Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Bunga Citra Lestari hamil

Khamis, 9 September 2010

Esok dah raya dah. Penulis nak ucapkan selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin, kalau ada ayat yang tersalah, mohon diperbaiki. Sempena Raya ni, penulis akan bercuti sehingga hari ke-4 nanti insyallah kita berjumpa lagi dalam gosip artis yang lain. Sebelum itu sempena aidil fitri yang akan menjelma, jom kita sergah kejap artis seberang yang dah kahwin dengan artis negara kita, sapa lagi kalau bukan Bunga Citra Lestrai dan Ashraf Sinclair. Hubungan yang mencerminkan dua hubungan negara ini pasti memberikan titik tolak untuk keakraban serumpun. Khabarnya Bunga dah hamil tahap dewa disamping berat badannya yang juga naik. Besar bukan main lagi kandungannya. Ni mesti anak kembar ni nanti kalau perut dah macam ni. Ashraf pun mestilah sedia-sedia, kot-kot time Raya nanti terberanak pula. :)

Sarah Raisuddin, Shuib Sepah dah nikah?

Dalam sibuk-sibuk umat Islam buat persiapan terakhir untuk menyambut kedatangan raya yang bakal tiba-tiba tidak lama lagi, tiba-tiba terdengar suatu gosip memeranjatkan yang dikhabarkan oleh seorang 'teman' pada awal pagi tadi. Gosipnya berkaitan dengan penyanyi genit, Sarah Raisuddin. Khabarnya, Sarah Raisuddin sudah pun bernikah secara diam-diam. Kata si 'teman' tadi dengan siapa lagi kalau bukan Shuib daripada kumpulan Sepah yang dikatakan cukup akrab dengan Sarah sejak beberapa bulan yang lalu. Malah, Sarah sendiri pun sudah pernah bertandang ke rumah keluarga Shuib di Kulai, Johor.

Walaupun Sarah dan Shuib sering menyifatkan hubungan mereka sekadar kawan baik, namun ramai pihak yang berpendapat bahawa mereka sememangnya sangat serius bercinta. Tup-tup sekarang in timbul pulak cerita pasal kisah kahwin mereka. 'teman' beritahu lagi, dia dapat berita ini daripada satu sumber. Lalu dia mintak agar gosip ini disiasat untuk mendapat kesahihan serta kepastian tentang hal ini. -Murai

TM iTalk Card bagi duit Raya!

Hari Raya dah nak dekat dah. Mesti ramai orang yang dah balik kampung, membuat persediaan untuk Hari Raya nanti. Tak juga ketinggalan yang sibuk membeli barangan keperluan di pasaraya saat ini kerana menyambut Hari Raya dengan tidak balik kampung. Nah mesti saat ini dinanti-nantikan oleh mereka yang jauh dengan orang yang tersayang di perantauan. Menelefon dan juga memberikan kemaafan langsung melalui talian telefon.

Rangkaian TM terbesar baru-baru ini telah membuat promosi untuk perkhidmatannya yang dinamakan iTalk Card. Dalam iTalk Card ni memang tak payah diulas panjang, sebab banyak kebaikannya yang korang boleh lihat diSINI dan dengan kadar yang cukup rendah dan berbaloi. iTalk Card kali ini melancarkan kempen percuma 20% secara automatik kepada setiap pembelian iTalk Card, seperti contohnya:

Denominasi

Waktu Bercakap Tambahan

RM50

RM10

RM30

RM6

RM20

RM4


Sungguh berbaloi, kiranya duit raya daripada TM lah ni yer. Sungguh baik hati TM memberi duit raya ni, rangkaian swasta lain manaada semuanya kedekut, tak gitu ke? hehe. Promosi ini sah dari 1 September 2010 sehingga 31 Oktober 2010 (dua bulan tue, lama sangat, kalau balik-balik top up, kiranya makin banyaklah duit Raya yang diberikan, makin puaslah berhubung nanti). Tapi kepada sesiapa yang masih tak tahu apa kebaikkan dan kegunaan iTalk Card ni, korang bolehlah kunjungi web yang tertera kat bawah:
- HyppTunes (www.hypptunes.com.my)
- E-Browse (www.ebrowse.com.my)
- B-SmartXpress (www.bluehyppo.com)
- Gamezone (www.hyppgames.com.my)
- MUTV online (www.hypp.tv/manutd)
Dengan penuh keikhlasan dan juga keringanan hati, semua kakitangan TM terutama, iTalk WHOA ingin mengucapkan Salam Aidul Fitri 2010, Maaf Zahir dan Batin. TM selalu bersama anda. =)

