Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bila artis-artis jual kek

Rabu, 8 Disember 2010

Kehadiran 24 selebriti di Great Estern Mall (GEM) pada hari Sabtu 4 Disember, membantu melariskan jualan kek coklat untuk kutipan amal. Mereka termasuklah Marsha Londoh, Jehan Miskin, Juliana Evans, Lisdawati, Siti Shahriza, Farhan Azizan, Amber Chia, Diddy Hirdy, Sharnaaz Ahmad, Faeza Elai dan Fouziah Gous. Pihak GEM mensasarkan sebanyak RM17,000 hasil jualan kek itu untuk didermakan kepada badan kebajikan kanak-kanak.

Sebanyak 15 buah hotel di ibu kota yang terlibat dengan Pertandingan Kek Coklat ke-4 dan aktiviti jualan kek. Kek dijual pada harga RM15 sepotong dan RM500 sebiji (RM500!!!). -mStar

Gambar Zul Ariffin dalam MasKulin

Selasa, 7 Disember 2010

Pelakon muda, Zul Ariffin, yang dikatakan bercinta dengan janda dan bekas isteri Norman Hakim ni semamangnya seorang yang kacak. Dahlah kacak, badan juga mengalahkan Norman Hakim, tegap dan sasah gitu. Jadi memang mudah bagi Zul untuk terus bertahan dalam duni seni dengan krektor yang sebegitu. Kini Zul dah boleh berdiri tegak dan boleh menjadi model/cover untuk Majalah MasKulin edisi November 2010. Mungkin dia bakal menggugat pelakon-pelakon kacak yang lain, siapa tahu..

Genap setahun couple Awal, Scha al Yahya

Saling mempercayai, mengagumi dan menghormati adalah antara petua yang diamalkan oleh Scha Al-Yahya dalam menyusuri alam percintaan bersama Awal Ashaari. Senang dan selesa bersama pujaan hatinya itu, Scha sendiri tidak menyangka bahawa usia perhubungan mereka telah pun mencecah genap setahun. Bersyukur kerana diberi keizinan olehNya, untuk masih bersama, wanita berusia 27 tahun ini mengharapkan yang terbaik dalam perhubungan itu.

"Bulan Oktober lalu kami dah genap setahun berkawan secara serius. Saya pun tak sangka kami telah setahun dan dia ada memberi kad kepada saya. Alhamdulilah hubungan antara kami pun telah direstui oleh keluarga. Apa yang boleh saya katakan sememangnya saya sangat selesa berkawan dengannya. Malah saya pun serasi dengan family dia, sempoi dan mereka semua baik sangat-sangat," kata Scha kepada Murai.

Gambar terbaru Dato' Siti Nurhaliza

Isnin, 6 Disember 2010

Wah wah bukan main lagi kalau post pasal penyanyi nombor satu Negara, Dato' Siti Nurhaliza di udarakan. Ramai yang pro-Siti berkomen tak juga ada yang anti-Siti berkomen. Tapi penulis tak mahu menyebelahi mana-mana pihak, tetap berada ditengah-tengah, yang sedang-sedang sahaja. Hehe. Gambar terbaru Dato' Siti ni agak menarik juga, rasanya berat badan Dato' Siti dah naik lah. Nampak gebu jerk badannya tue. Baguslah kalau macam tue. Harap-harap Dato' Siti sukses dalam kerjayanya seharian. Gambar mStar

Mizz Nina bersama BlackBerry Torch 9800

Melihat kisah Dayang Nurfaizah yang tidak menggunakan hp selama 5 tahun, kini artis mula merasakan sesuatu yang baru hasil keluaran terbaru daripada BlackBerry. Model Torch 9800 ni memang yang terkini dan kiranya canggih juga lah, tapi mengikut pandangan kasar penulis, hp ni tak berapa baik daripada segi rekabentuk, yakni hp jenis 'Slide'. Dulu sahaja hp jenis 'Slide' mudah rosak dan pengguna setia N pastinya merunggut besar, sejak tu keluaran komponi N jarang mengeluarkan hp jenis 'Slide'.

