Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Panas! Rabecca Saman Erma Fatima.

Jumaat, 26 Julai 2013

Memetik portal Kosmo! yang pelakon, Rabecca Nur al Islam telah menyaman pengarah, Erma Fatima atas nama milik syarikatnya,  Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. di mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kes saman ini adalah sebenarnya berlaku kerana dakwaan Rabecca yang syarikat Erma itu gagal membayar baki gaji 40% bagi drama Dejavu di Kinabalu.

Ashraf Muslim Buka Mulut Isu Poligami

Tak mahu ulas panjang, maka sudah ramai yang mengetahui isu Ashraf Muslim berpoligami baru-baru ini, dan ini komen dari Ashraf sendiri memetik portal Gua semalam bersempena sidang media di Medan Mara Kuala Lumpur petang semalam.

Gambar Siti Nurhaliza v6

Khamis, 25 Julai 2013

Datuk Siti Nurhaliza diantara selebriti yang kerap dan selalu mengemaskini gambar terkininya di dalam Instagram. Kalau tidak silap, setiap hari ada je gambar baharu dia muatnaik. Tapi semua gambarnya memang cantik-cantik belaka, besalah dah bertudung kan. :) instagram ctdk

Rahsia Kecantikan, Bentuk Badan Rozita Che Wan

Kalau lihat Rozita Che Wan atau Che Ta ni memang semua orang akan terpesona mengenai kecantikan rupanya dan juga bentuk badannya slim. Biasalah selebriti, pasti ada tips dan rahsia dalam menjaga semua perkara ini untuk memastikan peminat hiburan tempatan tidak akan bosan tanpa melihat perubahan pada selebriti tu.

Gambar Terkini Haliza Misbun

Lama sudah tidak melihat pelakon Haliza Misbun kan. Dia jarang sudah berlakon atau menerbitkan filem/drama selepas filem Andart Terlampau 21 Hari Mencari Cinta. Menurut blog RotiKaya dia kini sibuk untuk menerbitkan novel hasil tulisannya sendiri. Dengar khabar lain dia juga sudah bersedia untuk membina rumahtangga dengan usianya kini mencecah 40 tahun.

Sokong Blogger Seks, Sazzy Salak Menafikan

Isu penghinaan Islam oleh blogger seks beberapa hari yang lalu, Alvin dan Vivian dengan menyebarkan foto sensitif yang mengandungi unsur makanan haram (khinzir) telah menimbulkan satu isu hangat yang diperkatakan. Khabarnya kini mereka sudah dalam proses untuk dipenjarakan, syukurlah kan.

Namun ada juga khabarnya selebriti tempatan menyokong tindakan Alvin dan Vivian ini. Ini bermula laman Facebook milik Sazzy Falak telah mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan itu.

Tahniah! Pernikahan Hattan, Ariane (Gambar)

Komposer terkenal, Dauk Hattan semalam, 24 Julai, sudah selamat dinikahkan paa jam 6 petang dengan bekas isteri pertamanya, Ariane dengan 2 kali lafaz. Begitulah jodoh, mereka berpisah pada 2005 yang lalu setelah mendirikan rumah tangga pada 1996 dan kini sah bergelar suami isteri semula dimana ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie.

Amaran, Bobo Bakal Di Belasah!

Rabu, 24 Julai 2013

Kasihan Bobo artis dari laman sosial ni sampai dia terima ugutan mahu kena belasah sampai tahap tidak berperikemanusian gitu kerana dek video prodi-prodinya di dalam Youtube mahupun Facebook.

Tapi semangat Bobo bukan seperti menampaknya dia seorang yang lemah, malah mempunyai semangat ingin membuat lagi video prodi yang lain walaupun mendapat cacian, makian, perlian, dan ugutan.

Inilah ulasan Bobo apabila mendapat ugutan belasah itu yang memetik portal Murai semalam

"Meskipun ada yang suka dengan cara saya berparodi di Youtube, tetapi sebenarnya ramai yang membenci saya disebabkan cara saya beraksi di dalam video itu. Mereka bukan sahaja membenci, malah mencaci saya di laman sosial dan sebagainya. Tidak kurang juga yang memaki saya di hadapan saya jika mereka terjumpa saya di tempat awam.