Abby, Norman Hakim berlakon bersama lagi

Rabu, 8 September 2010

Mesra nampak Norman Hakim dengan bekas isterinya, Abby Abadi ni. Aksi ini dirakam ketika mereka sama-sama terlibat dalam drama Saba arahan Erma Fatima. Mereka pun pernah kata dulu yang masing-masing tak ada masalah sekiranya berganding dalam lakonan. Dan sekarang sudah membuktikan kata-kata itu. Kalau berbalah nanti pun bakal bertemu juga dalam mana-mana majlis. Apatah lagi mereka kini sudah ada haluan sendiri masing-masing. Baguslah kalau macam tue. -ManggaOnline

Ady Putra bakal jadi ayah penantian 4 tahun

Sebelum ini Ady Putra pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dalam usianya yang dah masuk 29 tahun ni, walaupun sudah empat tahun berkahwin (2006), dia dan isterinya masih belum dikurniakan anak. Tapi khabar berita yang telah didengar pada tahun ini, isteri Ady telah hamil besar. Syukurlah, dah ada petanda rezeki untuk menimang anak pertama mereka berdua nanti. Bukan sekadar gosip, mereka berdua juga kirimkan gambar ini sebagai bukti mereka bakal menimang anak. Tahniah Ady, doa mu dimakbulkan juga. (Nasib lah tak berpoligami, keke.)

Berita mengenai kehilangan Sosilawati Lawiya

Selasa, 7 September 2010

Senarai panggilan telefon terakhir pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages atau bekas isteri kepada penyanyi rock (Nash), Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dipercayai dapat membuka laluan penyiasatan berhubung kehilangan mereka sejak 30 Ogos lepas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya sedang menunggu data tersebut dan yakin butiran lanjut mengenai kejadian itu akan terungkai sebaik sahaja perincian penggunaan telefon oleh keempat-empat mereka diteliti.

"Kita perlu siasat kesemua anggota keluarga yang terlibat. Setakat ini kita belum dapat apa-apa petunjuk lagi. Antara yang kita siasat adalah panggilan telefon (panggilan terima dan panggilan keluar) kesemua mangsa untuk siasatan lanjut,” kata Musa.
Musa berkata, setakat ini, hanya satu laporan saja diterima polis berhubung kehilangan keempat-empat individu tersebut, iaitu pada Khamis lepas daripada keluarga Sosilawati. Sosilawati, 47, dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya setelah dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak, sejak seminggu lepas.

Beliau dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun gagal berbuat demikian sehingga hari ini. Ahli perniagaan itu dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi dan seorang pegawai bank sejak 30 Ogos lepas dan difahamkan Sosilawati membawa wang jutaan ringgit. —Bernama

Iklan 'Santa Claus' Aidilfitri di TV3 ditarik balik

Ramai orang kat Malaysia ni prihatin terhadap isu yang berkaitan Agama, Raja dan Politik. Terutama Agama, Malaysia adalah negara yang terbaik dalam membendung dan menangani masalah Agama. Sehinggakan syarikat konlomerat media di Malaysia, Media Prima telah menarik balik iklan yang menimbulkan kontroversi kepada umat Islam. Penulis enggan mengulas mengenai video berkenaan, memandangkan penulis tidak begitu kuat agama dalam membuat hukum. Tapi kalau lihat daripada tindakan TV3 aka Media Prima, adalah mungkin yang terbaik bagi menyelesaikan jawapan yang sediaada. Iklan berharga RM200,000 hangus demi maruah agama Islam. Peace.

Ucapan Raya Lisa Surihani

Ucapan bersempena nak dekatnya Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba tak lama lagi, rasanya ramai artis yang nak ucap raya. Tak ketinggalan, pelakon manis dan comel, Lisa Surihani membuat ucapan Raya kepada peminatnya dimana sahaja berada. Melalui rakaman yang dibuat sendiri oleh Lisa melalui video kamera laptop miliknya, macam serupa baca dialog tapi tengok lama-lama sepertinya Lisa betul-betul mesra peminat. Tak tahu lah nak kata apa, korang lihat lah sendiri erk keayuan Lisa ni. Selamat Hari Raya Lisa..