Penulis pun tak jadi nak beli satu, pasal dengar-dengar daripada kawan soal ini. Tak pastilah puncanya sebab apa, kuat sms atau bergantung kepada penjagaannya Haha. Apa-apa pun layan dahulu gambar Mizz Nina bersama BlackBerry terbarunya dengan tanpa make-up lagi tu, mungkin hadiah daripada Noh Hujan kot. :)

Gambar Yana Samsudin berkemban

Pelakon, Yana Samsudin, 26, menegaskan dia berasa malu apabila terpaksa berpakaian seksi dan berkemban semata-mata untuk menjayakan filem 'Aku Masih Dara' arahan Ahmad Idham. Kata Yana, keputusan itu dibuat selepas memikirkan wataknya sebagai gadis yang bermasalah dalam filem tersebut mempunyai mesej yang kuat dan bukannya untuk mencari publisiti murah atau mahu mengumpan penonton ke pawagam semata-mata. Sebaliknya, keputusan Yana menerima watak sebagai Aleeysa itu didorong atas keinginan untuk mencabar kemampuan bakat lakonannya.

"Penampilan saya dalam filem terbaru Aku Masih Dara memerlukan saya tampil sebagai gadis tidak bermoral dan seksi. Ia bukan bertujuan untuk meraih publisiti atau memancing penonton menerusi gadis seksi yang ditampilkan semata-mata. Ia adalah watak yang mencabar, menarik dan paling 'hitam' pernah saya jayakan," katanya kepada mStar.

Zaibo kahwin pada usia 54 Tahun

Ahad, 5 Disember 2010

Zainal Ariffin Abd Hamid atau Zaibo menamatkan zaman bujangnya pada usia 54 tahun apabila selamat bernikah dengan Siti Hawa Shawal, 45, di Pejabat Agama Islam, Batu Pahat pada 3 Disember 2010. Dengan 2 kali lafaz, Zaibo bernikah dalam satu majlis tertutup yang ringkas di kampung pengantin perempuan dengan dihadiri oleh rakan dan saudara terdekat.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Zaibo dan yang kedua bagi Hawa. Hasil perkahwinan pertama, Hawa dikurniakan sembilan orang anak berusia antara 3 hingga 26 tahun. Bagaimanapun dalam pernikahan kali ini, Zaibo enggan menghebahkan jumlah wang hantaran mahu pun dulang hantaran yang diberikan kepada isterinya. -mStar

Fahrin Ahmad dalam Forum Perdana

Wah tak sangka, pelakon kacak Fahrin Ahmad menjadi tetamu di dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam malam Jumaat yang lalu yang bertajuk Dadah (kalau tidak silap). Siapa sangka, pelakon yang selama ini cuma muncul sebagai pengingat dialog, kini dia bercakap fasih dan lebih berilmu dalam menjadi tetamu berkenaan. Mungkin inilah artis contoh yang perlu dicontohi. Menjadi satu penghormatan besar kepada mana-mana artis jika dijemput ke Forum berkenaan kerana melibatkan suatu identiti Islam itu sendiri. Tahniah kepada Fahrin, semoga mara ke hadapan.

Dayang Nurfaizah 5 tahun tanpa HandPhone!

Sabtu, 4 Disember 2010

Dayang Nurfaizah menjelaskan sudah 5 tahun tidak menggunakan telefon bimbit selepas telefonnya hilang sebanyak 5 kali dalam tempoh dua tahun. Kata Dayang, dia lebih selesa menjalani kegiatan harian tanpa telefon bimbit walaupun kebanyakan artis hari ini mempunyai pelbagai jenis telefon bimbit canggih manggih. Ini semua bukanlah bermakna dia dikongkong oleh keluarga mahupun pengurusnya.

Kalau ada orang yang ingin bercakap dengan Dayang, mereka boleh menghubungi Dayang melalui Shaliza (pengurus) atau keluarga kerana mereka sentiasa bersama-sama dengan Dayang. Kemungkin Dayang akan memiliki telefon bimbit jika dirinya sudah mempunyai kekasih hati. -mStar

Siti Nurhaliza dapat iPad

Selepas memiliki iPhone 4, Datuk Siti Nurhaliza kini merupakan pemilik komputer tablet iPad. Nampaknya teknologi terkini sering menjadi idaman penyanyi nombor satu negara ini untuk terus mendekatkan dirinya bersama dengan peminat selain berkongsi jadual hariannya yang padat dan menghabiskan waktu terluang di laman Facebook.

