Genap setahun couple Awal, Scha al Yahya

Pada: Selasa, 7 Disember 2010
Saling mempercayai, mengagumi dan menghormati adalah antara petua yang diamalkan oleh Scha Al-Yahya dalam menyusuri alam percintaan bersama Awal Ashaari. Senang dan selesa bersama pujaan hatinya itu, Scha sendiri tidak menyangka bahawa usia perhubungan mereka telah pun mencecah genap setahun. Bersyukur kerana diberi keizinan olehNya, untuk masih bersama, wanita berusia 27 tahun ini mengharapkan yang terbaik dalam perhubungan itu.

"Bulan Oktober lalu kami dah genap setahun berkawan secara serius. Saya pun tak sangka kami telah setahun dan dia ada memberi kad kepada saya. Alhamdulilah hubungan antara kami pun telah direstui oleh keluarga. Apa yang boleh saya katakan sememangnya saya sangat selesa berkawan dengannya. Malah saya pun serasi dengan family dia, sempoi dan mereka semua baik sangat-sangat," kata Scha kepada Murai.

Tag : , , ,