Keibuan Rozita Che Wan terserlah dengan anak yatim

Isnin, 6 September 2010

Hal ini sudah diketahui umum yang Rozita ni sebenarnya adalah seorang ibu merangkap janda. Jadi tak dihairankanlah kalau RCW ni mempunyai naluri keibuan. Cuma jarang sekali kita melihatnya sebelum dia bakal mengundurkan diri dalam dunia seni lakonan. Baru-baru ini RCW sempat berbuka puasa bersama-sama 20 anak yatim dari Rumah Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur di Bara 1 Bistro, Axis Atrium, Taman Cempaka, Ampang. Dengan berbaju oren dan menyuapkan salah seorang kanak-kanak bertuah, pasti memeriahkan dan menyerikan lagi majlis berkenaan. Sweet Rozita.

Farid Kamil pakai subang dua telinga

Terkejut melihatnya maka banyak yang boleh disimpulkan. Itulah yang bakal berlaku kepada pelakon/pengarah muda Farid Kamil yang memakai subang aka anting-anting di belah kedua telinganya. Tambahan pula aksi fesyen ini digayakan ketika majlis formal berbentuk pertunjukan umum. Memang tidak disangka, adakah tiga rasa seperti gimik lakonan atau semata-mata mencari publisiti ataupun dah memang berubah kepada tahap sosial kritikal sebagai seorang artis.

Anak seni memang pandai dalam semua hal, lebih-lebih lagi 3 rasa ini dijadikan satu momentum untuk berjaya dalam hidupnya. Farid Kamil memang akan berpendirian bahwasanya...
“Saya memakai subang di kedua-dua belah telinga untuk menjayakan pelancaran drama bersiri Lagenda Budak Setan pada malam itu sahaja,” kata Farid Kamil. -mStar

Sekitar majlis pernikahan pelakon Aida Aris

Ahad, 5 September 2010

Tahniah! Dengan sekali lafaz, aktres Aida Aris, 38, sah bergelar isteri kepada duda anak dua, Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain, 38, di kediaman pengantin perempuan pada pukul 10.45 pagi di Taman Sierra Ukay, kelmarin 4 September 2010. Kedua mempelai dinikahkan dengan mas kahwin RM330. Aida turut menerima hantaran berupa sebentuk cincin daripada pihak lelaki dan membalas kepada pasangannya dengan hantaran yang sama. Turut hadir memeriahkan majlis adalah pelakon Sharifah Haslinda dan suami, Datuk Seri Reezal Merican Naina. -mStar

Diana Danielle berdakwah di Facebook

Sabtu, 4 September 2010

Mulia dan baik sungguh hati seorang artis kita ni. Menjadi pendidik jiwa kepada peminatnya di sana yang saban hari men dok tenet men facebook yang tiada kesudahannya. Jarang-jarang artis dapat keluarkan statement dakwah yang penuh dengan isi-isi kebaikkan yang dalam. Artis yang pergi haji/umrah pun belum berani lagi tahu. Nasib ada semangat muda ini menyampaikan dakwah dalam bulan suci Ramadhan apatah lagi peminatnya di Facebook berkenaan sungguh ramai mahu mencecah 300, 000 peminat. Kalau hari-hari 'wall' Diana Danielle ni macam nie kan Alhamdulillah. Berkat dunia artis.. Peace..

Kekasih Sheera dan berambut pendek

Anak dara kepada pelakon senior Aznah Hamid, Sheera sudah pun mempunyai kekasih tercinta yang hanya mahu dikenali sebagai Syan. Kata Sheera, dia tidak pernah mempunyai perancangan untuk berkahwin pada Januari 2011, sebaliknya menetapkan usia 30 tahun sebagai tarikh akhir mendirikan rumahtangga. Sheera yang baru berusia 25 tahun dan Syan berumur 26 tahun. Selain itu, melihat penampilan terbarunya yang berambut pendek, sudah pasti ramai peminat yang akan terkejut. Namun imej tersebut begitu bersesuaian dengan dirinya, membuatkannya kelihatan lebih ranggi, muda dan segar.-Gua

Linda Onn harapkan lelaki VIP jadi suami?

Jumaat, 3 September 2010

Selepas hubungan cintanya dengan dengan seorang pelakon kacak berakhir serta dilanda kontroversi, penyampai Suria FM, Linda Onn sering saja diasak dengan pelbagai soalan yang berkaitan dengan cinta dan lelaki. Malah setiap kali Linda dilihat menghadiri mana-mana majlis dengan ditemani seorang lelaki, selebriti yang tinggi lampai ini pasti dikatakan sudah mempunyai kekasih baru. Tapi baru-baru ini Linda menegaskan yang dia sudah tidak mahu lagi atau serik membawa kawan lelaki ke mana-mana majlis. Dengan nada agak merdu, Linda mengungapkan..

