Kekasih Sheera dan berambut pendek

Pada: Sabtu, 4 September 2010
Anak dara kepada pelakon senior Aznah Hamid, Sheera sudah pun mempunyai kekasih tercinta yang hanya mahu dikenali sebagai Syan. Kata Sheera, dia tidak pernah mempunyai perancangan untuk berkahwin pada Januari 2011, sebaliknya menetapkan usia 30 tahun sebagai tarikh akhir mendirikan rumahtangga. Sheera yang baru berusia 25 tahun dan Syan berumur 26 tahun. Selain itu, melihat penampilan terbarunya yang berambut pendek, sudah pasti ramai peminat yang akan terkejut. Namun imej tersebut begitu bersesuaian dengan dirinya, membuatkannya kelihatan lebih ranggi, muda dan segar.-Gua

Tag : , , ,