Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ning Baizura kena saman RM1 Juta oleh orang Itali

Jumaat, 6 Ogos 2010

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini, menetapkan 12 Oktober ini untuk pengurusan kes saman terhadap penyanyi popular Ning Baizura oleh seorang penerbit album dan pengurus warga Itali Luigi Bajona berjumlah RM1 juta. Timbalan Pendaftar, Anisah Normah Muhammad Noor menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas bertemu peguam Harleen Kaur yang mewakili Luigi (plaintif) dan Richard Wee Lopez bagi Ning Baizura (defendan) atau nama sebenarnya Ning Baizura Hamzah, 35.

Pada 7 Julai 2009, Bajona yang menguruskan beberapa persembahan Ning Baizura di Itali termasuk menyanyi di hadapan Prince Albert of Monaco di Paris, mendakwa penyanyi itu telah memfitnahnya pada 24 Januari 2009 melalui laman sosial Facebook.

Fiza Elite cerai ker?

Hai kes cerai lagi ke. Kali ni gosip melibatkan Fiza daripada kumpulan Elite yang didakwa oleh sumber yang boleh dikatakan rapat mengakui yang Fiza nak failkan tuntuan untuk perceraian di mahkamah Syariah. Tapi berita ini masih belum lagi berada di dada-dada akhbar. Sebab tu, belum ada penjelasan yang jelas mengenai kes perceraian Fiza ni samaada benar atau tidak. Kata orang, benarkah ini badi untuk kumpulan Elite yang fenomena perceraian itu berlaku kepada setiap ahli kumpulannya. Sungguh seram kalau benar sumpahan ini berlaku. Wallahualam.

Maizawati nikah pada 9 Ogos ini

Selepas dua kali terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan, akhirnya bekas isteri kepada penyanyi nasyid Akhil Hayy, Maizawati Zainal,35, mengesahkan untuk bernikah dengan pasangannya, Mohd Yassin Rahim,23, pada 9 Ogos ini di Ipoh, Perak. Majlis tersebut dijangka berlangsung selepas Zohor di salah sebuah masjid di Ulu Kinta, dalam suasana penuh sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media.

Wanita yang mesra dengan panggilan Maiza ini berkata dia dan pasangannya yang juga seorang Chef, menetapkan tarikh perkahwinan itu pada minggu lalu dan mahu melaksanakan yang wajib terlebih dahulu. Maiza tidak menetapkan wang hantaran sebaliknya menerima mas kahwin sebanyak RM101 berserta lima dulang hantaran termasuk senaskhah al-Quran. Sementara pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran daripadanya.

Bakal suami Maiza berasal dari Likas, Sabah dan pernah bekerja sebagai Chef di Singapura. Atas kepakaran itu, pasangan yang berbeza usia 12 tahun itu juga merancang untuk membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur.-mStar

Pelajar AF kini mengaji al Quran

Khamis, 5 Ogos 2010

Na yang ini lah kita nak dengar, bukan sahaja jadi medan nyanyian jadi juga melahirkan para Qari dan Qariah yang bersuara bagus untuk mengaji al Quran. Tidak dipastikan bila dan dimana set pengambaraan ini dilakukan (mungkin untuk bulan Ramadhan nanti kot) ternyata ianya sungguh bermakna kepada 3 orang pelajar AF yang mengaji al Quran, Faisal, Edlin dan juga Mila. Kalau berterusan begini juga bagus, malah peminat juga akan menyokong sekiranya memasuki mana-mana Tilawah al Quran. :) Alhamdulillah..

Syella Kamaruddin yang kini seksi? kini bertudung?

Siapa Syella Kamaruddin ni? memang asing betul nama ni. Tapi dengar-dengar satu masa dahulu nama ini agak popular, tapi tahun berganti tahun nama ini sudah jarang didengari lagi, Syella Kamaruddin dah sepertinya tenggelam dalam dunia seni, sunyi dan sepi tanpa khabar berita. Dahulunya juga terkenal dengan berita-berita kontroversi. Mungkin dah buat hala tuju masing-masing mencari rezeki sana sini untuk menghindari menjadi bahan gosip orang lain menjadi anak seni. Wallahualam.

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Lan Kristal dah jadi ayah

Tahniah diucapkan kepada vokalis kumpulan Kristal, Lan yang telah bergelar bapa pada 2 Ogos yang lalu. Isteri Lan, Nur Sheila Hassim telah selamat melahirkan bayi perempuan tepat pada jam 10.56 malam di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Bayi comel seberat 2.95kg itu diberi nama Nur Amna Qaleesya binti Mohd Razlan. Berita gembira ini turut dikongsikan Lan di laman Facebook-nya.

"ALhamduLiLLah.. SheiLa RazLan / Ain telah selamat melahirkan seorang puteri yg bernama NUR AMNA QALEESYA BINTI MOHD RAZLAN pd jam 10:56pm , 2 Ogos 2010 , seberat 2.95kg di PUSAT PERUBATAN NALURI , Wangsa Maju KL. TQ kpd semua yg menDOAkan.." -Gua

Siti Nurhaliza habiskan masa di Reunion Clifford

Rabu, 4 Ogos 2010

Kepada peminat-peminat Datuk Siti Nurhaliza, ini adalah gambar/berita terbaru mengenai dirinya (kata pemilik gambar adalah yang terbaru -31 Julai 2010). Datuk Siti masa ni tengah membuat acara sukan bersama orang ramai dalam majlis yang diadakan di Reunion Clifford. Bukan sahaja membuat senam robik dengan memakai topi 'cowboy town' lebai mana punya pun penulis tak tahu (hehe, jangan marah erk), malah turut meluangkan masa bermain bola jaring wanita. Malamnya pula acara penutupan majlis makan malam formal dan sambil menari. Memang meriah sungguh masa ni cik minah oi. Semua nak tangkap gambar CT tue~.



























