Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Filem Highland Tower Kutip RM........

Rabu, 13 November 2013

Kalau dilihatkan filem Highland Tower yang berada di pawagam sekarang bersaing sengit dengan filem antarabangsa lainnya, seperti Thor. Namun sambutan filem ini juga amat mengalakkan dikalangan mereka yang kaki seram punya orang. Di Facebook dan Wechat ramai menyatakan filem ini tidak menghampakan.

Filem terbitan MiG ini dikatakan memetik portal Utusan telah mengaut keuntungan nak mencecah RM3.3 Juta dari 31 Oktober lalu, satu angka tidak disangka dengan kos yang rendah.

(gambar) Anak Eja Masuk Hospital

Selasa, 12 November 2013

Dikhabarkan minggu lalu, anak perempuan Siti Shahrizah @ Eja iaitu Nur Eishal dimasukan ke wad disebabkan sakit. Tidak dipastikan apa penyakitnya, namun difahamkan suhunya tidak menentu iaitu turun naik.

Anaknya yang sakit itu, ditemani ayah yang juga suami kepada Eja serta Eja sendiri yang bergilir-gilir menjaga Nur Eishal di hospital. Gambar terakhir adalah waktu Eishal kelihatan boleh keluar dari wad iaitu sembuh dah. :)

Belum Lupakan Shila, Jatuh Cinta Siti Saleha - Sharnaaz

Difahamkan yang pelakon Sharnaaz Ahmad masih lagi tidak dapat melupakan atau mengingati bekas kekasihnya, Shila Amzah. Sharnaaz yang mengakui dirinya masih lagi solo, mahu mencari penganti Shila secepat mungkin.

Namun Sharnaaz sepertinya enggan kembali kepada Shila, tetapi mendoakan hubungan Shila dengan Johan Ashari.

(gambar) Aishah Sinclair Hamil Anak Ke-2

Menurut sumber, pelakon dan personaliti tv, Aishah Sinclair dikhabarkan sudah berbadan dua iaitu hamil untuk anak ke-2. Usia kandungannya itu kini sudah mencecah 5 bulan. Tahniah!

Gambar Umie Aida Dengan Ibunya

Jarang kita lihat selebriti bergambar dengan ibu mereka, jika ada pon tidak semua itu pon yang masih single aka belum berkahwin lagi.

Yang ini pastinya sudah menjadi perhatian orang jika melihat kelibat Datin Paduka Umie Aida bergambar dengan ibunya baru-baru ini.

Katanya dia sangat merindui ibunya ini. Biasalah lumrah naluri sayang seorang anak kepada ibunya. :)

Khairy Jamaluddin Menang, Lagi Senarai Pemenang...

Maaf sebab lambat updates sebab banyak kerja dan post yang berlambak menunggu giliran untuk di tayangkan. Hehe.

Apa-apa pun tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin kerana memenangi anugerah di majlis Shout! Awards bagi kategori Wired Celebrity Award.

Chef Riz Bercinta Dengan Kakak Kepada....

Isnin, 11 November 2013

Dengarnya Chef Riz yang juga anak kepada Chef Wan dan adik kepada Serina kini tengah hangat dikatakan bercinta dengan penganti bekas isterinya, Ana Dahlia.

Gambar yang menunjukan kemesraan mereka berdua dikatakan mempunyai satu hubungan istimewa. Wanita itu pula didakwa adalah kakak kepada pelakon terkenal, Emma Maembong.

Gambar Anak Tam Spider

Wah dah besar dan ramai anak penyanyi Rustam bin Mustafa @Tam Spider ni, Dah dua orang gitu, lelaki kedua-duanya.  Nama anaknya Muhamaad Afiq, 3 tahun dan seorang lagi Muhammad Aqil, 5 bulan.

Tam bernikah dengan isterinya, Aida Mustafa pada 8 November 2009 yang lalu.

Serangan Fitnah Kepada Fizo Omar

Tak tahu apa motif sebenar wanita yang digelar 'selinanadra' ini membuat kenyataan seperti ini dimana bunyinya memburukkan Fizo Omar yang difahamkan esoknya nak bernikah dengan pasangannya Mawar.

Adakah ianya benar atau sekadar 'cemburu' yang itu, Wallahualam. Apa-apa pun kita doakan kebahagian Fizo dan Mawar berkekalan hingga akhir hayat. -gambar Forum Cari




Pelawak Ahmad Busu Meninggal Dunia

Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas maghrib pada Ahad. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.

35 Gambar Pernikahan Fizo Omar, Mawar

Fizo Omar sah bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Country Heights, Kajang pada pagi 10 November 2013 semalam. Mawar telah menerima mas kahwin sebanyak RM506.

Fizo menerima sembilan dulang hantaran berupa tas tangan lelaki, kasut, kaca mata hitam, dua naskhah Al-Quran, plat motosikal WWF120, jaket motosikal, komputer riba serta sebuah motosikal berkuasa tinggi 1200cc jenama Ducati.

Gambar dan Video Pertunangan Fizo Omar, Mawar

Ahad, 10 November 2013

Wah tahniah la kepada pelakon, Fizo Omar yang selamat melangsungkan majlis pertunanngannya semalam dengan tunangnya, Mawar.

