Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Perkahwinan Datuk Sani Salleh, Fatimah

Rabu, 13 Oktober 2010

Pengarah Urusan Sani Ekspres Sdn. Bhd. (bas ekspress), Datuk Sani Salleh yang dahulu pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Eizlan Yusof dan Norman Hakim kini sudah bernikah dengan pasangan bertuahnya, Fatimah Dalilah Omar di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan, Kuala Terengganu, Terengganu pada 10.10.10. Bertambah bertuahnya Fatimah apabila menerima 13 dulang hantaran termasuk sebuah kereta Mercedes Benz CLK dan jam tangan jenama Rolex yang hampir mencecah jumlah keseluruhan RM300,000 (+plat number RM100,000). -foto JoePhoto

DSC_0153

DSC_0005

DSC_0032

DSC_0013

DSC_0048

DSC_0037

DSC_0038

DSC_0042

DSC_0039

DSC_0052

DSC_0054

DSC_0062

DSC_0066

DSC_0072

DSC_0077

DSC_0078

DSC_0084

DSC_0086

DSC_0128

DSC_0129

DSC_0137

DSC_0143

DSC_0159

DSC_0164

DSC_0172

DSC_0168

Pengacara Bang Bang Boom ditangkap khalwat isteri orang!

Pengacara program komedi, Ahmad Azahari Mohamad Ali yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) minggu lalu selepas disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah apartmen di Ampang, hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, baru-baru ini. Ahmad Azahari adalah pengacara program Bang Bang Boom hadir ke pejabat agama ditemani seorang rakannya selepas dipanggil untuk disoal siasat berhubung dakwaan yang dikenakan terhadapnya itu.

Sabtu lalu, Harian Metro menyiarkan laporan berhubung seorang pengacara rancangan televisyen berusia 27 tahun ditahan Jais kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita berusia 27 tahun serta masih berstatus isteri orang. Dalam laporan itu, pengacara itu mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama sebaliknya hanya membantu wanita itu mengemas barang kerana mahu ke Kota Kinabalu, Sabah.

sapa tahu yang mana satu Azahari??

Maria Farida, Shahz Jaszle bercinta

Akhirnya cinta pelakon sememangnya manis, Maria jatuh ke tangan bukan mereka yang bergelar VIP, VVIP, ahli perniagaan dan berpangkat tetapi seorang anak muda yang berusia 22 tahun siapa lagi kalau bukan pelakon muda, Shahz Jaszle. Khabarnya sekarang mereka berdua tengah hangat bercinta macam nak rak. Kepada siapa yang tak kenal siapa Shahz, dia pernah berlakon dalam drama bersiri Tari Tirana. Segak orangnya, memang jambu.

Kalau tak silap bukankah sebelum ini Shahz pernah dikaitkan dengan seorang personaliti TV bernama Shera Aiyob, 24? Entah apa sudah terjadi dengan hubungan mereka berdua ya. Asalkan Maria bukan puncanya sudahlah.

Apa yang pasti sekarang, antara Maria dan Shahz, mereka sama-sama sedang dibuai asmara. Sehingga dapat tahu pelakon lelaki berkenaan dengan tidak segan-silu mempamerkan foto mereka berdua untuk dijadikan gambar profile di dalam BlackBerry Messenger (BBM) miliknya. -Murai
Aura anak lelaki muda memang kuat, jadilah pelakon lelaki muda, mesti laku punya. he2.

Kembar Diana Danielle seorang ratu cantik

Selasa, 12 Oktober 2010

Memang tak disangka pelakon Diana Danielle mendapat seorang yang dianggap memiliki waja yang seiras. Namun kembarnya ini dikatakan seorang warga asing yang menetap di Indonesia. Namanya Nadine Alexendra Dewi Ames, nama pun mantop gitu. Mungkin Diana tidak tahu akan hal ini kerana ini adalah tanggapan orang yang meminati Diana. Jadi disangkakan peminat berkenaan sahaja. Namun ada juga benarnya 'kajian' yang dilakukannya. ;)

Atas= Diana Danielle

Bawah= Dewi Ames

Heliza AF konvokesyen UMS

Tarikh diantara 9-11 Oktober 2010 merupakan tarikh bersejarah buat UMS dan dimaklumkan diantara tarikh ini banyak juga perkara menarik yang berlaku. Tak kecuali hari bermakna buat Heliza Helmi yang merupakan bekas pelajar UMS telah dengan jayanya menerima anugerah konvokesyen di UMS baru-baru ini. Pelakon filem Syurga Cinta itu sememangnya dinanti-nantikan orang di dalam dewan berkenaan, bila sahaja nama Heliza disebut atau gilirannya sampai, tepukan gemuruh pun berkumandang di dewan itu. Nasib lah tak jumpa penulis, boleh juga wat video ucapan sedikit. Penulis pergi hari Ahad, dan mungkin Heliza hari kelmarin Isnin, jadi tak berketemu rasanya. Apa-apa pun tahniah kepada Heliza. ;)

