Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nurul AF2 Menang Saman Ke Atas Melodi

Isnin, 23 Disember 2013

Kes saman menyaman sudah menjadi satu cara terakhir ketika ini untuk memberikan pengajaran kepada seseorang.

Terbaru mengenai bintang AF musim ke-2 iaitu, Nurulllah atau Nurul memetik portal Bernama semalam dimana mahkamah memerintahkan TV3 dan 4 individu lainnya membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Nurul mengenai saman fitnah berkaitan status perkahwinan Nurul dengan suaminya yang disiarkan di program Melodi 2 tahun yang lalu.

Sebelum ini, pada September 2011, Nurul dan suami memfailkan saman kepada kesemua defendan mengenai fitnah dimana perkahwinan mereka digambarkan tidak sah disisi undang-undang dan tidak menghormati ibu bapa mereka. Mengikut sumber, perkahwinan mereka sebenarnya sah dan ianya disahkan oleh mahkamah Syariah Hulu Langat.

Isteri Safee Sali Yang Baru

Baru-baru ini kalau tidak silap 21 Disember yang lalu, Safee Sali yang juga pemain bola sepak senior kebangsaan telah selamat diijabkabulkan oleh pasangannya bernama Sasha seorang yang berasal dari indonesia.

Namun majlis mereka yang berlangsung awal pagi itu diadakan di rumah pengantin perempuan delat Bidor, Perak. Tahniah diucapkan. -gambar instagram.com/feverpictures

Irma Hasmie Rindu Dunia Lakonan

Sudah lama kita tidak melihat kelibat Irma Hasmie berlakon kan tak kira di slot drama mahupun filem. Namun Irma akui yang dia kini lebih suka menjaga anak sulungnya, Redza Syah Irfhan yang kini berusia 8 bulan dan juga merindui bidang lakonan yang pernah diceburinya dahulu.

Memetik portal Kosmo! Irma mengatakan yang dia terpaksa menolak tawaran berlakon kerana kesempitan waktu setelah bergelar ibu dan isteri pada ketika ini.
"Saya amat merindui untuk kembali berlakon, namun selepas bergelar seorang ibu kekangan masa membataskan saya untuk kembali aktif. Saya masih mendapat tawaran lakonan tetapi buat masa sekarang saya terpaksa menolak.

"Saya boleh membuat pertimbangan jika tawaran watak tersebut tidak memerlukan saya berada terlalu lama di set penggambaran," -Irma.

Sekitar Gambar Pernikahan Aril AF7

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada Aril AF7 yang diijabkabulkan dengan pasangannya, Puteri Erma pada hari Jumaat lalu di Kota Bharu Kelantan kira-kira jam 3 petang.

Pihak pengantin lelaki menerima 9 dulang hantaran dan turut berbalas 9 dari pihak perempuan termasuk dengan mas kahwin berjumlah RM15,000. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai jaket, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta Senaskah Al-Quran dan dompet.

Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000.

Isteri Aril AF7 menerima mas kahwin sebanyak RM15,000.

Nur Fathia Jumpa Keluarga Aiman Hakim

Ahad, 22 Disember 2013

Desas desus dikhabarkan yang Nur Fathia ada menjalinkan hubungan dengan pelakon Aiman Hakim. Dan baru-baru ini Nur Fathia ada berjumpa dengan keluarga Aiman untuk diperkenalkan kepada keluarganya.

Dan akui Aiman, Nur Fathia adalah wanita pertama yang berjumpa langsung dengan keluarganya. Enggan mengakui status sebagai kekasih atau gelpren/boipren, mereka lebih selesa dengan gelaran kawan sahaja selagi tiada ikatan sah.
"Ya, kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bawa bertemu dengan keluarga saya.

"Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya," -Aiman. mStar

Isteri Kepada Isu Skandal Adi Putra Diceraikan

Sabtu, 21 Disember 2013

Ahli perniagaan Amiruddin Othman, 56 mengakui telah menceraikan isterinya yang juga merupakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandal pelakon Adi Putra, iaitu Nooraida Abdul Mutalib, 30, dengan talak satu pada 19 Disember 2013.

Hal tersebut telah didedahkan sendiri oleh Amiruddin ketika ditemui pihak media di hadapan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, semalam.
"Saya telah menceraikan dia (Nooraida) dengan talak satu pada jam 4.30 pagi di rumah kami di Johor Bahru. Kami bercerai secara baik.

