Isu Insurans Suara, Fara Fauzana Minta Semua Tenang!

Pada: Selasa, 23 Julai 2013
Isu peng-insurans suara oleh deejay, Fara Fauzana minggu lalu telah membuatkan ramai pihak rasa terkejut dan tidak menyangka keputusan yang dibuat Fara begitu mementingkan dirinya.

Namun bagi Fara memetik portal BeritaHarian semalam, dia berbuat demikian kerana ada sebab tertentu kerana ianya dianggap penting untuk menjamin masa depan kesihatannya kelak. Jadi dia berharap orang ramai tidak perlu kecoh dan heboh untuk isu seperti ini.

“Dalam isu ini (insurans suara), sebenarnya saya tidak hendak bercakap mengenainya lagi, buat orang keliru saja. Bagi saya, hanya orang yang berpandangan serta berfikiran jauh saja yang faham mengenai tindakan saya itu.

“Ia sebenarnya insurans kesihatan tapi dikhususkan kepada suara, namun disebabkan masyarakat menganggap ia perkara baru di negara ini, maka ia terus menjadi isu.

“Tapi kalau orang lain tidak mahu buat apa yang saya lakukan ini, tidak apalah. Saya mengambil tindakan ini bagi menjamin kerjaya saya,” -Fara Fauzana

Tag : , , , , ,