Gambar Anne Ngasri hamil 7 bulan

Kini usia kandungan Anne dah mencecah 7 bulan. Kehamilan kali ini adalah untuk anak Anne Ngasri yang ke-3. Anne dijangkakan akan melahirkan anaknya itu kira-kira 2-3 minggu lagi. Memang berdebar hati Anne buat masa ini apatah lagi berstatus janda. Diharap kelahirannya nanti dipermudahkan dan berjalan lancar. Semua dah tahu juga yang Anne telah disahkan bercerai dengan Abdul Wafi Abdul Hassan pada Jun yang lalu. Ketika itu Wafi melafazkan cerai, kandungan Anne telah berusia dua bulan setengah.

Apa-apa pun peranan Wafi sebagai ayah kepada anak itu harus menjadi amanah yang harus dipikul. ;)

Perkahwinan Bienda, Kamarul Zariman

Isnin, 11 Oktober 2010

Penyanyi Bienda mengadakan majlis persandingan perkahwinannya dengan penerbit kanan di Media Prima Berhad, Kamarul Zariman Abdul Rahman di Selayang, Selangor pada Jumaat, 8 Oktober 2010. Namun penyanyi itu masih ingin berahsia pasal tarikh sebenar dia dan suaminya disatukan. Mengapa Bienda masih tak mahu dedahkan tarikh pernikahan yang dijalankan secara tertutup itu? Adakah benar Bienda sebenarnya sudah lebih setahun bergelar isteri?

"Saya masih belum bersedia untuk memberitahu bilakah saya bernikah. Saya akan mengumumkan apabila tiba masa yang sesuai nanti," kata Bienda. -ManggaOnline

Perkahwinan Aqasha dan Noor Baizura

Penyanyi dan pelakon Firdee Aqasha Rosli, 28, sah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri, 27, dengan sekali lafaz di Lake Fields, Kuala Lumpur. Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Pauzi Ilias dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Mohd Sabri Awang pada pukul 3.25 petang, Ahad.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80, wang hantaran RM20,000 dan seutas rantai emas putih. Majlis pernikahan tersebut berkonsepkan dalam taman yang direka oleh Butik Pengantin Tepak Sirih. -mStar

Perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Halina

Dengan sekali lafaz, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Masjid PutraJaya pada 10 Oktover 2010, Ahad. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, kira-kira kira-kira pada pukul 11.45 pagi dengan dihadapan, keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.

Sheikh Muszaphar menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda. Bagaimanapun wang hantaran tidak dimaklumkan atas keputusan kedua-dua belah pihak.

Linda Onn bertudung demi Maher Zain

Ahad, 10 Oktober 2010

Sejak menjadi fenomena di kalangan peminat muzik nasyid di Eropah serta di Timur Tengah, nama Maher Zain memang cukup hebat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam kita. Malah, ramai wanita yang khabarnya memuja Maher walaupun mereka sudah pun mengetahui bahawa statusnya adalah sebagai suami orang. Di kalangan selebriti wanita kita pun apa kurangnya. Ramai juga yang meminati serta menggemari Maher Zain. Salah seorang daripadanya ialah Linda Onn. Kalau tak percaya, lihatlah gambar di bawah. Demi Maher, Linda khabarnya sanggup bertudung serta menutup kepalanya. Rasa-rasanya, comel tak kalau mereka digandingkan berdua?

Tapi, diharapkan, jangan ada pula yang salah sangka bila tengok gambar di bawah ya. Sebenarnya, tiada apa-apa yang berlaku di antara Linda Onn dengan Maher Zain ni. Sebaliknya, ia hanyalah sekadar gambar promo untuk temumbual live secara eksklusif di Suria Drive Linda Onn bersama Maher Zain yang akan berlangsung pada 12 Oktober ini, bermula jam 4 petang hingga 8 malam. -Murai

Salima AF bercinta dengan Afif Mystarz LG

Sabtu, 9 Oktober 2010

Dua artis daripada program realiti ini kini sedang dibuai cinta. Gosip ini mungkin benar dan ianya bukan lagi penafian kerana gambar mesra mereka berdua sudah beredar di internet. Perkenalan kisah cinta mereka berdua tidak tahu bagaimana namun kemesraan yang dibuat menampakkan mereka mempamerkan diri kepada peminat-peminat diluar sana. Tapi kalau dah bercinta tue, baik kahwin sahaja, nanti tak timbul fitnah. Apatah lagi Salima yang bertudung, kan tak baik berdua-duaan.