"Saya terima siapa saja yang ditentukan Allah untuk jadi suami Linda. Yang penting lelaki itu mestilah baik. Kalau lelaki itu terdiri dari golongan VIP, saya akan terima. Itu pun kalau saya sayang dia dan dia pun sayang saya. Kalau golongan VIP lamar secara mengejut, itu mungkin suatu yang sukar untuk saya terima ," jelas Linda. -Murai

Awal Ashaari, Tiz Zaqyah kahwin senyap-senyap?

Belum lagi keluar jawapan tarikh yang sesuai untuk pasangan Awal Ashaari dan kekasih hatinya, Scha al Yahya berhubungan sebagai pasangan bercinta melangsungkan ikatan yang sah, timbul pula berita kurang enak didengar. Awal dan pelakon, Tiz Zaqyah telah melangsungkan pernikahan/perkahwinan mereka secara senyap-senyap. Acara agak perlahan dan tidak begitu meriah. Mungkin ramai yang beranggapan ianya hanya sedutan daripada drama/filem yang mereka lakonkan. Ya lah, tiada desas desus gosip pun yang mengaitkan Awal dan Tiz sebelum ni. Scha pula janganlah amik ati sangat erk. Hehe. Peace.

Akhil Hayy buka kedai online

Pada tanggal 16 Ogos yang lalu genaplah setahun usia perkahwinan pasangan diantara, Akhil Hayy dengan penyanyi irama nasyid juga, Waheeda yang sebelum ini telah menimbulkan kontroversi serta mendapat tomahan daripada banyak pihak khususnya di awal perhubungan mereka. Selain meraikan ulang tahun perkahwinan mereka, Akhil dan Waheeda juga turut sama meraikan ulang tahun anak lelaki Akhil, Muhammad Shariff Hidayatullah yang ke- 12 tahun.

tudung brand LV (Louis Vuitton) tue~

acara suap kek sekejap~

Dan dengan itu juga, maka serentak juga Akhil telah melancarkan syarikat barunya itu yang bernama Akhil Network. (Perniagaan jenis unilevel: pewangi Akhil Perfume, pelekat kaki untuk kesihatan, Akhil Foot Patch dan penapis air Akhil Hot & Cold)

Ac Mizal dapat gelaran Dato

Khamis, 2 September 2010

Wah berita yang cukup mengejutkan. Dengan pencapaian Ac Mizal dalam dunia seni dan juga perniagaannya yang berkembang pesat, maka tidak hairan dia dianugerahkan pingat darjah kebesaran Pahang yang membawa gelaran 'dato'. Sumber ini diterima daripada seorang bekas pelajar AF6, Aliff Razali dalam laman Facebook miliknya. Ini juga sekaligus melayakkan isterinya yang ke-2, Emylia Rosnaida menjadi atau memegang gelaran 'Datin'. Melepaslah bekas isteri yang pertama tue yer. He3. Tuah badan lah AC Mizal, tahniah lah sekali lagi dengan mendapat anugerah ini. Semoga menjadi inspirasi kepada artis yang lain juga. Peace!

Abby Abadi, Zul serba warna jambu

Abby Abadi, siapa tidak kenal. Banyak peristiwa yang menimpa dirinya dan rumah tangganya dua tahun ini. Nasib Abby ni seorang yang tabah. Walaupun digosipkan dengan Zul dengan bercinta, namun Abby tetap berpendirian dirinya dengan Zul cuma kawan biasa. Belum ada pengakuan lagi untuk 'cinta' mereka berdua. Dah nak dekat lebaran ni, Abby dan Zul pun sempatlah ke photo studio sebentar untuk sebuah koleksi nanti. Memakai baju sedondon berwarna 'pink' maka terserlahlah warna warni keriangan mereka berdua. Abby juga sudah tidak kisah lagi jika Norman dan Memey akan bertunang pada Raya ke-4 seperti yang digembar gemburkan media..

