Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Raya Ziela Jali dan Anak-anaknya

Sabtu, 24 Ogos 2013

Ini adalah gambar rasanya edisi terakhir Hari Raya selebriti dari Ziela Jalil di blog ini. Apa-apa pun mari kita lihat anak-anak Ziela yang dah semakin membesar terutama anak kandungnya, Puteri Julia Nabilah, 21 tahun dan Megat Jufri Nasrullah, 19 tahun dan anak angkat Ziela, Ibrahim Junid. - Instagram zielajalil

9 Bulan Bahagia Sebelum Bermasalah - RIta Rudaini

Akhirnya Rita Rudaini akui yang dia mengalami masalah rumahtangga setelah bertemu dengan ahli keluarga Aidil mengenai perkahwinan mereka di Thailand.

Ini adalah ucapan ringkat dari Rita yang memetik portal Bharian hari ini.

Kecoh! Stacy Masuk Islam..

Berita ini bersumber daripada portal Murai. Ntah benar atau tidak, tiada maklum balas atau status terkini dari Stacy di laman sosialnya.

Dikhabarkan Stacy sudah memeluk agama Islam pada hari Khamis kelmarin. Namanya bertukar menjadi Nur Aisyah Rabiah. Sebab memeluk kerana akrab dengan Akim.

Gambar Jasmin Hamid Yang Cun

Jumaat, 23 Ogos 2013

Walaupun dah berusia menjangkau pelakon vateran seusia pelakon era 90-an, tapi bila melihat Jasmin Hamid berada di kaca TV memang nampak muda dan penuh anggun. Berderau juga kadang-kadang melihat kelibatnya. -Instagram JasminHamid

Gambar Anak Angkat Stacy Terkini

Ini adalah gambar terbaru anak angkat Stacy, Bella Valentina. Gambar ada lembu tu bukan mereka pergi ke New Zealand tapi di ladang susu lembu beriklim sejuk dekat Ranau, Sabah. Tempat wajib yang dikunjungi pelawat yang datang ke Sabah, sebab sebijik seperti di New Zealand.

Gambar Percutian Keluarga AC Mizal di Gold Coast

Tidak dipastikan ini gambar selepas atau sebelum Raya, tapi pastinya mungkin selepas Raya memandangkan percutian kali ini di Australia bukan di Makkah.

Dato Ac Mizal dan keluarnya bercuti di Gold Coast Australia selain berkesempatan melawat tempat menarik, mertua Ac yang juga ibu kepada Emylia turut dibawa bersama. -Instagram Ac Mizal

Betty Benafe Amalkan Yoga Walaupun Mengandung

Musim sekarang ramai selebriti dan isteri selebriti yang hamil. Dan ada juga yang sentiasa berehat dan membuat sesuatu aktiviti yang ringan.

Namun lain pula ceritanya dari Betty Benafe yang memetik portal mStar semalam. Dia mengamalkan senaman Yoga semenjak berbadan dua yang kini berusia 5 bulan untuk memastikan baby dalam kandungan sihat.

Isteri Ezad Lazim Mengandung Anak Sulung

Tahniah kepada bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim yang diberitakan isterinya, Nor Azeana Ramli hamil/mengandung 4 bulan semenjak menjadi suami isteri pada 29 Mac 2013 yang lalu.

Gambar Siti Nurhaliza Dukung Rayfal

Khamis, 22 Ogos 2013

Sudah berusia 4 bulan Putera Rayfal anak kepada Fasha Sandha ni. Kebetulan beberapa hari yang lalu, Siti Nurhaliza ada pergi bertemu dengan Fasha Sandha sekaligus mendukung Putera Rayfal dan menemai Fasha Sandha menyusu di sebuah bilik.

Tidak dipastikan kedatangan Siti untuk beraya atau lain-lain hal. -Instagram FashaSandha

Gambar Percutian Awal, Scha di Australia

Jika Aaron Aziz pergi berbulan madu ulang tahun perkahwinan dengan isterinya, kali ini giliran Awal Ashaari dengan isterinya, Scha al Yahya ke Mount Buller di Victoria, Australia yang beriklim salji.

Namun kepermegian mereka bukan sahaja berdua malah turut dihadiri oleh ahli keluarga dari sebelah Scha.

Pasha Ungu Timang Anak ke-2

Tahniah kepada Pasha dari band Ungu kerana isterinya, Adelia Wilhelmina selamat melahirkan putra cahaya mata ke-2 perempuan bersamaan hari kemerdekaan Indonesia, 17 Ogos yang lalu bersamaan 8.45 pagi.

Mereka menamakan cahaya mata ke-2 tersebut dengan nama Sakha Dayana Yusuf.

Tenaga Pengajar AF 2013

Kepada peminat program realiti Akademi Fantasia musim terbaru, pasti anda sudah tidak sabar untuk mengetahu siapakah tenaga pengajar dalam rancangan itu.

Mereka yang terpilih adalah, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslaw. Namun difahamkan tidak ada seorang pegetua kali ini yang dilantik seperti musim terdahulu.

Isteri Ustaz Don Disahkan Hamil


Diberitakan yang penyampai program tv terkenal, Ustaz Don Daniyal bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Difahamkan memetik portal SinarHarian, isterinya, Husna kini berbadan dua yakni hamil.

Namun Ustaz Don enggan mendedahkan berapa usia kandungan anak sulungnya itu setelah mendirikan rumahtangga sejak 23 Ogos tahun yang lalu.

