Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

gambar pertunangan Dira Abu Zahar

Khamis, 14 Julai 2011

Pengacara terbaru Melodi di TV3 tue, yang bernama Dira Abu Zahar bukan Zizan ok, dah selamat bertunang baru-baru ini dengan pasangannya yang bernama Helmi. Dira ni dulu dah pernah kahwin dan mendirikan rumahtangga setahun dengan penyanyi kumpulan Bau, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid. Kini dia sudah bersedia untuk berumahtangga lagi. Tapi dalam tempoh 4 bulan lagi, sebab dorang rancang nak kahwin tarikh yang paling special, 11.11.11. Tahniahlah kepada Dira, semoga proses pertunangan ini berjalan dengan penuh terpelihara. :)

klik gambar untuk lebih besar
[via]

Ekin disahkan hamil 2 bulan

Rabu, 13 Julai 2011

Tahniah kepada pasangan sensasi, Mawi dan Ekin kerana dikhabarkan Ekin kini sudah mengandung/hamil 7 minggu selepas perkahwinan mereka hampir tiga tahun yang lalu. Berita ini amat mengejutkan Mawi, disangkakan pergi hospital swasta di Bangi, Selangor dua minggu yang lalu untuk memeriksa kitaran haid Ekin yang kurang stabil namun doktor mengesahkan yang Ekin dah pun hamil 7 minggu.

Syukurlah kalau dah mengandung anak sulung tue, peminat-peminat Mawi pastinya ternanti-nanti akan kelahiran anak sulung mereka. Ekin dulu pernah keguguran sebanyak dua kali, tapi kali ini Ekin haruslah banyak-banyak berehat, jangan buat aktiviti yang berat dan membebankan yer~.. :)

abang Zizie Ezette bakal dipenjara, sebat

Pernah lihat lakonan Samzy Fuzette tak? dia ni abang kepada Zizie Ezette isteri AP Kinabatangan. Terbaru mengenai keluarga artis ini, abang sulung Zizie bakal dikenakan penjara dan juga sebatan sebab dipercayai memiliki dadah. Dalam kes ini masih lagi ada keraguan kerana Samzy dakwa dia tidak memiliki dadah berkenaan. Mungkin saat ini keluarga besar Zizie sedang berkabung dan berdoa agar Samzy senantiasa sihat sejahtera.

Bekas pelakon, Samzy Fuzette A. Samad kekal menjalani hukuman penjara, selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak rayuannya berhubung kesalahan memiliki syabu, enam tahun lalu.

Samzy pernah mencuba nasib dalam industri seni menerusi drama Cucu-Cucu Atuk dan Seri Istana. Pada Selasa, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini, terhadap Samzy dan memerintahkan agar hukuman tersebut bermula pada hari ini.

Sebaik sahaja Mohtarudin membacakan penghakiman beliau, Samzy yang memakai baju kemeja berwarna putih dan berseluar hitam dilihat menggelengkan-gelengkan kepala, manakala isterinya, Sarinah Mohammad, 32, yang berada di galeri awam mahkamah menangis teresak-esak.

Pada penghakimannya, Mohtarudin berkata, beliau menolak hujahan yang dikemukakan oleh peguam Samzy, Muhammad Faiz Fadzil bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah syabu itu diletakkan oleh orang lain termasuklah oleh anggota polis yang membuat serbuan atas maklumat orang awam.

Berhubung hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret Aida Mastura Mohamed Aman, Mohtarudin berkata hukuman tersebut adalah tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan Samzy.

Hukuman tersebut dijatuhkan pada 30 November 2010 selepas Aida Mastura yang mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan mensabitkan Samzy bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.

Samzy yang mempunyai tiga orang anak didakwa memiliki dadah itu pada pukul 3.30 petang, 11 April 2005 di rumah beralamat DG-W4, Kondominium Villa Ria, Taman Bukit Mulia, Jalan Mulia 1/5, Bukit Antarabangsa.

Dadah tersebut disimpan dalam 10 paket plastik lut sinar dan dijumpai dalam beg pinggang berwarna hitam dan di dalam beg tersebut terdapat dompet yang mengandungi kad pengenalan dan dokumen peribadi Samzy.

Semasa ditangkap, terdapat tujuh orang di dalam rumah tersebut dan Samzy didakwa sedang tidur di salah satu bilik bersama Nur Baizura Che Man, 29, yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketujuh. [via]

Amylea AF, Farouk dah 2 tahun bercinta

Hubungan cinta yang disulam selama 2 tahun dan berkawan selama 4 tahun membuatkan pasangan Amylea Azizan atau Amylea AF, 25, dan Farouk Flava (Gangstarz musim pertama (2007)), 21 kini lebih bahagia dia sudah bersedia mahu kahwin. Sebut soal kahwin mereka inginkan sangat-sangat namun belum lagi, memandangkan perancangan ke arah itu belum lagi mencukupi.

