Akhil Hayy kini kembali dalam Cubaan!

Pada: Selasa, 12 Julai 2011
Sudah lama tidak melihat kelibat Akhil Hayy di kaca TV terutama di Astro Oasis. Mungkin dia berehat atau melakukan tugas lain kot. Tak pun gara-gara buat program 13 episod ni yang dinamakan Cubaan dimana program tv ini akan menerjah orang awam sambil berdakwah. Jangan salah anggap atau fikir bukan-bukan mengenai program ini, sebab program ini hanyalah berbentuk santai dan spontan namun tidak bermakna hendak mengaibkan pihak tertentu.

Baguslah, sekurang-kurangnya ada juga masih program yang menyedarkan kita tentang bahaya di zaman ini dari segi moral dan sosial. Dan jangan lupa program itu akan disiarkan pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam bermula 16 Julai ini hanya di Astro Oasis.

Sumber : mStar

Tag : , , , ,