Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Beego Nak Lamar Linda Bulan Ini

Isnin, 8 Oktober 2012

Beego sedang merancang untuk berkahwin dengan Linda Hashim yang dijadualkan pada tahun depan.
Pada 1 Oktober lalu, Beego menyatakan dalam sisispan Bharian yang dia akan membawa keluarganya untuk merisik dan melamar Linda pada pertengahan bulan ini.

Menurut Beego lagi, kalau boleh dia tak nak bertunang tapi nak terus bernikah dengan Linda. Tarikah pernikahan itu masih lagi dalam perangcangan dan perancangannya pada pertengahan tahun 2013. 
“Beego dah bawa Linda jumpa keluarga Beego di Bandar Baru Uda, Johor Bahru sebelum Ramadan dan Aidilfitri lalu.  Mak dan nenek Beego suka sangat dengan budi bahasa Linda,” cerita Beego 

Zizie Guna Twitter Suami Updates Status

Ahad, 7 Oktober 2012

Kemesraan suami isteri diantara Zizie Ezette dengan suaminya, Datuk Bung Mokhtar memang dikatakan masih lagi kukuh. Namun berita kehamilan Zizie belum lagi dapat di dengar, mungkin belum ada rezeki lagi nampaknya untuk mengandung anak kandung.

Berbalik kepada tajuk, Zizie menggunakan akaun Twitter milik suaminya untuk mengupdates status. Kalau melihat daripada status berkenaan, tidak mungkin Bung suka main teddy bear dan juga anak patung, barbie.


Menjadi lucu dan lawak jika itu diupdates oleh Bung sendiri, namun Bung menjelaskan itu semua angkara isterinya, Zizie yang mungkin terlupa untuk logout akaun Twitter suaminya..

Wawa Zainal Penghias Majalah Lisa

Sabtu, 6 Oktober 2012

Pelakon muda yang serba cantik, Wawa Zainal memang sudah tidak asing lagi. Melihat kelibatnya pasti ramai lelaki yang berangan-angan mahu jadi kekasihnya. Namun itu semua dunia sosialiti, yang penting Wawa berjaya dalam dunia anak seni.

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu kan. Wawa sudah dapat tawaran untuk menjadi penghias majalah tempatan, Lisa. Dan mungkin beberapa lagi majalah tempatan yang mahu mendapatkan khidmat Wawa sebagai penghias dan tajuk utama majalah mereka.


Melissa Saila Kini Bertudung

Anak kepada seniwati Mariani yang juga anak suadara arwah seniwati Saloma, Melissa Saila kini sudah tampil dengan bertudung.  Melissa bertudung sejak dari bulan Jun 2012 yang lalu dan itu semua ada sebab-sebab tertentu yang logik di masuk akal. Tambahan Melissa ibu kapada 3 orang kandungnya, (dari kiri Zahra, Noor dan Zain)

Syukurlah, Alhamdulillah itu sahaja yang dapat kita ungkap ketika melihat seorang lagi selebriti tempatan mengenakan hijab/tudung pada dirinya, bukan mudah mahu mendapatkan hidayah seperti ini olehs sesiapa.
Saya pakai tudung sejak bulan enam yang lalu. Sebenarnya saya ingat mahu mula pakai tudung pada bulan Ramadan lepas, tetapi tiba-tiba Allah buka pintu hati terlebih awal. Bila lagi saya kena pakai jika tidak sekarang. Umurpun sudah masuk 40 tahun. -kata Melissa -Via

Adira Punca Anne-Aliff Pisah?

Jumaat, 5 Oktober 2012

Isu putus cinta diantara Anne Ngasri dan Aliff Aziz dikatakan mempunyai kaitan dengan penyanyi, Adira. Menurut portal Murai semalam, walaupun Anne akui perpisahan diantara dia dengan Aliff bukan dari orang ketika, namun ada desas desus yang menyatakan Aliff sudah beralih arah cintanya kepada Adira.

Adira juga dikatakan muncul dalam hidup Aliff ketika mereka berdua digandingkan untuk satu set drama, ditambah pula babak yang dilakonkan adalah babak-babak cintan dan romantis seterusnya terjerumus sebagai cinta lokasi.

