Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Maya Karin dan Irina Melati

Jumaat, 18 Februari 2011

Sebelum ni ada izyan paparkan episod adik-beradik Maya Karin terutama adik lelaki Maya. Tapi kini izyan nak paparkan pula adik perempuan Maya Karin, Irina Melati. Irina Melati dan Maya Karin digandingkan dalam sebuah sisipan dalam HarianMetro. Mungkin dek kerana kecantikan Irina Melati yang setanding kakaknya, maka mereka digandingkan bersama-sama. Kenapa tidak, sehinggakan syarikat L'Oreal Malaysia mahu menjadikan Irina Melati sebagai duta produk mereka, memandangkan Irina Melati seorang peguam di kota raya London.

Datuk Baharuddin sambut lahir cucu ke-20

Pelakon veteran yang dikenali ramai Datuk Baharuddin Omar atau dikenali dengan nama Anjang Aki yang kini berusia 75, dikhabarkan baru-baru ini dimana beliau sudah menerima kelahiran cucu yang ke-20 pada pagi hari Rabu. Cucu lelakinya yang ke-20 itu dilahirkan oleh anak perempuan keenamnya di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

"Saya jangka cucu saya dilahirkan semalam (Selasa) kerana jatuh pada sambutan Maulidur Rasul. Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana semuanya selamat." kata Anjang Aki kepada mStar.
Ps: tahniah lah, semoga bertambahlah umat Nabi Muhammad SAW. :)

Remy Ishak ditendang sampai cedera!!

Kesihan sungguh dengan pelakon kacak, Remy Ishak ni. Dah lah kena 'bedal' dulu oleh gengsterism kini ditendang pula sampai dikatakan tulang rusuknya cedera. Adoi, apa nak jadi ni. Kuat sangat di 'bedal' kang tak lama lagi Remy guna tulang besi lah ni. Tapi nasiblah tak cedera teruk sangat kata Remy, cuma kecil sahaja, dan tak ditahan di wad. Ini kata Remy di portal Gua. :)

“Saya mengalami kecederaan di tulang rusuk kanan ketika menjayakan satu babak pergaduhan dalam filem terbaru saya berjudul ‘Barajiwa’. Ketika melakukan babak itu, saya telah ditendang sehingga menyebabkan tulung rusuk saya lebam.

“Selepas ditendang, saya tak boleh bangun dan telah dibawa ke klinik untuk menjalani ujian x-ray. Ia cedera kecil saja, tapi sebab ia melibatkan bahagian dalam, jadi agak merisaukan juga. Nasib baiklah insiden ini berlaku pada hari terakhir penggambaran,” kata Remy ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama pelakon filem 'Cun!' baru-baru ini oleh wartawan Gua.

gambar Neelofa pakai tudung labuh

Khamis, 17 Februari 2011

Siapa gerangan Neelofa ni? mesti ramai yang tidak tahu siapa gadis yang bernama Neelofa ni. Neelofa ni merupakan pemenang Dewi Remaja tahun 2010 yang lalu. Kalau siapa yang mengikuti perkembangan Dewi Remaja mesti dia kenal dengan Neelofa. Masa Dewi Remaja 2010 tu Neefola tak bertudung a.k.a tak tutup kepala. Tapi baru-baru ini agak mengejutkan sedikit kerana Neefola pakai tudung, tudung bukan alang-alang tu, tudung labuh lagi.

Mengikut daripada informasi yang diterima, Neelofa pakai tudung labuh selepas putus cinta dengan kekasihnya. Yang itu kurang dipastikan lagi, sebab belum disahihkan dengan empunya badan. Tapi baru-baru ni Neelofa kelihatan memakai tudung labuh di suatu kelas/majlis ilmu oleh DATUK DR. HARUN DIN. Wallahualam lah mana satu yang benar. Apa-apa pun Neelofa memang orang yang cantik, lihat sahaja gambarnya di Google (taip Neelofa) pasti semua terpegun. Hehe.