"Walaupun kami sudah tiada ikatan apa-apa, tapi kami berdua telah bersetuju untuk menegakkan kebenaran. Ini kerana ketika perkara itu berlaku, kami masih lagi suami isteri dan selama empat bulan ini maruah saya telah tercalar", jelasnya sambil menahan sebak.
Tujuan beliau ke Jabatan Peguam Negara hari ini untuk menghantar surat rayuan bagi mempertimbangkan keputusan kes yang berstatus 'No Further Action' (NFA) sebelum ini.

Amiruddin yang ditemani dua orang peguamnya mahu agar kes tersebut dinilai semula dibawah seksyen yang lebih relevan. Sebelum ini kes tersebut dibawah seksyen 509, kini mereka memohon agar kes tersebut dinilai dibawah seksyen 498.
"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan saja dari keluarga tetapi juga daripada masyarakat. Hubungan saya dengan keluarga menjadi tegang. Ikatan perkahwinan saya selama ini hancur begitu saja.

"Bila saya mahu kes ini dibuka semula, ramai orang cakap saya buka aib tapi hakikatnya mereka tidak tahu situasi saya yang sebenar. Saya bukan mahu duit atau popular tapi ini sebagai pengajaran kepada semua orang",katanya.
Tambahnya lagi jika rayuan mereka untuk meneruskan kes ini tidak menemui jalan penyelesaian, beliau akan tetap meneruskan kes tersebut menerusi undang-undang syariah dan sivil. -malaysiandigest.com

Gambar Siti Saleha Bertudung

Jumaat, 20 Disember 2013

Penampilan Siti Saleha bertudung kalau tidak silap memang belum lagi penuh, cuma untuk filem atau drama je, dan rasanya semua orang dah tahu kan.

Namun gadis berusia 23 tahun ini menyimpan niat untuk belajar agama sekaligus memakai tudung penuh kelak. Kali ini Saleha berlakon dalam drama Aku Ada Wali dengan memegang watak sebagai Syumaila yang memakai tudung.

Gambar Photographer Perkahwinan Farawahida, Shukor

Seminggu berlalu menjadi suami isteri yang sah, Farawahida dengan Abdul Shukor, jurufoto mereka Bicara Lensa telah mengirimkan beberapa keping gambar yang telah siap di edit ketika majlis bermakna mereka itu.

Apa-apa pun mari kita lihat suasana yang berwarna warni dengan ikatan yang sah ini..

Anak Ajai Dapat 8A PMR 2013

Tahinah kepada anak komposer terkenal, Ajai bernama Ayu Nazirah yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

Menurut laman sosial instagramnya itu, anaknya mendapatt 8A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.
@ ] ajai911 YND Alhamdullilh. Syukur. The biggest reward for my girl today Ayu Nazirah. Efforts and knowledge and now result in your hand. Now go and grab your 8A's and say Syukur Alhamdulillah upon Allah. Amin @ayu_ace @mrsajai75 @ae_territory @kal_azuan @baloqliat @arman_clc @alfializar5 20min

@ ] mrsajai75 Alhamdulillah Ayu Nazirah. May the success that has come your way today lead you to a bigger achievement in your life. Bravo to PMR scorer! @ayu_ace @ajai911 22min

Gambar Bulan Madu Zain Saidin, Rozita Che Wan

Setelah seminggu bergelar suami ister, akhirnya Zain Saidin dan Rozita Che Wan berbulan madu untuk pertama kalinya ke negara Eropah. Negara yang dipilihnya adalah di Rome, Itali.

Iqram Lamar Soo Wincci Tapi..

Wah kejutan ni nampaknya, penyanyi dan model, Soo Wincci memang mengakui yang rapat dengan Iqram Dinzly. Iqram juga melamar Soo dengan cara yang tidak diduga Soo sendiri.

Jelas Soo, walaupun lamaran yang dibuat Iqram itu agak serius namun Soo akui belum menerima sesiapa jika belum sampai ke Hollywood lagi.
"Setakat ini, kami hanya kawan biasa, tidak lebih dari itu. Saya dan Iqram selalu meluangkan masa bersama. Rumah dia (Iqram) dan rumah saya berdekatan. Dia selalu menemani saya jika ada masa. Terlalu sibuk dengan aktiviti sekarang sehingga saya tidak sempat memikirkan lansung mengenai perihal cinta.

