkin juga telah menyambut tahun baru semalam di sana.