Pada:
Rabu, 24 Julai 2013

Bila sudah habis program realiti itu, Adira sepertinya menjadi rebutan dan dambaan ramai lelaki, apa tidaknya kulitnya yang melepak putih, pastinya mengalahkan orang putih dari Amareka, hehe.
Diantara selebriti yang dulu mendampingi Adira adalah, Hafiz AF, AG Coco, Aliff Aziz dan sekarang terbaru yang dalam proses berkenalan, Shahrul Nasrun seorang ahli politik pro-kerajaan.
Bagi Adira yang mengenali keempat-empat jejaka ini bukan lah kerana dia seorang yang 'playgirl' tapi hanya mampu mengatakan yang dia dalam proses mencari yang terbaik buat dirinya .
Dan ini kata Adira memetik BeritaHarian semalam:
“Mereka sekadar nampak luaran, tetapi orang tidak tahu apa sebenarnya yang saya lalui. Saya tidak makan hati dicop sebagai ‘playgirl’, yang penting saya bukanlah wanita yang suka menabur janji manis dengan ramai lelaki dalam satu masa.
“Saya masih muda, jadi saya berhak berkawan dengan ramai orang untuk memilih yang terbaik. Segala tuduhan yang dilemparkan kepada diri saya pula tidak akan sesekali membuatkan kerjaya nyanyian saya goyah. Malah saya masih kuat, apatah lagi dengan sokongan keluarga yang membantu saya meneruskan langkah dalam bidang ini,” -Adira.
Tag : Adira AF , AG Coco , Aliff Aziz , Gossip Artis , Hafiz AF7 , Kekasih Artis , Penyanyi , Putus Cinta