Shah Rukh Khan dalam DON 2 di Melaka

Selepas dapat 'title' Datuk, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) kini semakin tidak mahu melupakan Malaysia, apatah lagi Negeri Melaka yang memberikan beliau gelaran berkenaan. SRK sekarang berada di negeri Melaka untuk menjalani penggambaran filem barunya yang bernama DON 2. Tidak ketinggalan peminat nombor satu di Negeri Melaka, Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan juga isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Tempat-tempat pilihan SRK adalah Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi adalah tempat untuk lokasi penggambaran filem DON 2 dimana turut disertai 140 kru filem itu dan akan berakhir di Berlin, Jerman nanti. Filem DON 2 akan ditayangkan pada Disember 2011 nanti. Tunggu taw~ tempat Malaysia dimata dunia. -Sumber Bernama | TheStar

Sekali kereta Erry Putra kena curi da..

Erry Putra mengalami nasib yang agak malang bulan ini apabila kereta Proton Waja berwarna hitam miliknya hilang dicuri di kawasan rumahnya di Bukit Jalil pada pagi Selasa yang lalu. Erry menyedari kehilangan keretanya (WNQ 4910) ketika ingin keluar ke lokasi penggambaran sebuah drama di sekitar ibu negara.

Erry terkejut apabila mendapati keretannya sudah tiada di tempat yang biasa diletakkannya. Yang buat Erry risau banyak dokumen dalam keretanya itu, biasalah orang bekerjaya. Selepas itu Erry pun pergilah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tapi Erry tak usah risau sangat soal kereta sebab Erry masih lagi mempunyai satu kereta jenis Toyota Wish. Hehe. -sumber mStar

Yasmin Hani nak kahwin dah..

Rabu, 16 Februari 2011

Biarpun sudah beberapa kali gagal dalam percintaan, namun ianya sama sekali tidak pernah membuatkan pelakon dan juga pengacara, Yasmin Hani yang berusia 32 untuk serik untuk bercinta lagi. Yasmin Hani mengakui sudah mula terasa sunyi dengan kehidupan sebagai gadis bujang dan dalam waktu yang sama, mengimpikan untuk memiliki sebuah keluarga miliknya sendiri. Kini dia sudah mempunyai kekasih hati, namun dirahsiakan siapa orang itu.

"Cukuplah, saya beritahu yang kini saya sedang menajlinkan hubungan cinta dengan seseorang. Siapa dia tidak perlulah saya war-warkan di sini. Pengalaman yang lalu membuatkan saya serik untuk bersikap sangat terbuka.

"Kini saya faham kenapa segelintir artis tidak mahu mendedahkan pasangan mereka kerana mereka tak mahu masyarakat akan tertawakan bila berlakunya perpisahan.

"Kami belum ada apa-apa perancangan pun untuk majlis perkahwinan. Tetapi apa yang boleh saya katakan, majlis itu nanti mungkin diadakan dalam skala yang kecil sahaja dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan rapat." kata Yasmin kepada portal Murai.

Kyla Fairy, Yusry KRU dalam URTV

Nama Yusry sejak kebelakangan ini semakin terkenal. Mana isunya dengan Maya Karin melihat wayang bersama-sama sehinggalah gosipnya dengan pelakon muda yang berumur 19 tahun, Kyla. Biasalah dengan status duda yang dimiliki Yusry, mungkin tidak menjadi kesalahan dalam mencari jodoh yang sepadan dengan dirinya. Kalau betul-betul pun tidak menjadi salah juga kan. Yang penting tak buat sesuatu yang gempak yang boleh menimbulkan syak wasangka.

Yusry dari sudut kewangan dah mampu pun. Jangan tunggu lama-lama lah Yusry, Maya Karin pun ok apa. Kalau Kyla pun lagilah ok, masih lagi gadis. Hehe.

-klik untuk besarkan gambar dan baca..

Safura maafkan Ifa Raziah

Safura Yaacob dengan hati terbuka mengampun dan memaafkan perbuatan penyanyi Ifa Raziah yang telah memberi tohmahan buruk dengan menuduhnya sebagai pelakon wanita murahan di sebuah laman sosial, Sabtu lalu. Safura berkata, dia turut mengikut nasihat ibunya supaya mengambil tindakkan sedemikian bagi memastikan masalah di antara mereka yang terjadi sejak lebih sepuluh tahun lalu tidak terus berpanjangan.

“Saya sudah memaafkan perbuatan dia yang tergamak mengelar saya dengan pelbagai bahasa-bahasa kasar. Ibu saya yang mengetahui perkara itu menasihati agar tidak perlu melayan perkara tersebut kerana kita sendiri terkejut kenapa penyanyi itu tergamak mengeluarkan bahasa sedemikian,” katanya kepada mStar baru-baru ini.