Selesai menjalani rakaman Revolusi AJL 25 di Sri Pentas, Datuk Siti Nurhaliza bergegas ke Kuala Lumpur untuk satu majlis penyerahan iPad dan Huddle Yes4G yang telah dilakukan sendiri oleh Pengarah Urusan YTL, Tan Sri Francis Yeoh. Selain komputer tablet iPad, Siti turut dihadiahkan sebuah Yes4G Huddle, modem keluaran terbaru Yes4G yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. -Gua

Gambar Sheila Majid yang terbaru

Jumaat, 3 Disember 2010

Siapa tidak kenal dengan Ratu Jazz Malaysia, Sheila Majid yang kini telah menjadi seorang ibu. Hasil perkahwinannya yang pertama dengan Roslan Aziz (komposer), mereka dikurniakan dua cahaya mata, dan tidak lama kemudian bercerai dan berkahwin pula dengan Hashridz Murshim Hassim atau Acis, bekas pemain keyboard kumpulan Gersang selepas dua tahun menjalin cinta dan diijab kabulkan pada tahun 2003. Sungguh ranjau perjalanan hidupnya, semoga berbahagialah Sheila selepas ini bersama-sama keluarga tersayang. -Gambar RunWitMe.Blogspot





Azwan Ali bakal slim kerana jadi host

Berseluar pendek dipadankan dengan kemeja-T, penampilan terbaru Azwan Ali, 42, tampak lebih ‘slim’ berbanding sebelumnya. Menolak dakwaan berdepan masalah kesihatan, Azwan Ali menegaskan dia sedang dalam proses menurunkan berat badan. Katanya, dia baru balik dari gimnasium dan harap dapat mencapai berat badan ideal sebelum program Satu Satunya disiarkan.

Program realiti terbaru terbitan RTM ini bakal disiarkan setiap Jumaat, jam 10 malam di TV1 bermula 14 Januari 2011. Azwan Ali kembali dengan satu permintaan daripada RTM yang meminta agar Azwan menurunkan berat badan sebagaimana penampilan ketika mengacarakan Muzik Muzik dulu.

Mahu Lihat Rozita Che Wan bersederhana

Luahan peminat: Ada peminat yang mahu lihat bagaimana agaknya gaya Rozita Che Wan kalau bersederhana. Artis lain kalau hadir sesi fotografi ataupun pulang daripada acara glamor akan menukar pakaian dan pulang dengan santai. Tapi Rozita akan tetap tampil glamor walaupun semasa pulang ke rumah miliknya.

"Pernah ke you lihat Rozita bersederhana? Bagaimana agaknya kalau dia tampil dengan gaya santai? Saya ingin juga nak lihat," tanya seorang kawan yang juga ada tempias sikit dengan dunia seni.
Bukan apa... sebab baru-baru ini dia ada terserempak dengan Rozita yang mahu pulang daripada sebuah majlis yang turut dia hadiri. Rakan itu hadir ke majlis tersebut dengan seorang teman artis. Bila lihat Rozita mahu pulang dengan gaya yang sarat hiasan dan baju bergemerlapan, dia ada tanya Rozita sama ada pelakon itu ada acara lain selepas ini.
"Tapi dia kata mahu pulang ke rumah. Saya ingatkan dia nak pergi undangan lain selepas itu, rupa-rupanya dia mahu pulang ke rumah. Kebetulan dalam majlis itu ada artis lain juga yang sempat menukar pakaian sebelum pulang," kata kawan itu. Dia bukan mengumpat sebaliknya bertanya secara jujur. Jangan salah anggap pula.
Agaknya Rozita tak selesa menukar pakaian di dalam bilik persalinan atau di belakang pentas, sebaliknya lebih selesa melakukannya di rumah. Ataupun dia jenis yang cerewet semasa membersih solekan, sebab itu mahu melakukan segala-galanya di rumah. Setiap orang ada cara yang tersendiri.

Kerana jarang kelihatan bersederhana, ada yang bertanya, bagaimana agaknya penampilan Rozita semasa keluar rumah membuang sampah. Adakah dia bersolek dahulu takut-takut ada orang lalu depan rumah. Malah semasa menghadiri majlis sukan sekolah anaknya pun ada yang cakap Rozita tetap muncul dengan solekan lengkap. Tak tahulah kita.

Tapi elok jugalah kalau dia bersolek sebab di sekolah itu pasti ada peminat yang mahu bergambar dengannya. Kalau tak bersolek karang ada pula yang kata Rozita tak pandai jaga penampilan. Lain cerita pula yang jadi. -ManggaOnline

Gambar pelakon Miera Leyana

Khamis, 2 Disember 2010

Miera Leyana ni merupakan seorang pelakon wanita yang berasal dari Johor. Usia masih muda lagi, 17 tahun (8 Ogos 1993). Miera juga merupakan pelakon wanita utama bagi drama bersiri dalam talian (d.b.t.) Luna Fantasiku yang juga merupakan kemunculan sulung beliau di dalam dunia lakonan. Memang berbakat besar katanya, ditambah pula dengan kemanisan dirinya dan juga bentuk badan yang menarik. Semoga berjaya Miera dalam dunia hiburan, pas ni siap-siaplah kot-kot ada gosip yang bakal melanda.. Hehe.