Lisa Surihani berpendirian TIDAK SEKSI

Pelakon manis dan ayu, Lisa Surihani mengakui yang dia tidak selesa apabila diminta berpakaian seksi ketika berlakon di drama mahupun filem tempatan. Dia yang tegas dengan pendirian itu sejak kecil/dahulu lagi bagaimanapun mengakui apa-apa perkara boleh dirunding terlebih dahulu sebelum menerima sesebuah tawaran hendak berbuat apa yang diminta.

"Sejak dari kecil lagi saya tidak biasa berpakaian seksi. Bagaimanapun kalau ada tuntutan skirp, saya sudi berbincang dengan pengarah terlebih dahulu untuk tidak berpakaian seksi. Bagaimanapun, jika pengarah tetap dengan keputusannya, saya akan membuat pilihan untuk berlakon atau tidak," kata Lisa.
"Banyak perkara perlu dijaga terutamnaya dari segi penampilan dan kelakuan saya sebagai seorang artis. Kalau orang lain nak bergambar seksi, itu hak masing-masing tapi saya tidak mahu seperti itu," tambah Lisa. -mStar

Pernikahan Aida Aris pada 4 September 2010

Rabu, 1 September 2010

Pelakon, Aida Aris, 38, akan menamatkan zaman jandanya pada Sabtu ini (4/9) apabila memilih duda anak dua, Husfarid Shaikh Ali, 38, sebagai bakal suaminya. Kata Aida, majlis akad nikah akan berlangsung pukul 10 pagi di Taman Sera Ukay, Ampang, manakala jamuan ringkas diadakan hari sama pada waktu berbuka puasa.
"Majlis pernikahan kami akan berlangsung dalam suasana sederhana sahaja dan tidak melibatkan barang hantaran melainkan mas kahwin dan sebentuk cincin," katan Aida.
Aida dan Husfarid saling berkenalan sejak Mac lalu menerusi rakan baiknya yang juga pelakon, Sharifah Haslinda dan suami, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Majlis merisik Aida (bekas kekasih Zul Handy Black) diadakan di rumahnya sebelum 1 Ramadan lalu. Perkahwinan itu merupakan kali kedua buat Aida selepas bercerai dengan pengarah dan pelakon, Bob Azrai pada 2005, manakala Husfarid yang juga Ketua Pramugara MAS menjadi bapa tunggal sejak tiga tahun lalu. -Utusan

Finaz Yunus bertunang dengan bekas kekasih LO?

Siapa Finaz Yunus ni? memang terlalu asing bagi peminat artis tempatan, tapi selepas kemunculannya di berita TV9 dan Hijrah TV, mungkin lebih meyakinkan anda untuk mengenali siapa dirinya. Baru-baru ini Finaz akan merancang/sudah dirancang bertunang dengan bekas kekasih kepada Deejay terkenal, LO (paham-paham sendiri ler erk), Saleh Nor. Gosip diantara LO dan Saleh Nor pada masa dahulu juga tidak kurang hebatnya, banyak gambar mesra diantara mereka, dan juga beranggapan ramai yang mungkin tidak tahu apa status hubungan LO dan Saleh. Masih menjadi suatu hubungan yang misteri yang sukar diungkapi dengan fakta gambar sahaja.


Dengan LO dahulu..

Norman Hakim, Memey Suhiaza bertunang raya ke-4

Berita gembira yang dikongsikan Memey Suhaiza Suhaimi di Harian Metro keluaran Hari Merdeka kelmarin (Ikatan cinta Memey) sudah semestinya dinanti-nantikan ramai peminat yang ingin menutup buku skandal khalwat yang telah menghantui Memey dan pelakon, Norman Hakim sejak dua tahun lalu. Malah, begitu juga harapan tuan empunya diri yang dipetik berkata,
"Semoga awan mendung akan berarak pergi dari hidup kami berdua untuk memulakan kehidupan baru lebih membahagiakan."
Meskipun tarikh pernikahan mereka pernah ditunda sekali sebelum ini, tetapi nampaknya kedua-duanya bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hari bahagia mereka, bermula dengan majlis pertunangan yang akan dilangsungkan pada Hari Raya ke-4 di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Perbincangan, menurut Memey, telah diadakan minggu lepas diantara Norman dan keluarganya. Katanya, bukan keputusannya untuk bertunang kerana merasakan Norman dan dirinya sudah mengenali hati budi masing-masing. Tetapi ia adalah kehendak Norman yang ingin buah hatinya melalui pengalaman di risik, bertunang dan bernikah. Dedah Memey, majlis pernikahan akan diadakan pada awal tahun depan. -Gua