Tidak diketahui sejauh mana kebenaran ini, mungkin selepas ini ada pihak yang berani tampil memberikan komen mengenai gosip ini.

Sebelum ini, Adira juga dikaitkan dengan AG Coco (Hujan), namun hubungan mereka juga berakhir di tengah jalan, dan seterusnya Aliff berjaya mengambil 'posisi' berkenaan.

Mizz Nina Mohon Maaf isu Perkataan 'Allah SAW'

Isu penggunaan perkataan SAW dalam kulit album terbaru terbitan Mizz Nina, Take Over telah menimbulkan ramai reaksi dari dulu lagi. Penggunaan perkataan Allah SAW seharusnya ditulis dengan Allah SWT memandangkan orang Islam semua tahu akan penggunaan ayat/perkataan berkenaan.

Namun perkara ini dikatakan tidak diambil berat oleh Mizz Nina dan pihak yang terbabit dalam memberikan komen rasmi atau maaf daripada kesilapan tersebut. Namun akhirnya Mizz Nina memohon maaf diatas kesilapan itu dan berjanji tidak mengulangi perkara yang sama terjadi kelak.

Dan ini komen Mizz Nina yang dipetik melalui portal Gua semalam.

“Apa yang Nina boleh katakan, itu adalah satu kesilapan yang jujur dari seorang artis. InsyaAllah perkara ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan. Nina sendiri menerima perkara ini sebagai satu kesilapan dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita tidak terlepas dari membuat kesilapan,” ujarnya

Saya Bukan Cium, Tapi Gigit Amar - Puteri Sarah

Bersambung daripada episod kesan lipstik dari Puteri Sarah kepada pipi Amar Alfian semalam, Link, Puteri sudah memberikan komentarnya mengenai isu yang sudah beredar di internet itu dengan menafikan dia mencium Amar, sebaliknya mengigit Amar.

Tidak tahu apa beza mengigit dan mencium dalam kamus hidup Puteri Sarah, nampak sahaja kedua-dua perkataan boleh menjadi satu kombinasi yang sama pada dasarnya yang memberikan kesan lipstik.

Dan pula kalau mengigit pon kurang elok dipandang umum apatah lagi baru menjalani ikatan kekasih, suami isteri pon mahu berfikir juga mengigit/mencium di khalayak umum. Dan ini komentarnya yang dipetik melalui portal MediaHiburan. 

“Saya baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya bukannya mencium pipi Amar tetapi menggigitnya ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu dia mengusik saya, dan terus saya mengigigtnya. Kerana saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan.

“Masa kejadian itu, di belakang saya ada beberapa orang. Saya tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya.

"Tambahan pula, mustahil untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita fasal kami.

Hafiz Hamidun Pilih Wanita Indonesia Jadi Isteri

Khamis, 4 Oktober 2012

Hafiz Hamidun mengakui dia telah jatuh cinta dengan seorang wanita Indonesia yang menetap di Mekah selepas pertama kali bertemu ketika menunaikan umrah pada Mac lalu.

Dia tidak sangka doanya yang mahu mendapatkan jodoh termakbul selepas melihat kecantikan anak perempuan kenalan kepada rakan kongsinya yang turut berada di situ.

Dia telah berbincang dengan ibu bapanya tentang hasrat untuk melamar wanita berusia 20 tahun itu. Malah Hafiz juga telah membawa mereka ke Bandung, Indonesia untuk bertemu keluarga wanita tersebut pada Ogos lalu.
"Syukur Alhamdulillah, apabila saya berdoa agar dapat bertemu dengan wanita yang sesuai, tidak sangka pada malamnya doa itu termakbul ketika saya mahu berurusan tentang hal perniagaan dengan keluarga wanita itu.

 "Semasa perbincangan berlangsung, wanita itu telah menghidangkan air kepada saya, terus hati saya berkata, dia mungkin jodoh saya. Ia seperti sebuah cinta pandang pertama.