FK akan tergugat jika DD dan RI bercinta?

Dengar khabar FK atau Farid Kamil bakal tergugat apabila RI atau Remy Ishak sedang hangat menjalani rehearsal adegan cinta panas bersama DD atau Diana Danielle auntuk filem "BARAJIWA". Dalam filem ni juga ada digandingkan pelakon FF atau Fizz Fairuz dan BP atau Bront Palarae. Melihat filem/drama Gundorowo lakonan DD dan RI, ternyata diorang berdua ni tersangatlah cocok berlakon bersama. Mungkinkah hubungan mesra pasti akan melekat semasa di lokasi filem ni.

Mungkinkah DD akan beralih cintanya terhadap RI selepas menyampah dengan sikap mulut lancang FK dalam FFM23 baru-baru ini? Mengikut daripada apa yang orang pandang, RI ni merupakan seorang pelakon lelaki yang tersangatlah menjiwai watak hingga buat heroinnya mudah jatuh cinta! layan...

Ngangkung nama pelik tapi dah kaut RM3.2 juta

Filem Ngangkung telah mencatat RM3.2 juta untuk 6 hari tayangannya, jauh berbeza dengan tiga filem lain yang ditayangkan sepanjang November. Kutipan bagi tiga filem yang ditayangkan di pawagam sepanjang bulan ini kurang memberangsangkan apabila Estet yang diramalkan menang besar di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) hanya mencatat RM350,000 diikuti Krayon (RM30,000) dan 2 Alam (RM230,000) pada minggu pertama tayangan.

Bagaimanapun, sinar baru mula diberikan filem Ngangkung yang ditayangkan sejak 25 November lalu apabila mencatat kutipan RM3.2 juta untuk tempoh enam hari tayangan. Lebih membanggakan, filem ke-42 terbitan MIG Productions Sdn Bhd ini dikatakan bakal mengatasi rekod filem paling tinggi kutipannya setakat ini, Adnan Sempit (RM7.8 juta) juga terbitan MIG yang ditayangkan pada Januari lalu dengan kutipan RM500,000 sehari dan RM1.5 juta untuk hari Sabtu dan Ahad.

Eh! 20 Yang Anggun dihadiri artis pakai skirt?

Rabu, 1 Disember 2010

Apabila Nita Finalis Malaysian Idol menjadi rebutan mata lensa jurufoto di Eh! 20 Yang Anggun baru-baru ini, rupa-rupanya ada lagi artis-artis yang berpakaian seperti Nita di majlis itu. Memang seksi-seksi semuanya, macam sesuatu yang wajib pula, dah semua pakai baju skirt. Ada yang tepat pada lutut, ada yang tidak sampai paras lutut. Haiye, fesyen-fesyen zaman sekarang ni dah membuatkan seseorang itu magnet terhadap mata orang lain. Dasyat2.. -Gambar ManggaOnline

Gambar bekas suami Maya Karin

Siapa sangka bekas suami kepada Maya Karin ni seorang yang begitu hensem juga dikatakan. Memang bertuah Maya Karin dulu bersuamikan mat salleh yang hensem, tapi tinggal kenangan, mereka dah pun berpisah atas sebab-sebab yang dirahsiakan. Dan Maya kini juga sudah seperti burung bebas diudara mencari jodoh yang baru. Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah pun kira bebas juga siap memiliki bentuk badan yang urmm juga lah. Tapi harap Islamnya juga dapat dikekalkan. :)

-tinggal kenangan..

Anita Sarawak tak mahu menyanyi lagi!

Anita Sarawak sejak pulang daripada bercuti di Eropah bersama suaminya Mahathir, fokusnya hanya tertumpu pada persiapan menjadi host program yang memaparkan gaya hidup dan kediaman para pemilik rumah mewah di Malaysia (ahli perniagaan, kerabat diraja, anak seni dan chef selebriti) yang dinamakan program Astana. Selain itu Anita juga terpaksa tolak sebarang tawaran dan kerja lain termasuk bidang nyanyian buat seketika demi komitmen terhadap program itu. Mungkin pendapatan program ini tinggi kot.