Isteri Ustaz Don Disahkan Hamil

Pada: Khamis, 22 Ogos 2013

Diberitakan yang penyampai program tv terkenal, Ustaz Don Daniyal bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Difahamkan memetik portal SinarHarian, isterinya, Husna kini berbadan dua yakni hamil.

Namun Ustaz Don enggan mendedahkan berapa usia kandungan anak sulungnya itu setelah mendirikan rumahtangga sejak 23 Ogos tahun yang lalu.


gambar hiasan ketika berada untuk suatu majlis Aqiqah. -gambar mafeitz.blogspot.com
“Kini saya sedang menanti kelahiran anak sulung, pada saya sepanjang pengalaman perubahan kehidupan ini, rupa-rupanya menjadi ketua keluarga adalah susah. Bukan senang kerana itu di sini saya ingin melahirkan perasaan kagum kepada semua ayah-ayah di luar sana yang berjaya membentuk keluarga mereka.

“Saya sendiri rasa takut sama ada saya boleh atau tidak mendidik anak saya sama seperti ayah saya mendidik saya sehingga menjadi begini. Apapun, seikhlas hati saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada bapa-bapa yang mendidik anak mereka cintakan Rasul dan Allah SWT,” -Ustaz Don

Tag : , , , , , , ,