"Saya ada sasaran hidup yang masih belum tercapai. Awal-awal lagi saya sudah berjanji, selagi tidak menjejakkan kaki di Hollywood, saya tidak akan fikir langsung untuk mempunyai hubungan istimewa dengan sesiapa,

"Sedikit pun tidak menjangka dia akan datang. Apabila pengacara majlis beritahu akan ada kejutan dan saya lihat Iqram datang sambil membawa bunga dan cincin, saya sungguh terkejut kerana dia sanggup buat sedemikian.

"Saya sudah beritahu Iqram, saya belum bersedia untuk bercinta selagi tidak sampai ke Hollywood dan dia faham," -Soo. Utusan

Gambar Seksi Sharifah Sakinah

Khamis, 19 Disember 2013

Seksi juga melihat gelagat Sharifah Sakinah ni apabila dia memuat naik gambar ke dalam instagram miliknya. rasanya ini bukan yang pertama kalinya melihat gambar seumpama ini.

Rita Rudaini Tidak Kisah dan Terkejut Aidil Kahwin lagi

Pernikahan bekas suami kepada Rita Rudaini, Aidil Zafuan dengan pasangannya sudah diketahui ramai. Dan dengan begitu pantas Aidil mendapatkan penganti Rita walaupun terpaksa turun naik mahkamah bagi menyelesaikan masalah rumahtangga dengan Rita sendiri.

Namun berbicara mengenai hari perkahwinan Aidil, Rita memberikan komennya mengenai perkahwinan mereka yang berlangsung tidak lama lagi dimana reaksi Rita sepertinya biasa sahaja dan tidak rasa terkejut jika bekas suaminya itu akan berkahwin lagi.

Dan ini petikan Rita yang memetik portal mStar semalam..
"Saya memang dah jangka dia (Aidil) akan berkahwin dengan wanita itu (Zarema) dan tidak terkejut dengan berita perkahwinan mereka.

"Malah gosip jalinan cinta mereka sebelum ini sudah menunjukkan siapa diri Aidil yang sebenar,

"Biarlah dia nak kahwin dengan sesiapapun, yang penting kebajikan anak-anak tidak dilupakan. Kalau nak diikutkan, saya mampu menyara anak-anak tetapi saya tidak mahu dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa," -Rita

Dira Abu Zahar Keguguran Anak

Dikhabarkan Dira Abu Zahar ditimpa musibah apabila kandungan anaknya hasil perkahwinan dengan Mohd Hekmi pada November 2011 yang lalu dikatakan doktor telah gugur pada awal November yang lalu.

Memetik portal GUA, kejadian keguguran anak mereka yang berusia 6 minggu itu tidak diketahui oleh mereka sehinggakan membuat pemeriksaan doktor.
“Saya tak sedar saya mengandung memandangkan haid saya datang seperti biasa. Namun pada hari keempat saya rasa pelik kerana keluar satu ketulan darah. Saya tidak pergi berjumpa doktor kerana ketika itu saya berada di Terengganu untuk penggambaran ‘TerengganuKu’ dan saya fikir mahu selesaikan kerja saya terlebih dahulu.

Setelah balik ke Kuala Lumpur, saya pergi ke Klinik Pkar Sakit Puan untuk buat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan saya keguguran. Doktor memaklumkan usia kandungan janin saya enam minggu dan memberitahu faktor keguguran mungkin kerana saya aktif dan sibuk bekerja,”

“Apabila dapat tahu saya gugur, saya rasa kecewa sebab kami berdua memang berusaha mahukan anak selepas dua tahun mendirikan rumahtangga. Jika saya masih mengandung, mungkin ia dapat menjadi hadiah buat suami, namun saya keguguran beberapa hari sebelum ulangtahun kelahiran dia,” tutur Dira redha.

“Suami saya memang mahukan anak. Kami redha kerana mungkin tiada rezeki kami kali ini. Suami terima apa yang berlaku, tetapi selepas kejadian tersebut, dia lebih banyak memantau saya agak saya tidak terlalu aktif bekerja. Selepas keguguran, saya terus menjalani penggambaran drama ‘Aku Bukan dia’ dan mungkin lepas habis 26 episod ini, saya akan berehat sekejap,” ujar Dira

Hubungan Tak Direstui, Nora Danish Putuskan Hubungan

Dengarnya memetik portal Kosmo! hubungan Nora Danish dengan Nedim tidak direstui oleh ayah Nedim iaitu Datuk Seri Nazri AZiz.