"Bagaimanapun, saya harus akur kerana tidak mungkin dapat berjumpa dengannya lebih kerap kerana dia menetap di Mekah dan belajar di sebuah universiti di sana. Sehingga kini baru dua kali kami bertemu, itu pun sekejap,

"Mujurlah keluarga kedua-dua belah pihak senang dengan hubungan kami walaupun kami tidak menyampaikan hajat itu secara terus terang

"Cuma wanita itu mahu dia habiskan pelajarannya iaitu kira-kira tiga tahun lagi manakala saya pula berhasrat untuk menikahinya pada tahun depan selain mencadangkan kepadanya supaya menyambung pelajaran di Malaysia," -katanya. -Via

Gambar Lipstick Pada Pipi Amar?

Haha. Ini kisah menarik dan juga amat melucukan juga, satu kesan yang boleh dianggap menjadikan hubungan diantara Amar Alfian dan Puteri Sarah bukan lagi rahsia.

Gambar dibawah adalah gambar dimana Amar Alfian dan Puteri Sarah menghadiri satu majlis pertandingan Akhir Hero Remaja.

Kesan yang dimaksudkan adalah kesan ciuman gincu/lipstick pada pipi Amar. Mungkin Amar tidak menyedari kesan berkenaan namun takkan Puteri tidak mahu menegur mengenai kesan berkenaan pula, atau memang disengajakan oleh kedua-duanya.

gambar MediaHiburan

Abby Abadi Ikut Memey, Norman Ke Genting

Wah bukan main lagi dah sekarang hubungan yang terjalin diantara bekas isteri Norman Hakim, Abby Abadi bercuti bersama-sama Norman, Memey dan anak-anak Abby/Norman baru-baru ini di Genting Highlands.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Memey dan sempat memberikan sekeping gambar ketika percutian berkenaan kepada umum. Dan ini komen Memey yang dipetik melalui portal Murai semalam..

"Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing
pula dalam masa terdekat ini.

"Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands.

"Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah,".- kata memey

Gambar Kekasih Hafiz AF?

Rabu, 3 Oktober 2012

Gambar dibawah adalah dakwaan sesetengah pihak mendakwa yang wanita bersama Hafiz AF itu adalah kekasignya. Mereka ditemui ketika menghadiri majlis sambutan hari lahir ke-23 wanita berkenaan.

Tambahan lagi mereka berdua kelihatan bersama-sama keluar sekitar Sunway Piramid dan juga dekat Damansara.

Baguslah kalau Hafiz sudah menemui penganti cintanya yang baru. Dan semoga kekal bahagia seterusnya diakhiri dengan ikatan yang sah. :)

Hubungan Aidil, Jue Aziz Semakin Mesra?

Kisah menarik yang dikongsikan ini adalah memetik dari portal Utusan semalam. Katanya hubungan Aidil Zaquan dengan Jue Aziz semakin serius sekarang sehingga ke fasa sayang menyangi. Sehinggakan dakwaan yang Aidil membelikan beg tangan berjenama di Pavillion untuk memberikan hadiah kepada Jue yang merajuk.
Untuk pengetahuan, sebenarnya tidak menjadi masalah untuk Aidil bercinta dengan sesiapa yang dia inginkan, namun kes dengan Rita di mahkamah belum selesai lagi. Dan yang pasti dikhabarkan Aidil bakal menceraikan Rita dalam masa terdekat ini.

Surat permohonan cerai sudah dihantar Aidil kepada peguam Rita baru-baru ini namun belum disahihkan oleh empunya badan, namun sewajarnya kita tunggu dan lihat proses mereka ini di mahkamah  selepas ini.

Rusdi Ramli Timang Anak ke-3

Tahniah! Isteri kepada pelakon terkenal, Rusdi Ramli, yang juga seorang komposer, Sharon Anne telah pun selamat melahirkan anak ke-3 mereka yang berjantina lelaki pada hari Selasa minggu lalu.