"Malah, saya juga pernah diugut oleh seseorang yang datang kepada saya supaya meminta saya berhenti melakukan parodi lagi, jika tidak dia mahu belasah saya. Saya tidak kenal dia dan nasib baik dia hanya bercakap dan ugut saya ketika itu sahaja, kemudian terus berlalu pergi dan sehingga kini tidak pula ada sebarang perkara buruk berlaku kepada saya,"

"Saya tidak kisah berapa ramai pun orang mahu membenci saya, biarpun dimaki dan diugut, namun saya tetap akan terus membuat video parodi kerana itu hobi saya dikala saya sunyi dan bosan.

"Lagipun, saya yakin, bila ramai yang membenci saya, ramai pula yang menonton dan memuat naik video saya di laman sosial seperti Facebook," -Bobo

Gambar Anak Adi Putra Terkini


Dah besar gitu ko jah anak angkat Adi Putra, Zara Adelia Haadi. Usianya kini dah nak masuk 10 bulan. Dan kelihatan bersama ibunya ketika membuat medical checkup baru-baru ini. -Instagram adp_adiputra


Adira Nafi Jadi PlayGirl

Sudah banyak kita dengan kisah percintaan selebriti dengan beberapa orang pilihan dirinya. Tidak ketinggalan Adira bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-8.

Bila sudah habis program realiti itu, Adira sepertinya menjadi rebutan dan dambaan ramai lelaki, apa tidaknya kulitnya yang melepak putih, pastinya mengalahkan orang putih dari Amareka, hehe.

Neelofa, Tiz Zaqyah Hiasi Majalah Astro


Siapa ada melanggan majalah Astro pasti ada menampak kelibat dua selebriti cantik yang menghiasi muka hadapan majalah berkenaan.

Siapa lagi kalau bukan Tiz Zaqyah dan Neelofa. Pastinya kedua-duanya memang anggun dengan rambut ikal mayang rebonding gitu.

Memang padan apatah lagi edisi majalah itu untuk AidilFitri nanti.


Pekin, Uqasha Sudah Bertunang

Dalam tidak disangka, Pelakon, Pekin dan kekasihnya, Uqasha Senrose dikhabarkan memetik portal MediaHiburan yang mereka telah betunang pada awal bulan ini atau bersamaan sebelum bulan Ramadan.

Namun tarikh sebenar pertunangan itu tidak didedahkan, cukup sekadar pemberitahuan secara ringkas. Apa-apa pun tahniah, semoga ke jinjang pelamin.
"Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini" -Pekin

Gambar Anak Nora Danish, Rayqal Terkini

Selasa, 23 Julai 2013

Anak pelakon Nora Danish, Rayqal nampaknya sudah berusia 4 tahun lebih dan mahu masuk 5 tahun tidak lama lagi. Lihat gaya Rayqal ni sepertinya nampak cool dan memperlihatkan anak yang berjiwa matang.

Baru-baru ini Rayqal dan ibu serta neneknya pergi keluar berjalan. Dengan berpakaian bersahaja, Rayqal sempat bergambar dengan neneknya, bahkan muka mereka memang mirip betul.

Apa-apa pun tahun depan dah nak masuk tabika dah. jadi Nora taknak kahwin lagi ker, macam Abby Abadi tu. Hehe.

Gambar Terkini Anak Eira, Azad

Dah besar panjang dah anak pelakon Eira Syazira dan Azad Jasmin ni, walaupun sudah berusia7 bulan, Amarra Sofea Rose kelihatan sangat comel sekali, tidak tahu berapa berat badannya ini, mungkin dalam 9-10 kilogram kot. Gambar Instagram Eira.

Kereta Ainan Tasneem Kemalangan

Diberitakan yang kereta Perodua model Myvi milik penyanyi, Ainan Tasneem terbabas dan mengakibatkan kerosakan teruk pada keretanya itu baru-baru ini.

Melihat daripada posisi kereta itu, tayar depan patah dan bumper belakang remuk tahap kritikal. Diharaplah Ainan Tasneem tidak mengalami apa-apa kecederaan serius.


Calon Isteri Fahrin: Muslimah Tapi Hot!

Agak keliru dan sepertinya ada udang disebalik mee. Fahrin yang ditemu ramah oleh wartawan Utusan baru-baru ini ada menyoalkan mengenai jodohnya dengan usianya kini menjangkau 34 tahun.