Bahkan ianya menjadi spikulasi dimana Nora akan mengalah dan bertindak untuk putuskan hubungan sekiranya ianya berlaku.
“Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daripada bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami”

“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya,” jelas Nora Danish.

27 Disember Linda Onn Nak Nikah?

Rabu, 18 Disember 2013

Linda Onn yang kini berusia 36 tahun dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya pada hari Jumaat bersamaan 27 Disember ini dengans seorang lelaki yang berketurunan darah kerabat diraja.

Menurut portal Utusan itu lagi, tidak dinyatakan nama dan kerabat diraja mana yang dimaksudkan, namun sumber percaya majlis itu diadakan di kampung halamannya dengan sambutan sederhana dengan dihadiri oleh keluarga dan juga sanak saudara kedua-dua pihak.

Tambahan lagi, Linda dan pasangannya itu sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama sekitar Johor Baharu. Kalau betul, tahniah lah, benda baik dan elok kan. :)

Zed Zaidi Gila! - Dayangku Intan

Menurut portal MalaysiaGazette, penyanyi Dayangku Intan mengatakan yang Zed Zaidi sebagai seorang yang gila publisiti murahan. Tambahan lagi Dayangku menganggap yang Zed Zaidi sepatutnya tidak wujud di dalam dunia seni kerana tidak memiliki daya ingatan atau pemikiran yang waras serta minda yang semput.
“Dalam seni, politik tidak boleh dicampur-aduk. Isu sokong parti mana-mana, itu lain cerita. Orang macam Zed Zaidi ini tidak mempunyai fikiran waras.

“Orang macam dia macam dah gila talak pasal dah tak ada jawatan dalam persatuan, sebab itu dia cari publisiti murahan,”-Dayangku Intan
Dayang Ku Intan merupakan calon PKR dan tewas ketika menentang Datuk Azalina Othman Said bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lalu.

Sabar je la Zed Zaidi, mulut orang biar Allah sahaja yang membalas nya..

Gambar Pra Perkahwinan Raja Azrey, Rozita

Gambar dibawah adalah gambar pra perkahwinan kepada pelakon Raja Azrey yang juga pelakon dalam filem Blok 404 dengan pasangannya Rozita Rahim.

Gambar yang berinspirasikan semangat kepahlawaan Melayu dengan memikat si gadis yang menjadi pujaan hatinya.

Perkahwinan akan diadakan pada hari Jumaat ini di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Sekitar Gambar Persandingan Jovian, Nina

Asyik bosan melihat persandingan Rozita Che Wan dengan Zain Saidin, jom kita lihat persandingan diantara Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri pula dimana mereka membuat majlis ini selama 3 hari bermula dari Jumaat sehingga Ahad lalu.

Disamping satu majlis khas iaitu “Chinese Tea Ceremony“ dengan berpakaian pakaian bangsa Tiong Hwa.

Al Fatihah - Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Azean Irdawaty, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihidapinya.

Azean meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Selasa di depan suaminya, Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor.

Jenazah akan dibawa ke rumahnya di 92, Jalan BU11/7, Bandar Utama. -mStar

Cara Fida Bertudung Dapat Kecaman

Selasa, 17 Disember 2013

Memetik daripada portal GUA, Rafidah Ibrahim dikatakan dikecam oleh sesetengah pihak yang memakai tudung kerana penampilan Rafidah yang dikatakan bertudung juga tidak mengikut atau kesesuaian terhadap pemakaian tudung itu sendiri.

Tidak tahu kecamanan dan kesesuaian yang seperti apa mereka maksudkan mungkin kerana tudung yang tidak melabuhkan bahagian dada atau sering kali memakai pakaian ketat kot.
"Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya,"

"Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya."

"Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya," -Fida

Gambar Ulang Tahun Anak Marion, Nasa

Baru-baru ini pasangan suami isteri, Marion Caunter dan Nasaruddin telah mengadakan satu majlis ulang tahun secara bersederhana bersempena hari jadi anak mereka yang berumur 2 tahun dan sekaligus untuk kali ke-3 tahun untuk rumahtangga mereka berdua. Apa-apa pun semoga bahagia la ek.