Zul Ariffin Cedera di Muka

Rabu, 21 Ogos 2013

Kesihan juga melihat kelibat pelakon, Zul Ariffin yang dikhabarkan mengalamai luka di bahagian mukanya akibat terjatuh.

Menurut sumber portal GUA, Zul memberitahu yang dia terbagun lalu terjatuh kerana pitam lalu kepalanya mengenai alamari di dalam rumahnya dekat Taiping.

Video Tanya Spender oleh Sharifah Sakinah

Ada lagi video yang ntah apa-apa ntah dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah di dalam laman sosial Keek. kali ini melibatkan pelawak Zizan Razan, Michael Ang dan Ajak Shiro.

Video bukan alang-alang, bercakap pasal seluar dalam atau spender yang mereka pakaikan. Giler siot punya soalan, korang nak jawab dengan jujur atau tidak? atau enggan menjawabnya lagi bagus.

Gambar Percutian Aaron Aziz, Diyana di Maldives

Gambar dibawah adalah percutian pelakon popular, Aaron Aziz dengan isterinya, Diyana di pusat peranginan tercantik di dunia, pulau Maldives.

Percutian ini bukanlah hanya suka-suka, tapi mahu meraihkan bersempena ulangtahun ke-10 tahun perkahwinan mereka.

Gambar Perkahwinan Nur Fatimah, Jeffery

Inilah adalah gambar perkahwinan penyanyi Nur Fatimah dengan suaminya yang juga berketurunan Mat Salleh warganegara Australia, Muhammad Jeffrey.

Perkahwinan ini diadakan di Bora Ombak dekat Ampang pada 18 Ogos lalu. Perkenalan mereka bermula sejak tahun Ogos 2012 dimana bertemu di restoran ala Thai di Australia.

Black Umum Tarikh Pernikahan/Perkahwinan

Semalam Black Mentor mengumumkan tarikh pernikahan/perkahwinannya dengan tunangnya, Naquia pada 13 September 2013 ini sebelum solat Jumaat dimulakan.

Majlis Resepsi pula akan diadakan pada 14 September 2013 yang juga akan berlangsung di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Pengumumnan dibuat di Zabra Square itu dengan dihadiri oleh ibu bapa Black sendiri. 

Kahwin itu Membosankan - Haliza Misbun

Selasa, 20 Ogos 2013

Ni lah kalau tidak ikut sunnah Nabi, yang dianggap kahwin pun dikatakan bosan tidak tahu apa kebaikan dan hikmah disebalik perkahwinan itu. Haliza Misbun yang kini berusia 40 tahun itu kini berstatus bujang dan difahamkan melalui portal Kosmo! dia enggan berkahwin dan rela hidup membujang diatas sebab tekanan dari pihak keluarga dan kawan-kawan.

Tapi niatnya itu tidak untuk tempoh yang panjang, cuma mengakui menunggu lelaki yang betul-betul sesuai barulah mahu berkahwin. Tapi tidak diketahui berapa umur yang Haliza sendiri target kan, memandangkan semua orang sudah tahu, 'saham' wanita bila semakin berusia semakin merosot, berbanding lelaki yang semakin berusia 'saham'nya makin naik. :)
“Hidup berkahwin sangat membosankan. Saya senang hidup bersendirian. Sebabnya, saya boleh buat apa yang saya suka. Hidup saya tidak sunyi kerana ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.”

“Memang dulu keluarga sering bertanya bila mahu berkahwin. Tetapi, sekarang mereka sudah berhenti bertanya,” -Haliza

Nina, Jovian Kahwin 11-12-13

Menurut sumber kakak kepada penyanyi Dafi, Nina akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Jovian Mandagie pada tarikh 11 Disember 2013 atau dengan tarikh nombornya, 11-12-13.

Jovian merupakan pereka fesyen terkenal yang membuat busana pengantin yang bermutu dan berkualiti tinggi.

Scha Tak Mengandung Sebab Suami Kerja di Lorong...

Ini adalah video bulan yang lalu. Dan menampakkan video yang berseloroh dari Scha al Yahya mengenai kenapa dia tidak mengandung/hamil setelah setahun bernikah dengan Awal Ashari.

Dengan nada bergurau, Scha mengatakan suaminya kerja di lorong-lorong. Apa maksud kerja ini, korang paham-pahamlah, tapi rasanya Scha memang bergurau pun. Hehe.

Updates: Gempar! Adi Putra Dimasukan ke Hospital Surabaya

Semalam pagi diberitakan yang Adi Putra yang berusia kini 32 tahun dimasukan ke hospital di Surabaya, Indonesia kerana masalah kesihatan.

Namun keadaan Adi tidak kritikal mana, Adi kini ditemani oleh isterinya, Zuhaidah Yusof yang berusia 38 tahun.
"Ya memang benar Adi dimasukkan ke hospital pagi tadi. Kejadian berlaku sewaktu dia sedang menjalani penggambaran klip video untuk filem Suami Aku Ustaz.

"Setakat ini saya difahamkan yang Adi mengalami keletihan melampau hingga kesihatannya terganggu. Sejak dia balik daripada umrah sebelum raya hingga sekarang, dia tidak henti bekerja," Presiden 1 Hotlovers, Che Zaipah Abdul. Utusan
Dikemaskini, punca sebenar masalah kesihatan ini berlaku disebabkan Adi menghidap penyakit batu karang di saluran pundi kencingnya, dan kini selamat menjalani pembedahan pembuangan batu berkenaan.