Ana Dahlia Dah Kahwin Dengan Dazrin?

Pada: Jumaat, 8 November 2013
Eh, dalam diam Ana Dahlia kini sudah berkahwin dengan Dazrin Kamaruddin. Tiada angin mahupun pokok, berita ini sudah kuat didengar. Bahkan sekeping gambar perkahwinan mereka juga sudah tersebar ke serata blog tempatan.

Apa sudah jadi ni, fenomena kahwin rahsia bukan lagi menjadi bualan. Bahkan menjadi trend. Hehe.

Tapi jangan panik dulu, ini semua lakonan je untuk drama Syurga Di Wajahmu di TV1 bermula semalam pukul 11.30 pagi dari Isnin hingga Khamis.

Drama ini turut dibarisi oleh Aznah Hamid, Emma Akmar dan Sheera Iskandar.

Tag : , , , , , , , , , ,