Yang paling penting, hubungan cinta mereka berdua mendapat restu keluarga kedua-dua pihak. Baguslah kalau macam itu, dah sampai keluarga dah tahu mengenai hubungan mereka. Pun yang paling penting, segeralah untuk bernikah, takpayah tunggu lama-lama, nanti dia diambil orang. Hehe.

[via]

Gambar Natasha Hudson dan anak

Selasa, 12 Julai 2011

Baru-baru ini Natasha Hudson ada pergi menonton filem Sekali Lagi. Bukan dia seorang sahaja yang pergi tengok, malah dengan anak kesayangannya Nessa Helena dan juga bak kata orang, berjiwa rakyat lah katakan, seramai 30 orang peminatnya telah dipilih melalui twitter miliknya iaitu @natasha_hudson. Kemungkinan 30 orang itu mendapat tiket percuma dan memiliki pengalaman menonto filem tempatan dengan artis.

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Mungkin kita rasa hairan, kenapa bukan Transformer yang dia ajak tengok, memandangkan filem berkenaan serentak dengan filem Sekali Lagi. Sebab tue lah, nama jerk om putih si Natasha ni tapi hati dia cute berjiwa Malaysia, tetap sokong ma dengan itu filem tempatan. Syabas!!

Gambar : Budiey

Akhil Hayy kini kembali dalam Cubaan!

Sudah lama tidak melihat kelibat Akhil Hayy di kaca TV terutama di Astro Oasis. Mungkin dia berehat atau melakukan tugas lain kot. Tak pun gara-gara buat program 13 episod ni yang dinamakan Cubaan dimana program tv ini akan menerjah orang awam sambil berdakwah. Jangan salah anggap atau fikir bukan-bukan mengenai program ini, sebab program ini hanyalah berbentuk santai dan spontan namun tidak bermakna hendak mengaibkan pihak tertentu.

Baguslah, sekurang-kurangnya ada juga masih program yang menyedarkan kita tentang bahaya di zaman ini dari segi moral dan sosial. Dan jangan lupa program itu akan disiarkan pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam bermula 16 Julai ini hanya di Astro Oasis.

Sumber : mStar

Lagi Artis bertudung, Raja Farah

Kali ini adalah pelakon, Raja Farah yang dikatakan oleh seseorang yang ternampak dia bertudung litup. Katanya lagi dia ternampak ketika waktu shoot untuk satu drama yang menggandingkan Raja Farah dengan pelakon kacak, Shahz Jaszle. Selain daripada itu juga Raja Farah juga telah memberi syarat kepada produser berkenaan yakni berlakon tanpa tanggalkan tudungnya.

gambar ketika Raja Farah kahwin

Mungkin disebabkan arahan/printah suaminya, Megat Bashirun Qhuyum kot yang nak isterinya, Raja Farah menjadi isteri solehah dan . Alhamdullillah dan Baguslah kalau berita ini benar. Tapi gambar Farah bertudung belum lagi ada, mungkin kita dapat lihat seminggu/dua lagi lah nampaknya. Hehe. kalau ada, nanti admin updates ok. :)

Ning Baizura dan ahli bina badan!

Isnin, 11 Julai 2011

Gambar dibawah ni merupakan gambar sekitar pelancaran album & Showcase DEWA oleh Ning Baizura di Zouk KL. Yang paling menariknya, Ning membawa kan khas ahli bina badan yang memang cair lah kalau tengok dorang ni. Mereka didatangkan khas Ning untuk albumnya itu. Memang dasyat tue, jarang ahli bina badan kena jemput dalam pelancaran album artis. Selalunya orang-orang kurus jerk yang menghias pentas. ngeh2.. Apa-apa pun bravo kepada Ning, kerana masih lagi mampu menghasilkan album. :)

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Gambar : Budiey

gambar Malam Gala SimplySiti di UiTM

Malam Gala SimplySiti 2011 yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Cancelor, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam baru-baru ini berlangsung dalam suasana penuh warna-warni. Selain menampilkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, persembahan sempena ulangtahun pertama SimplySiti ini turut menampilkan tiga penyanyi popular lain iaitu Amy Search, Aizat dan Ana Raffali. Tidak ketinggalan, bakat-bakat muda dari Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik, Fakulti Muzik dan Fakulti Seni Persembahan, UiTM Shah Alam sendiri. -Gua

Artikel diatas dipetik daripada Gua nak baca lanjut klik jerk link diatas, tapi gambar kat sana sikit jerk. Jadi ada member dari Facebook yang juga student UiTM sempat mengambil gambar suasana di sana kat bawah ni. Jom kita tengok.




















