Berita Artis,
Memey,
Norman Hakim,
Pertunangan,
Berita gembira yang dikongsikan Memey Suhaiza Suhaimi di Harian Metro keluaran Hari Merdeka kelmarin (Ikatan cinta Memey) sudah semestinya dinanti-nantikan ramai peminat yang ingin menutup buku skandal khalwat yang telah menghantui Memey dan pelakon, Norman Hakim sejak dua tahun lalu. Malah, begitu juga harapan tuan empunya diri yang dipetik berkata,
"Semoga awan mendung akan berarak pergi dari hidup kami berdua untuk memulakan kehidupan baru lebih membahagiakan."
Meskipun tarikh pernikahan mereka pernah ditunda sekali sebelum ini, tetapi nampaknya kedua-duanya bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hari bahagia mereka, bermula dengan majlis pertunangan yang akan dilangsungkan pada Hari Raya ke-4 di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Perbincangan, menurut Memey, telah diadakan minggu lepas diantara Norman dan keluarganya. Katanya, bukan keputusannya untuk bertunang kerana merasakan Norman dan dirinya sudah mengenali hati budi masing-masing. Tetapi ia adalah kehendak Norman yang ingin buah hatinya melalui pengalaman di risik, bertunang dan bernikah. Dedah Memey, majlis pernikahan akan diadakan pada awal tahun depan. -Gua
Tag
:
Berita Artis
,
Memey
,
Norman Hakim
,
Pertunangan