Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Selebriti di ABPBH2013 v3

Selasa, 5 Mac 2013

Gambar dibawah adalah gambar-gambar ketika sidang media untuk majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-13 (ABPBH2013) edisi ke-3. Dan ini lah diantara selebriti-selebriti yang sempat hadir baru-baru ini.

Mereka ada lah Zizan Razak, Fara Fauzana, Fida, Najwa Latif, Rozita Che Wan, Mizz Nina dan lain-lain lagi. -gambar Ryaniez Moments Photography

Sharifah Sofia Hamil Anak Ke-2

Isnin, 4 Mac 2013

Tahniah kepada pelakon, Sharfiah Sofia yang dikhabarkan kini telah hamil/mengandung anak ke-2 hasil perkahwinannya dengan Syed Ismail. 

Sharifah telah memuatnaik gambar scan (imbasan) perut anak ke-2 berkenaan di dalam laman sosialnya baru-baru ini.

 Anak sulung, Sharifah Sofia bernama Sharifah Ariana.

Gambar Dynas Mokhtar Terkini

Dynas Mokhtar yang selamat melahirkan anak ke-2 pada bulan Jun 2012 yang lalu kini semakin aktif dengan kerjaya dan personalitinya. Bahkan ada orang yang mengelarkannya sebagai 'hot mama'.

Memang tidak menjadi satu penafian, Dynas masih lagi kelihatan anggun dan berseri dengan style dan gayanya yang terbaru. Dan kembali sebagai seorang pelakon.

Gambar Mia Sara Jadi Duta Dutch Lady

Baru-baru ini bertempat syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) telah melantik pelakon kecil molek, Mia Sara sebagai duta untuk produk kanak-kanak keluaran syarikat berkenaan.

Pemilihan Mia ini dibuat kerana dia memiliki bakat berlakon dan juga memenangi pelbagai anugerah kategori kanak-kanak. Mia menyatakan yang dia suka dengan produk syarikat berkenaan seperti Dutch Lady 6+ perisa coklat. -gambar Budiey

'Abby Abadi = Ustazah Jadian' -Zed Zaidi

Sudah hangat mengenai isu Lahad Datu yang dikatakan Abby sebagai mainan politik baru-baru ini, kini Presiden Seniman, Zed Zaidi yang memetik portal Utusan semalam menyatakan yang Abby Abadi digelar sebagai 'Ustazah Jadian'. Bahkan tambah Zed lagi, Abby mampu memesongkan akidah umat Islam di Negara ini.

Komen ini dibuat oleh Zed sebagai membidas dakwaan Abby yang menuduh selebriti sebagai golongan buta politik dan tersasar jauh dari syariat Islam, ditambah lagi lupa diri akan rezeki Allah.
"Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain.

"Jadi, bila seseorang 'Ustazah Jadian' ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya," -Zed
 

Isu Lahad Datu adalah politik! -Abby Abadi

Isu pencerobahan 'tentera diraja kesultanan Sulu' di Lahad Datu memang kini menjadi isu yang hangat dan sememangnya menjadi perhatian utama seluruh rakyat Malaysia. Dan pelbagai status dan juga twitt yang dipost rata-rata menyentuh soal keselamatan di Sabah.

Pon begitu kita juga harus berbangga dengan mempunyai pegawai dan juga anggota keselamatan yang menjaga keamanan disana, walaupun difahamkan kini kalau tidak silap sehingga jam 6 pagi ini, seramai 8 anggota keselamatan Negara terkorban.

Namun tidak ketinggalan juga, ada pihak yang memanipulasikan isu ini sebagai agenda politik, tidak tahu sebelahmana namun ianya bukannya sesuatu yang perlu diketengahkan. Abby Abadi juga tidak ketinggalan memainkan isu Lahad Datu itu sebagai bahan politik di dalam laman sosialnya.

Tak tahu la ucapan takziah or al Fatihah kepada pewira terkorban tu Abby ada updates ke tak..

Gambar Lisa Surihani Paling Manis

Ahad, 3 Mac 2013

Lihat Lisa Surihani memang seorang cantik dan menawan. Lihat sahaja photo yang dimuatnaik olehnya ini, walaupun sekeping namun ternyata sepertinya gambar ini bukan Lisa Surihani, tapi ini adalah Lisa. Keningnya juga tajam menyilau.



Azwan Ali Bertanding PRU-13

Pemgacara yang terkenal kerana beberapa kontroversi yang lalu, Azwan Ali dalam laporan portal mStar baru-baru ini yang dia akan menawarkan diri untuk bertanding Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-13) atas tiket bebas.

Ini adalah impian dan cita-cita pertama seorang selebriti yang sanggup menawarkan diri sebagai calon dalam mana-mana pilihanraya peringkat Kebangsaan mahupun Negeri.

Dan ini adalah bukan omongan kosong atau impian mimpi indah Azwan Ali, namun akan benar-benar terlaksana cuma kerusi mana yang itu belum diumumkan oleh Azwan.

"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.

"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti,

"Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri (Najib Razak)

"Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh,” -Azwan Ali.
Agak sukar untuk menilai kenyataan Azwan diatas ni, katanya yang memiliki pengikut, pengaruh dan populariti tersendiri sepertinya susah untuk diterima. Malah menyangkal pula untuk bertanding kerusi Pekan, Pahang. Kah kah.