Hari ini dijadualkan untuk majlis ijab kabul menjadikan mereka berdua suami isteri yang sah. Tak sabar kan rasanya, korang jangan lupa tonton TV9 untuk secara live melihat majlis mereka ni, kira-kira jam 8 pagi ini ok.

Apa Pelik Gambar Diana Danielle Ni?

Sabtu, 9 November 2013

Belek punya belek Instagram Diana Danielle, adeh, ada pula gambar 'pelik' yang dimuatnaik di dalam Instagramnya.

Peminatnya pon komen yang bukan-bukan sudah mengenai gambar ini. Tak caya, p baca komen dorang kat link ni, malas nak screenshoot, keh keh. http://instagram.com/p/gNqhxKCV4O/

Putera Rayfal Edisi Nov 2013

Dah nak masuk usia 6 bulan dah Putera Rayfal anak kepada pelakon, Fasha Sandha dan Jejai ni. Matanya juga kelihatan bulat dan bertambah comel pula jadinya.

Edisi Nov kali ini, tidak banyak yang dimuatnaik oleh Fasha, mungkin sibuk dengan kerja shooting drama/filem buat masa ini.

Gambar Ziana dan Anuar Zain

Jumaat, 8 November 2013

Sekali sekala melihat dua adik beradik bergambar apa salahnya juga kan, jarang dapat melihat mereka dapat gambar bersama juga sebenarnya.

Ini pun ada sekeping gambar terbaru yang dapat di ambil diantara penyanyi Anuar Zain dan kakaknya, Ziana Zain.

Kedua-duanya memang best la sepanjang zaman rasanya. :)

Ana Dahlia Dah Kahwin Dengan Dazrin?

Eh, dalam diam Ana Dahlia kini sudah berkahwin dengan Dazrin Kamaruddin. Tiada angin mahupun pokok, berita ini sudah kuat didengar. Bahkan sekeping gambar perkahwinan mereka juga sudah tersebar ke serata blog tempatan.

Apa sudah jadi ni, fenomena kahwin rahsia bukan lagi menjadi bualan. Bahkan menjadi trend. Hehe.

Tapi jangan panik dulu, ini semua lakonan je untuk drama Syurga Di Wajahmu di TV1 bermula semalam pukul 11.30 pagi dari Isnin hingga Khamis.

Lagi Gambar Anak Aeril, Wawa Zainal

Setelah selesai isu perkahwinan kontroversi diantara Aeril Zafril dengan Wawa Zainal beberapa minggu yang lalu, kini bulan November adalah bulan pembuka buku baharu bagi pasangan ini.

Mereka kini sudah terbuka dengan status mereka yang sah menjadi suami isteri dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Bahkan gambar anaknya itu juga sudah mula dimuatnaik ke dalam laman sosial untuk tatapan peminatnya, walaupun nampak sipi-sipi sahaja.

Gambar Anak Rabecca al Islam Edisi November

Inilah anak terkini dan juga yang ke-2 Rabecca Nur al Islam yang lahir bulan September lalu. Namanya Nor Anggerik Renesmee, memang comelkan sesuai dengan namanya gitu.

Tiada apa nak kata-kata panjang lagi, just nak share sahaja perkembangan foto anaknya ini kepada korang. :)

Gambar Intan Azura Berkahwin

Menurut sisipan Kosmo!, Intan Azura kini sudah sahaja bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama Rashdan beberapa hari lalu di Setiawangsa Kuala Lumpur.

Lelaki berkenaan merupakan seorang pengurus Operasi kilang telekomunikasi di Hulu Klang, Selangor.

Dan yang menjadi hot news perkahwinan ini adalah, Intan berkahwin untuk menjadi isteri ke-2 Rashdan. Namun Rashdan menafikan yang Intan adalah isteri ke-2 nya namun adalah isteri pertama beliau.

Norman Hakim Kini Pelakon Gerak Khas!

Khamis, 7 November 2013

Menurut portal Utusan semalam, Norman Hakim akan kembali ke arena drama terhangat PDRM, Gerak Khas naungan Skop Production tidak lama lagi setelah 5 tahun keluar dari drama berkenaan.

Wah baguslah, dengarnya lagi setelah 10 tahun Gerak Khas ke udara, ada sedikit perubahan kali ini iaitu drama ini telah dikembangkan shootingnya ke 3 buah negara Asean iaitu Filipina, Thailand dan Indonesia.

Zaquan Adha Tidak Bermain Bola Sepak Lagi?

Kalau bab bola sepak mungkin ramai yang sudah arif, sebab fenomena bola sepak kita sekarang ni dah sampai ke tahap yang menghiburkan. Ramai penonton dan juga peminat.

Tapi kelibat Zaquan Adha suami kepada Ayu Raudhah sepertinya tidak bermain bola sepak untuk kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) musim akan datang.

8 Gambar Anak Tomok Edisi November

Anak Tomok ni, Arrianshah Akid dah berusia setahun dua bulan. Dan boleh berjalan dah, mungkin juga dah tumbuh sedikit gigi. Banyak gaya juga Arrianshah Akid yang menampakkan apa maksud sebenar.

Tomok pon suka ambil gambar anaknya yang comel itu, untuk tatapan peminat-peminatnya. Dan yang terbaru, Akid kena cukur rambut. Hehe. Admin pun suka tengok kecomelan anak Tomok ni. :)