Sein dan Nana rujuk balik?

Selasa, 15 Februari 2011

Sebelum ini berita perceraian Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dan Noor Diyana Muhammad (Nana) yang juga juara Sehati Berdansa 3, sudah dimaklumkan kepada umum. Perceraian itu dibuat pada bulan 12 tahun yang lalu dengan talak satu. Tapi memang cukup membuatkan sesiapa sahaja merasakan ianya sesuatu yang tidak wajar berlaku. Kerana pasangan ini kelihatan terlalu bahagia di dalam rancangan Sehati Berdansa. Itulah takdir diantara mereka.

Namun dipagi yang mulia ini, sempena Maulud Nabi Muhammad, kita akan mendapat berita gembira mengenai pasangan ini. Dengar khabar, Sein sudah merujuk Nana kembali ke sisi ini. Ini atas kenyataan Sein sendiri dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini. Dengan kenyataan seperti ini.. I love my wife. Alhamdulillah, jodoh masih dipanjangkan. namun Sein telah 'remove' post berkenaan dalam beberapa detik kerana mungkin tidak mahu mencari publisiti. Dan menganggap apa yang berlaku menjadi pengajaran baginya.

Alhamdulillah kalau berita ini benar. Semoga syaitan boleh menangis dengan perkhabaran ini.

Mizz Nina bakal berduet dengan Justin Timberlake, Rihanna!

Isnin, 14 Februari 2011

Cerita terbaru mengenai penyanyi, Mizz Nina yang juga merupakan tunangan Noh Hujan bakal berkolaborasi dengan dua penyanyi terkenal antarabangsa. Khabarnya selepas berpuas hati dapat berduet dan menimba ilmu bersama Colby O'Donis, Nina bakal bersatu dengan artis terkenal, Justin Timberlake dan Rihanna.

Siapa yang dapat menafikan, Mizz Nina punya jalan untuk memenuhi impiannya itu kerana Mizz Nina merupakan anak orang berada. Namun berwang atau tidak yang penting adalah inisiatif dan kerja keras seseorang itu dalam merealisasikan impian. -KosmoOnline

pandangan Sharifah Sofea mengenai Hari Kekasih

Dengar khabar, Sharifah Sofea sedang menunggu saat-saat kelahiran permata sulung beliau bersama suami tercinta, Syed Ismail Syed Al-Ali. Yang terbaru mengenai sharifah, Sharifah dilihat cuba mempertikaikan tentang isu pengharaman sambutan Valentines Day atau hari Kekasih di laman Twitternya. Antara persoalan yang dibangkitkan beliau ialah, “Jika benar ianya haram, mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan”?

Itu adalah serba sedikit luahan Sharifah mengenai Hari Kekasih. Tidak tahu samaada Sharifah mempertikaikan atau cuba ingin mengetahui dasar sebenar yang sedia ada. Namun kita digesa agar berfikiran positif terhadap Sofea. Kalau ada yang silap dan salah, mungkin boleh dinasihati. Dan yang PASTI, anda (orang Islam) DIHARAMKAN sambut Hari Kekasih hari ini. Hehe. -gambar malaysiandigest

Fizo, Scha dalam majalah Media Feb

Fizo Omar dan Scha al Yahya digandingkan bersama dalam majalah Media edisi Febuari 2011. Rasanya isi dalam majalah tue lebih fokus kepada keluarga besar Rita Rudaini dengan aksi perkahwinan Ayu Raudhah. Namun menarik lagi apabila Fizo Omar dikatakan sudah bersedia untuk mencari calon isteri. Kemungkinan untuk Fizo berumahtangga tidak lama lagi akan tercapai. Mengenai Scha pla, no komen banyak-banyak, katanya dia mahu mengelak daripada bergambar dengan kekasihnya lagi, Awal. Untuk tujuan apa dan niat sebenarnya?? beli lah majalah ini di kedai runcit sebelah rumah korang yer. hehe.