Dengan usia sebegitu Fahrin masih lagi single dan sukar bagi dirinya untuk mencari calon kerana terlalu sibuk. Dan memaksanya untuk menerima hakikat berbuka dan bersahur berseorangan ketika ini.

Dan ini artikel yang tidak tahu apa maksud sebenar Fahrin. Mungkin hot yang dimaksudkan bukanlah yang sendat-sendat dari segi pemakaian kot, tapi yang hot dari segi agama dan ilmu
Utusan: Wanita bagaimana yang menjadi dambaan Fahrin?
Fahrin: Muslimah tapi hot.

Isu Insurans Suara, Fara Fauzana Minta Semua Tenang!

Isu peng-insurans suara oleh deejay, Fara Fauzana minggu lalu telah membuatkan ramai pihak rasa terkejut dan tidak menyangka keputusan yang dibuat Fara begitu mementingkan dirinya.

Namun bagi Fara memetik portal BeritaHarian semalam, dia berbuat demikian kerana ada sebab tertentu kerana ianya dianggap penting untuk menjamin masa depan kesihatannya kelak. Jadi dia berharap orang ramai tidak perlu kecoh dan heboh untuk isu seperti ini.

Gambar Anak Nabil Terkini

Isnin, 22 Julai 2013


Nah ini lah dia gambar anak terkini pelawak Ahmad Nabil, Naira Mikayla. Siap dikasihkan rambut grebo ala Allycats gitu. Jahat juga papa dia ni kan. Hhee.


Video Lawak Promosi Dari Zizan Razak

Zizan Razak ni memang sudah terkenal dan rezekinya melimpah ruah gitu, banyakmenerima tawaran berakon untuk filem/drama dan juga duta pelbagai produk barangan terkenal.

Terbaru dia menjadi duta rasmi untuk produk elektronik Sony Malaysia. Siap ada iklan sepanjang 3 minit gitu menjadi salesman bernama Zanzi (nama macam pernah dengar yang dekat Lawak Ker Der 1 kan), lihat mukanya sahaja nampak lucu dengan teknik mempromosikan barangan terbaru dari Sony.

Lawak la video ni. Kah kah.


Zul Ucap Tahniah, Abby & Suami Sibuk Berkempen


Bekas kekasih kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Zul Ariffin sudah mengucapkan ucapan tahniah diatas perkahwinan Abby dengan suaminya, Farhan baru-baru ini.

Memetik portal MediaHiburan:
"Alhamdulillah dan tahniah buatnya. Apa yang boleh saya katakan, saya gembira dengan berita tersebut. Bagus sudah berumah tangga," -Zul
Sementara itu, dari sumber lainnya, Abby dan suaminya, Farhan kini sibuk berkempen untuk PRK Dun Kuala Besut yang diadakan tidak lama lagi iaitu hari Rabu, 24 Jula dengan mengajak orang ramai menyokong parti PAS.

Tambahan lagi, suami Abby ini lebih dikenali sebagai 'Orang Jamaah', tidak pasti Jamaah apa ini, tapi mungkin lebih kepada Islamik kot dan bukannya radikal.

Harap-harap begitulah kisahnya.

Ashraf Tidak Datang Forum Sebab Demam

Lagi berita mengenai Ashraf Muslim, kali ini diberitakan memetik portal BeritaHarian semalam, yang dia tidak dapat hadir ke satu majlis forum anjuran Busana Mall Kuala Lumpur seperti yang dijanjikan sebelum ini dengan alasan demam melalui panggilan telefon kepada penganjur.

Tambahan lagi, untuk forum itu, Ashraf menjadi panel jemputan bersama Sham Kamikaze dan beberapa lagi tokoh muda yang dijemput.

Tidak tahu demam ini benar atau tidak, ker malu atau takut dicemuh orang ramai? gara-gara menikah satu lagi secara senyap-senyap. Tak pun pergi honeymoon kot, hehe..

Gambar Pernikahan Ashraf Muslim, Sakinah

Inilah gambar/foto yang tersebar semalam yang dikatakan gambar pernikahan diantara Ashraf Muslim, 32 tahun dengan isteri ke-2 nya, Wan Sakinah, 29 tahun di Bangkok, Thailand pada minggu yang lalu.

Kisah ini menjadi hangat sehinggakan ramai pihak menghentam Ashraf dan bersimpati dengan Dayana isteri pertama Ashraf. Apa-apa pun kita tunggu apa hikmah disebalik semua ini.