Jimmy Shanley di maki hamun

Kesihan sungguh artis kita seorang ni, bila kena maki hamun oleh seorang Facebooker yang bernama 'Nizam Ayu'. Tidak tahulah apa motif sebenarnya Nizam Ayu menulis wall berkenaan di Facebook miliknya. Ada kaitan rapat dengan Jimmy atau memang aktiviti lapangnya mencari publisiti? jangan Jimmy bertindak sudahlah. Last-last nanti penyesalan diakhir ceritalah si Nizam Ayu ni. kuikuikui..

klik gambar untuk lebih jelas

Rini AF7 kahwin 16 Julai 2011

Ahad, 10 Julai 2011

Tahniahlah kepada Rini AF7 dimana Pada 16 dan 17 Julai nanti, bakal menjadi detik manis buat Zuzafrini Zulkifli, 27, apabila dia kini menghitung hari untuk menamatkan zaman solonya selepas tujuh tahun menyulam cinta. Rini akan disatukan dengan jejaka pilihan, Johanis Nordin, 29, pendidik berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Percintaan mereka bermula sewaktu sama-sama mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, tujuh tahun lalu sebelum cinta dan kasih disatukan.

“Majlis akad nikah akan diadakan pada 16 Julai, jam 5 petang di Bandar Baru Bangi diikuti majlis persandingan pada keesokan harinya di tempat yang sama bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang. Manakala majlis bagi pihak lelaki akan diadakan pada 23 Julai,” katanya.
Apa yang menarik, kad kahwin yang diberikan berkonsepkan buku sekolah direka khas Johanis amat unik dan menarik selain isi kandungan untuk nama jemputan dan lain-lain sama seperti buku sekolah.
Sumber : HMetro

Beli dan Menang di Senheng sekarang!!

Admin baru-baru ni ada pergi ke Senheng (kedai elektronik yang terkenal tu) untuk mencari peralatan elektrik, memang tidak dinafikanlah sebab syarikat Senheng merupakan kedai yang cukup lengkap dan pelbagai barang elektrik mudah diperolehi di sana. Kini memang mudah sekali untuk membeli barangan elektrik dengan hanya berkunjung ke Senheng. Jadi admin pulang waktu itu dengan hati yang cukup riang gembira. :)

Mengenai syarikat Senheng ni, ia merupakan pengedar produk barangan elektrik sahaja, bukan bermakna Senheng ada produk sendiri, mereka pengedar alat-alat elektrik berjenama seperti Samsung, Panasonic, Sony, Toshiba, LG dan sebagainya.

Dengan lebih daripada 110 buah cawangan di seluruh Negara, Senheng juga mempunyai 10 pusat pengedaran (logistic center) yang terletak di Selangor, Johor, Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sawarak. Jadi korang tak perlu susah2, sebab Senheng akan menghantar barang anda dengan selamat tak kira mahupun rumah anda terletak di kampung-kampung terperincil mahupun yang jauh daripada pekan/bandar.


Kalau korang tidak lagi yakin dengan
Senheng, anda boleh digalakkan untuk pergi ke laman sesawang utama mereka di http://senheng.com.my/. Disana anda akan diberikan pelbagai bentuk produk-produk terbaru/informasi-informasi terkini dan sebagainya lagi. Barangan elektrik yang ditawarkan termasuklah LED TV, LCD TV, PLASMA TV, SMART PHONE, LAPTOP, KOMPUTER, PC TABLET, AIR COND, PETI SEJUK, MESIN BASUH dan banyak lagi oO.

Selain membeli barangan daripada Senheng, anda juga digalakkan untuk menjadi ahli yang dinamakan 'PlusOne Member' kepada syarikat berkenaan, bukan untuk menjadi ahli dalam perniagaan langsung dan seangkatan dengannya, cuma anda diberikan suatu bentuk yang boleh anda tersenyum lebar dengan Senheng. Diantara faedahnya adalah 'harga ahli (member price)', lebih daripada 1 tahun jaminan dan penghantaran kemana sahaja (Nationwide delivery)

Oklah tak perlulah cakap panjang lebar mengenai keistimewaan di Senheng ni. Jangan segan silu, anda layari sahaja web http://www.senheng.com.my/ dan anda pasti teruja dengan produk-produk elektrik dan perkhidmatan yang ditawarkan.


