Sarah Raisuddin, Shuib Sepah dah nikah?

Pada: Khamis, 9 September 2010
Dalam sibuk-sibuk umat Islam buat persiapan terakhir untuk menyambut kedatangan raya yang bakal tiba-tiba tidak lama lagi, tiba-tiba terdengar suatu gosip memeranjatkan yang dikhabarkan oleh seorang 'teman' pada awal pagi tadi. Gosipnya berkaitan dengan penyanyi genit, Sarah Raisuddin. Khabarnya, Sarah Raisuddin sudah pun bernikah secara diam-diam. Kata si 'teman' tadi dengan siapa lagi kalau bukan Shuib daripada kumpulan Sepah yang dikatakan cukup akrab dengan Sarah sejak beberapa bulan yang lalu. Malah, Sarah sendiri pun sudah pernah bertandang ke rumah keluarga Shuib di Kulai, Johor.

Walaupun Sarah dan Shuib sering menyifatkan hubungan mereka sekadar kawan baik, namun ramai pihak yang berpendapat bahawa mereka sememangnya sangat serius bercinta. Tup-tup sekarang in timbul pulak cerita pasal kisah kahwin mereka. 'teman' beritahu lagi, dia dapat berita ini daripada satu sumber. Lalu dia mintak agar gosip ini disiasat untuk mendapat kesahihan serta kepastian tentang hal ini. -Murai

Tag : , , ,