Bayi berkenaan dilahirkan secara normal di salah satu pusat perubatan dekat Bangsar. Walaupun dia pernah berharap dikurniakan anak perempuan sebelum ini kerana sudah mempunyai dua anak lelaki iaitu Efiezal Ridza, 22, (hasil perkahwinan pertama) dan Reo Ridza, 3, kelahiran anak lelaki ketiga itu tetap membawakan kegembiraan buatnya.
“Pada awalnya memang saya berharap dikurniakan anak perempuan kerana saya sudah ada dua anak lelaki. Namun, selepas melihat keputusan proses imbasan, saya dan Sharon mengetahui bahawa kami akan dapat anak lelaki lagi

“Saya gembira dan bersyukur dengan kelahiran ini walaupun belum ada rezeki untuk kami menimang anak perempuan,” katanya -Via
 Rusdi dan Sharon, 36, bernikah pada 16 November 2008 selepas aktor itu menduda selama 15 tahun.
un.

Wan Zaleha Radzi Bertudung

Selasa, 2 Oktober 2012

Rancangan terbaru terbitan RTM menerusi, TVi (Saluran 180 Astro) iaitu Jangan Buat Lagi dan Islam Today. Jangan Buat Lagi adalah program tv yang membentuk nilai dan budi pekerti dikalangan remaja yang dikhuatiri boleh terjerumus di dalam lembah sosial yang kurang sihat. Rancangan yang berbentuk ilmiyah ini juga akan dikupas oleh Imam Muda Hassan bermula 1 Oktober 2012, setiap Isnin, jam 9.00 malam.


Manakala bagi rancangan Islam Today dalam berbentuk bual bicara berbahasa Inggeris, dan dihoskan oleh Wan Zaleha Radzi yang bertudung ketika rancangan itu disiarkan mulai 5 Oktober 2012, setiap Jumaat, jam 1.00 petang, selama 13 episod. -Via

Gambar Penyanyi, Eisya Nurani

Penyanyi yang terkenal pada zaman 90-an, Eisya Nurani adalah salah satu artis yang dikenali ramai ketika era itu. Namun setelah bernikah dan mendirikan rumahtangga serta dikurniakan dua cahaya mata, Eisya Nurani sepertinya sudah tidak dikenali ramai lagi.

Kepada yang masih mengenali Eisya Nurani terutama yang berusia 30 keatas, ini adalah foto miliknya yang dipetik melalui laman facebook. Gambarnya masih lagi mengekalkan kecantikan yang dimilikinya ketika menjadi penyanyi dahulu.


Gambar Terbaru Khai dan Rosma

Mungkin ramai yang sudah lupa dan ada juga yang masih ingat tentang pelajar-pelajar Akademi Fantasia terutama pasangan pelajar berkenaan yang bertemu jodoh di atas pentas, Khai dan Rosma. Mereka kini hidup bahagia dalam rumahtangga yang dibina hampir nak 5 tahun.

Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Amzar Danish, 3 tahun. Amzar hampir mendapat adik kandungnya dimana Rosma hamil 3 bulan pada bulan Januari 2012 yang lalu, namun nasib malang menimpa Rosma, dia keguguran kerana dek kesibukan kerjaya.

Dam ini adalah gambar terbaru mereka sekeluarga, Rosma dah nampak slim dari yang dahulunya.. :) -gambar SinarHarian

Black Mentor Komen Bawa Kekasih Bercuti di Pulau Redang

Sisipan BpoP minggu lalu ada memaparkan satu berita yang mengejutkan juga, mengenai Black Mentor yang dikatakan khalwat atau bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah resort dan cerita itu disampaikan oleh staff yang bekerja di sana kepada penulis paling pedas, Zubir.

Namun Black mempertahankan dakwaan itu dengan mengatakan dia mengakui pergi bercuti di Pulau Redang namun bukan bulan lalu, ianya pada awal tahun ini dan ditemani oleh tiga orang rakan yang lain. Dan ini komentar sekali lagi Black melalui portal GUA terhadap dakwaan sisipan BpoP berkenaan.

“Saya mengaku pergi bercuti bersama teman wanita ke Pulau Redang pada Januari lalu. Tetapi, saya nafikan duduk sebilik dengan teman wanita seperti yang didakwa dalam ruangan gosip sebuah akhbar. Bahkan, kami juga tidak pergi secara berdua-duaan. Sebaliknya percutian itu disertai oleh tiga orang rakan lain. Jadi, kami pergi berlima iaitu tiga orang perempuan, dan dua orang lelaki.