Seperti sedia maklum, kita akan menyambut Hari Raya pada akhir bulan Ogos nanti, maka Senheng dengan senang hati tengah membuat promosi hari ini bermula 1 Julai lalu sehingga 30 September 2011. Promosi yang ditawarkan adalah rebet sehingga RM500 dengan pembelian barangan terpilih di Senheng melalui skim ansuran mudah AEON. Contohnya, anda beli LED TV, anda dapat rebet sehingga RM500!!, dengan rebet RM500 itu, anda boleh menjimatkan perbelanjaan. Jadi Hari Raya anda nanti akan lebih bermakna dengan barangan dari Senheng diatas pembelian yang menjimatkan dan menguntungkan. Jangan silap, Nabil RajaLawak merupakan duta kepada Senheng Raya ni tahu. Lebih lanjut kunjungi sini, http://www.senheng.com.my/hariraya2011/

Jadi tunggu apa lagi segeralah berkunjung ke kedai Senheng yang berdekatan sekarang. Jangan pergi ke kedai elektronik yang lain selain Senheng, rugilah anda nanti. Cepat-cepat rebutlah peluang keemasan ini, selain membeli, anda juga berpeluang memenangi salah satu daripada 40 buah TV 3D LED Sony 46 inci melalui peraduan The Smurfs dan sebuah kereta Honda Insight (Hybrid) melalui peraduan AEON!

Que Haidar kini kembali berlakon!

Sabtu, 9 Julai 2011

Jarang kita melihat pelakon Que Haidar ni dimana-mana drama mahupun filem kan dah masuk 2 tahun. Sampaikan ada yang menganggap Que kena 'queen control' oleh isterinya disebabkan cemburu. Masih lagi hanya dianggap spikulasi yang tidak jelas mengenainya. Sebab manalah ada orang nak cerita kan rumahtangganya kepada umum, iya tak?. Tapi baguslah pemenang Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) ni bakal muncul dalam dunia seni tak lama lagi, yakni dalam filem Rock Ooo arahan Mamat Khalid, mesti lucu lah ni filem, macam Zombi Kampung Pisang pulak. Hehe.

"Keputusan kembali berlakon dalam filem arahan Mamat Khalid ini adalah pilihan saya sendiri. Tidak ada mana-mana pihak lain yang mempengaruhi saya termasuklah Linda seperti yang disangkakan banyak pihak.

Dulu saya pernah berkata, saya tidak membuat keputusan untuk berhenti terus dan akan berlakon sekiranya ia benar-benar membuka hati saya,” katanya. Pastinya bidang lakonan umpama nyawanya, namun keputusan Que meninggalkan dunia lakonan cukup berbaloi dirasai dalam jiwanya.

Mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan sesuatu yang berat bagi saya. Memang ada faktor kenapa saya nekad meninggalkan dunia lakonan dulu. Apa yang pastinya kekecewaan itu tetap ada dan saya tidak mahu mengguris mana-mana hati individu yang pernah mengecewakan saya. Biarlah orang buat pada saya asalkan saya tidak membalasnya,” katanya lagi. -Bharian

Raja Azura dah mula bertudung pula?

Benarkah Kak Engku atau Raja Azura telah pun mula bertudung? agak menarik untuk diceritakan sebab belum ada lagi kisah mengenainya. Nampak Raja Azura bertudung pun dalam rakaman video yang di rakam di studio radio Sinar FM bersempena slot 'SINAR PAGI SENAMAN TERTINGGAL OLEH ABANG JEM' baru-baru ini. Sebab ini bukan lah public yang orang luar boleh tengok, tapi hanya lah mendengar, jadi kalau betul Raja Azura bertudung aka tutup kepala, syukur Alhamdulillah. :)

Jue Aziz kini dah bertudung?

Jumaat, 8 Julai 2011

Dihari Jumaat yang indah ini, marilah kita sama-sama mencuci mata melihat seorang artis bertudung. Bukan untuk merenung tetapi melihat keindahan yang ada padanya. Artis tu adalah Jue Aziz. Memang agak mengejutkan juga lah, tak tahu dia pakai ketika sesuatu event yang memerlukan dia memakai tudung berkenaan atau memang dia sendiri yang pakai. Mungkin ini satu petanda yang Jue Aziz akan berubah daripada sudut penampilan? kita doakan sahaja ianya menjadi kenyataan. Amin.

Gambar : MediaMalaya

Video HD perkahwinan Tomok, Ayu

Perkahwinan Tomok dan Ayu memang dah berlalu seminggu yang lalu, namun kehangatannya masih lagi membara. Sebab perkahwinan ini memang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat Tomok. Jadi tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat sekitar atau full video pernikahan dan perkahwinan Tomok dan Ayu yang penuh warna warni. :)