Lainlah kalau macam Datuk Siti Nurhaliza ker, Datuk Aznil ke, ha yang ini admin percaya memiliki semua itu, sebab dalam PRU juga dana besar dan kos kempen merupakan salah satu faktor kepada kemenangan.

Gambar Tudung Siti Nurhaliza v3

Sabtu, 2 Mac 2013

Memang tak terkata, kiranya setiap masa Dato' Siti Nurhaliza sempat memuatnaik gambar dia bertudung untuk peminat-peminatnya di laman sosial.

Kalau kebaikkan baguslah untuk menjadi dorongan peminat yang masih belum memakai tudung kepada memakai tudung, sebab kadang kala selebriti boleh menjadi icon kepada peminatnya.

Ok jum layan..

Gambar Akikah Anak Ahmad Nabil

Anak perempuan Ahmad Nabil, Naira Mikayla kini sudah berusia nak masuk 3 bulan yang lahir akhir bulan November 2012 yang lalu. Dan beberapa keping majlis aqiqah untuk Naira juga sudah selamat dilaksanakan baru-baru ini.

Tak tahu nak kata apa, memang anak-anak selebriti ni semuanya comel-comel belaka. Ya tak? Jum layan. -gambar Instagram Isteri Nabil

Gambar Anak Tomok Terkini

Jumaat, 1 Mac 2013

Anak kepada penyanyi dan pelakon Tomok dan isterinya Ayu, Arrianshah Akid kini sudah nak masuk usia 10 bulan. Dalam usia ni, kelihatan Arrianshah Akid agak sihat dan gemuk.

Matanya juga kelihatan 'bulat' sekali. Memang comel lah melihat anak Tomok ni. Sweet..

Gambar Neelofa di Casablanca

Gambar di bawah ini adalah gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa ke dalam laman sosialnya yang menunjukkan Neelofa bukan berada di negara Pakistan atau India, tapi di negara Afrika Utara, Casablanca, Morocco.

Dan kelihatan Neelofa memakai tudung dengan separuh menutupi kepalanya. Ini bermaksud dia telah memasuki satu tempat ibadah yakni masjid umat Islam di sana.

Gambar Wawa Zainal Bertudung Kini

Pendekatan memakai tudung dikalangan selebriti adalah sudah menjadi kebanggaan kita apabila melihat artis kesayangan kita berubah kepada kebaikkan.

Apatah lagi kalau melihat artis yang comel memakai tudung, pastinya sangat memberikan gambaran suka yang teramat.

Baru-baru ini pelakon manis, Wawa Zainal kelihatan sering memakai  tudung, dan diakui ianya adalah satu peringkat permulaan dalam memakai tudung sebelum mengekalkannya.

Gambar-gambar Wawa bertudung juga sudah banyak dimuatnaik dalam laman sosial miliknya.
“Saya tidak nafikan sekarang ini saya sering bertudung. Saya sedang belajar berubah ke arah kebaikan secara berperingkat. Doakan yang terbaik untuk saya,

“Kalau ada yang ternampak saya memakai tudung di luar, mereka memang tidak salah orang. Saya selalu pakai tudung sekarang ini. Cuma bukan secara kekal. Belum terfikir untuk berubah sepenuhnya. Saya tidak mahu berubah secara drastik, tetapi biarlah berperingkat. Sekarang ini saya mempelajari ilmu agama dengan menghadiri kelas-kelas agama dan juga kelas mengaji Al-Quran. Saya mahu memperbaiki diri,

“Saya dan Aeril Zafrel hanya kawan biasa. Dia tidak pernah cuba mempengaruhi saya dengan apa-apa pun. Saya mahu berubah kerana kehendak diri sendiri. Bukan atas desakan sesiapa. Kesedaran itu muncul dengan sendiri. Sebagai umat Islam, saya rasa bertangungjawab untuk mempersiapkan diri dengan ilmu agama secukupnya. Saya tidak malu mengaku yang saya tidak fasih mengaji.

“Saya tidak ada masalah (berlakon) hendak bertudung. Kalau Allah sudah buka pintu hati saya, apa salahnya. Lagipun, itu kewajipan kepada wanita Islam. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau dengan bertudung saya tidak lagi mendapat tawaran berlakon, saya percaya ada rezeki lain untuk saya,” Wawa Zainal sumber Gua

Adibah Noor Harap Ada Jodoh Dengan Halim Othman

Wah kalau dah jodoh memang tak perlu nak kata apa lagi, mungkin ramai yang tidak menyangka yang penyanyi dan juga deejay radio Suria FM, Adibah Noor tidak menolak jika rakan sejawatnya, Halim Othman adalah jodohnya.

Memang tidak dinafikan kedua-duanya masih lagi single, dan usia mereka juga semakin meningkat dan sudah semestinya peminat mereka berdua ingin melihat mereka mempunyai pasangan hidup.

Adibah tertarik dengan Halim kerana berasa selesa dan mempunyai banyak persamaan dan inilah yang dikatakan oleh Adibah sendiri mengikut portal mStar semalam.
"Jika jodoh saya ditentukan oleh Allah dengan Halim saya terima namun setakat ini hubungan kami profesional sebagai rakan sekerja.

"Bagaimanapun saya selesa bersama Halim kerana kami memahami antara satu sama lain dan berkongsi banyak perkara sama terutama minat terhadap ilmu," -Adibah