Ally Iskandar, Aishah Zainal selamat bertunang

Ahad, 13 Februari 2011

Sekian lama membujang dan pernah dikatakan menaruh hati terhadap Fasha Sandha, lama juga tidak dengar cerita cinta personaliti popular TV3, Ally Iskandar. Walaupun Ally bukanlah pelakon atau penyanyi, popularitinya tetap setanding artis terkenal tanah air. Baru-baru ini pengarang HarianMetro menerima satu panggilan memberitahu yang Ally akan bertunang, tak ada angin ribut, tiba-tiba Ally hendak bertunang.

ally-iskandar-tunang

allytunang3

ally-iskandar-tunang-aishah-zainal

Sumber yang menyampaikan berita ini memang kawan baik pengarang berkenaan dan jarang cerita yang disampaikannya tidak benar melainkan yang sahih belaka.
Nama bakal tunangannya Ally itu, Aishah Zainal (Naib Juara Gadis Melayu). Mereka berdua dijangka melangsungkan pertunangan esok (Jumaat bila? minggu yang lalu kot) di kediaman keluarga Aishah di Taman Sri Intan, Ampang. Tema majlis berbahagia itu katanya hitam dan merah. -kata sumber itu.

Nasha Aziz disamun warga Indon

Wow bukan sedikit barang yang disamun kepunyaan aktress terkenal, Nasha Aziz, RM40,000 tu. Memang bukan sedikit, jumlah seperti itu kemungkinan barangan yang terlalu mahal untuk dibawa. Namun Syukurlah Nasha tidak dicederakan dan tidak diapa-apakan dari segi tubuh badan, cuma kereta sahaja yang diapa-apa kan. Mana kan tidak penyamun tu orang Indon jadi sukar nak kenal artis Malaysia atau tidak. Kalau orang tempatan, Wallualam, harap-harap tidak terjadi. :)

KUALA LUMPUR - Model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz mengalami detik cemas apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3.23 petang itu, artis berbadan tinggi lampai berusia 40 tahun itu kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia.

Difahamkan, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun.

"Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut.

"Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Lisa Surhani sanggup botakkan rambut!

Sabtu, 12 Februari 2011

Dipetik melalui Harian Metro, mula-mula agak terkejut juga bila baca ayat permulaan Lisa Surihani yang membuat kenyataan untuk memotong rambut sehingga membotakkan kepalanya jika itu yang dituntut dalam menjiwai sesuatu watak juga demi kepuasan dalam lakonan. Ohtidak, masakan sampai ke situ sekali. Yang lebih sadis lagi, Lisa sanggup buat demikian kerana wang. Ops, nanti dulu, jangan fikir yang bukan-bukan, Lisa kenakan syarat ketat untuk ini semua.

"Saya tidak kisah melakukannya, tetapi ia bergantung pada bayaran yang ditawarkan. Jika bayaran bagus, mengapa tidak. Selain bayaran, saya juga perlu mengambil kira watak yang ditawarkan, apakah berbaloi untuk berbuat demikian.

"Kalau watak yang diberi bagus, jalan ceritanya bagus dan diarahkan pengarah yang diyakini kemampuan, tentu saja saya sanggup berkorban walaupun rambut masih dara kerana tidak dipotong pendek atau diwarnakan," katanya. -HarianMetro
tapi nawaitu Lisa tu yang dah macam tak kisah sangat.. Zzzz.. Say NO to botak for woman!

Siti Saerah selamat melahirkan anak? biar betik!

Terkejut juga apabila gosip kononnya Siti Saerah sudah selamat melahirkan anak sampai ke telinga pengarang portal selebriti GUA. Pelik tidak kerana adik kepada penyanyi nombor satu Negara Dato’ Siti Nurhaliza itu baru saja empat bulan mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Saiful Anuar. Lihat reaksi Kakak Saerah, Saida dan Siti Nurhazliza sendiri..

“Mana dengar cerita ni? Pada mulut Ida, dia sudah pun bernikah dan yang penting dia dah selamat jadi isteri orang. Ida malas nak komen benda-benda macam ini. Ida cuma doakan, dia bahagia dengan suami hingga ke akhir hayat.” jelas Saida.

"Kini Saerah sudah memiliki kehidupannya sendiri. Kita biarkan dia dengan kehidupannya. Kita harus mendoakan yang terbaik buat Saerah dan suaminya." Jelas Siti Nurhaliza. -Gua

Gambar seksi Aliff Aziz

Jumaat, 11 Februari 2011

Aliff Aziz sekarang dah semakin hot dengan lagu 'Kalau Cinta' gandingannya dengan Joanna. Tapi lagi hot apabila gambar seksi Aliff Aziz yang diambil daripada sebuah forum terkenal telah tersebar. Gambar agak kabur kerana diambil menggunakan kamera di dalam sebuah majalah tempatan dimana Aliff menjadi model. Seksi memang seksi juga. Tapi tak tahu 'tuff' atau tidak, pasal nampak 'tali gitar' tu. Hehe. Peace!