Ketika percutian selama tiga hari dua malam itu, memang ada masa-masanya saya luangkan masa dengan teman wanita sahaja tanpa kehadiran rakan-rakan lain. Tetapi bukan seperti yang digembar-gemburkan. Sebagai manusia biasa, saya juga ada keinginan untuk menghabiskan masa dengan teman wanita. Oleh itu, tidak hairanlah kalau ada pihak yang mendakwa nampak saya berdua sahaja, tidak ada kawan-kawan lain.

Saya sangat terkilan apabila penulis ruangan gosip itu mempersoalkan tentang agama saya. Tolonglah! saya ada emak dan ayah yang mendidik saya dengan baik. Untuk pengetahuan penulis itu, saya dulu bersekolah di sekolah agama dan sudah pasti saya tahu hukum-hakam agama. Saya tahu batas-batas sebagai seorang Islam. Saya tidak akan buat perkara yang tidak senonoh. Sebagai manusia biasa, memang saya tidak sempurna dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan, tetapi tolong jangan melebihi batas. Saya sanggup bergaduh kalau soal agama,”

Gambar Aaron Aziz di Fear Factor Selebriti Malaysia

Isnin, 1 Oktober 2012

Bagi peminat Aaron Aziz pastinya korang teringin sangat melihat gambar terbaru dia kan. Dibawah ini ada beberapa keping yang dipetik daripada blog Budiey bersempena Aaron mengacarakan atau host kepada rancangan TV, Fear Factor Selebriti Malaysia di Batu Caves. Nampak gambar seperti kelihatan sangat, namun masih boleh tersenyum lagi. :)

Fear Factor Selebriti Malaysua

Fear Factor Selebriti Malaysua

Fear Factor Selebriti Malaysua

Fear Factor Selebriti Malaysua

Fear Factor Selebriti Malaysua

Nora Danish Mahu Kahwin, Niat Pakai Tudung

Syukurlah kalau sudah melihat pelakon Nora Danish memasang niat untuk bertudung. Dan itu yang kita nanti-nantikan setelah melihat Nora mempunyai gambar-gambar yang hot di carian google. Niat baik ini kata Nora akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat dan menanatikan waktu yang sesuai untuk berbuat demikian, mungkin selepas Hari Raya Haji.

Melihat daripada sisipan Utusan Mingguan juga semalam, Nora juga mahu menamatkan zaman jandanya dengan seorang lelaki yang berkerjaya sebagai ahli perniagaan. Dan Nora akan mengumumkan satu hari nanti kepada seluruh peminatnya jika dia berjaya mengekalkan hubungannya dengan jejaka berkenaan.


Gambar Sekitar Cosry Show

Gambar dibawah adalah beberapa gambar yang diambil oleh photographer professional Ryaniez Moments Photography bersempena dengan satu majlis pertunjukan Cosry yang menampilkan pelbagai fesyen terkini dan moden.

Ramai selebriti yang telah menjayakan acara berkenaan, turut kelihatan Izara Aisyah, Zarina An Julie, Intan Ladyana, Daphne Iking, Sasha Saidin dan juga Sharifah Sofea. Jum kita lihat fesyen dorang ketika berada di majlis itu.

Hantu Kapcai Kutip RM2 Juta Untuk 5 Hari

Wah dalam tidak disangka filem seram berbentuk komedi, Hantu Kapcai mendapat kutipan yang tidak disangka-sangka hanya belum ada seminggu penayangannya di pawagam di negara ini.

Filem Hantu Kapcai dikatakan mengutip RM2 juta bermula dari Khamis minggu lalu (5 hari) yang dipetik melalui portal mStar semalam. Ianya satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi semua pihak produksi filem berkenaan terutama KRU Studios.

Filem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Zizan Raja Lawak, Fizz Fairuz dab Izzue Islam. Memang mendapat sambutan lebih-lebih lagi kaki-kaki motor yang sudah lama-lama menantikan filem berbentuk perlumbaan.

Nak tahu apa yang menarik di filem ini? nanti malam kita usha pergi pawagam berdekatan ok.