Heliza Helmi - Kau Selamanya

Jarang kita melihat finalist Heliza Helmi menyanyi. Baru-baru ini merupakan satu kejutan untuk peminatnya terutama muda mudi. Heliza sudah buat lagu sendiri. Lirik dan lagu yang ditulis oleh Heliza sendiri. Terus terang penulis cakap, bila lihat dan dengar video ini, suara Heliza sebijik seperti Dato' Siti Nurhaliza. tapi tak lah sama 100%. Memang mengasyikkan lagu ni. Tak caya? korang dengar sampai habis. Projek persendirian Heliza ni, guna videocam HD. Apa-apa pun teruskan usaha anda Heliza.

Joey ada hubungan sulit dengan Watie Elite, isteri diceraikan!

Penyanyi dan pelakon Joey, mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Norwatie Sadali atau Watie Elite. Perkara ini telah dimaklumkan oleh isteri Joey, Noraini Mohamad Nasir, kepada pihak Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, semalam selepas menjawab soalan peguam syarienya, Amli Embong. Noraini berkata, pada penghujung Mei 2010, Joey telah mengakui akan hal itu kepadanya dan keluar dari rumah mereka sebelum pulang semula pada 4 Jun 2010.

Pada 4 Jun 2010, Joey telah menghubunginya dan mahu berjumpa untuk berbincang. Ketika itu, dia telah ditemani seorang rakan yang dikenali sebagai Ah Chong. Sewaktu perbincangan itu diadakan di luar rumah, Joey telah melafazkan talak.

"Bagaimanapun saya tidak mendengarnya kerana ketika itu saya telah pun lari masuk ke rumah. Ah Chong kemudian menghubungi saya memberitahu bahawa Joey telah melafazkan talak terhadap saya. Tapi, bila saya cuba hubungi Joey untuk mendapatkan penjelasan, dia gagal dihubungi," katanya.


Begitupun pada 8 Jun 2010, Joey kembali kerana mahu rujuk semula. Namun, tiada saksi yang melihat kejadian tersebut. Noraini sebelum ini, menfailkan pengesahan lafaz cerai yang didakwa ada dilafazkan Joey pada 4 Jun 2010 mengikuti Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Islam Selangor 2003. -Murai

Tiz Zaqyah tetap 'cool' dengan gosip yang melanda!

Khamis, 10 Februari 2011

Persoalan mengenai gosip dengan anak VIP dan tinggal sebumbung dengan Remy kepada Tiz Zaqyah pelakon popular menerusi Nur Kasih oleh akhbar Utusan baru-baru ini menampakkan diri sebenar Tiz yang dia tidak melatah mahupun melenting, cool dengan apa yang melanda dan menganggap itu semua hanya cerita karut marut yang tak mungkin wujud dalam hidupnya.

“Saya sebenarnya sedih dan penat apabila tidak pernah sudah kisah yang memburuk-burukkan saya sedangkan saya sendiri tidak tahu dari manakah cerita palsu ini semua timbul.

“Dalam hal seperti ini, saya hanya mampu berkata barangkali ia adalah pelanduk dua serupa. Saya enggan memikirkan lagi cerita-cerita seperti ini kerana tiada faedahnya untuk saya berbuat demikian.

“Disebabkan itu, saya lebih selesa untuk bercerita tentang perihal kerjaya saya berbanding kehidupan peribadi kerana tidak mahu orang akan menjadi muak dan jelik mendengarkannya. Jadi, cukup-cukuplah menjaja cerita yang tidak betul tentang diri saya,” ujarnya kepada Utusan.

Aksi cium paling menarik di pagi Raya

Gambar ni baru didapati oleh seorang forumer dan di 'tapek' untuk dijadikan hiburan pembaca yang dikala hati bersedih. Hehe. Memang tiada apa-apa yang menarik pun, cuma aksi yang mungkin mencuit hati sedikit memandangkan ada dua artis yang anda kenal sangat-sangat. Yang tiga orang lagi tu kurang pasti siapa, mungkin rakan dua artis ni. Mungkin ini 'acara bebas' untuk bergambar. Haha.