Kak Engku cerai dengan suami?

Wah memang suatu berita yang agak mengejutkan. Gosip berita ini adalah tidak rasmi lagi, sebab ada sumber tak rasmi mengatakan bekas pengacara Melodi ini dalam proses perceraian dengan suaminya. Maklumat ini diambil daripada sumber punya 'member' yang bekerja/bertugas di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor. Memang tak ada angin atau pun ribut mengenai rumahtangga Kak Engku ni kita dengar. Tapi ini adalah gosip semata-mata. Belum dipastikan lagi kebenarannya cerita yang disampaikan.

Ya lah Kak Engku ni kan dah lama berumahtangga. Takkan lah pula muncul kes perceraian kot. Masalah bergaduh, curang, tak pernah sekali didengari. Yang kita dengar Kak Engku orangnya ceria sentiasa. Kita tunggu sahajalah perkhabaran dan berita Kak Engku di dada-dada media akhbar nanti. Wallahualam.

Awal Ashaari tak sabar nak kahwin dengan Scha

Setelah hampir setahun digosipkan (gosip yang benar berlaku), akhirnya Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mengakui yang mereka sememangnya pasangan kekasih (bukti percutian di Bali kot). Masing-masing sudah tidak malu untuk bercerita tentang kisah cinta mereka untuk dikongsi bersama peminat (kalau pisah gerenti gempak). Malah, dalam satu pertemuan baru-baru ini oleh Gua, jejaka berusia 29 tahun ini mengakui yang dia sudah tidak sabar ingin berkahwin dengan Scha (baguslah untuk elakkan maksiat).

“Kalau difikirkan tentang batasan-batasan sebelum berkahwin, memang saya sudah tidak sabar untuk berkahwin dengan Scha. Tetapi apabila difikirkan tentang komitmen, saya tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. Lagipun, hubungan saya dan Scha baru berusia 10 bulan. Biarlah kami ambil sedikit masa lagi untuk mengenali hati budi masing-masing. Tetapi tak naklah lewat sangat.
“Kalau ikut perancangan, saya ingin berkahwin pada umur 30 tahun, tapi tengoklah macamana nanti. Tak berani hendak cakap. Buat masa ini saya dan Scha memang tidak pernah tetapkan tarikh kahwin. Apa yang penting sekarang ini ialah perhubungan saya dan Scha mendapat restu kedua-dua belah keluarga. Saya memang pentingkan perkara ini sebab saya ini ‘family man’,” jelas Awal.

Gambar Erin Malek yang terbaru

Selasa, 3 Ogos 2010

Memang ramai tak kan mengenali Erin Malek ni atau nama sebenarnya, Nur Arina Binti Abd Malek. Artis remaja ni masih baru lagi adalah dalam 3 tahun dalam dunia anak seni. Bakatnya ditonjolkan dalam pelbagai filem dan drama kanak-kanak dan juga dewasa. Orangnya juga agak manis dan cantik, 'ngak kalah kren' dengan ibunya yang juga seksi penampilannya. Usianya penulis tidak pasti berapa buat tahun ini, mungkin dah 20 tahun kot.

Natasha Hudson berambut biru

Inilah yang dikatakan duyung moden yang mewarnakan rambutnya. Natasha Hudson yang kini menjinakkan diri ke arena lakonan akibat bidang nyanyiannya yang mengudang pelbagai masalah. Natasha yang berlakon dalam drama Duyung Aridinata ini memakai kostum duyung serta berambut biru yang panjang dan sungguh menarik. Kenapa mesti duyung ni berambut biru erk. Sebab penulis tak pernah tengok drama Duyung Aridinata ni lagi. Tak kan lah ada saloon kat bawah laut tue.. hehe..

Anak lelaki Rozita Che Wan

Ha yang ni lah anak kepada aktres janda hot, Rozita Che Wan. Nama anak Rozita ni, Ammar Effendy yang berusia 14 tahun yakni tingkatan dua yang bersekolah di MRSM (dirahsiakan).. Anak Rozita ni memang suka dengan 'uncle' yang pernah keluar dengan mamanya tue, tapi kata anak Rozita ni, mereka berdua jarang keluar bersama sebab sibuk dengan kerjaya masing-masing. Jadi kesimpulannya, siapakah 'uncle' yang dimaksudkan Ammar tue? Ammar pun setuju berabis kalau 'uncle' tue bakal menjadi ayah tiri kepadanya satu masa nanti.

Gambar kantoi pembaca berita Astro Awani

Isnin, 2 Ogos 2010

Kiriman gambar dibawah ini adalah sumbangan pengirim yang mahu dikenali sebagai 'flatron'. Dia ni seorang yang gemarkan dengan perkembangan isu-isu semasa, apatah lagi siaran berita yang masih fresh pada waktu pagi, Astro Awani. Jadi dalam syok dok tengok berita pada suatu hari, tetiba 'flatron' ni ternampak sesuatu yang boleh menghairahkan pada pembaca berita berkenaan. Yakni sesuatu yang timbul pada bahgian baju di dada pembaca berita berkenaan. Tapi bagi penulis ianya bukan timbul sebab bahagian yang tutzz tue, cuma lipatan kain yang menyerupai dan kebetulan di tempat yang paling sensasi tu. 'flatron' mungkin terlalu otak kuning sedikit masa itu. Ngeh3.









Gambar balu kepada arwah Achik Spin

Nama balu kepada arwah Achik Spin adalah Tasha. Tasha sememangnya merindui akan kepemergian arwah yang tercinta. Tapi Tasha nampak seperti seorang isteri yang tabah dan sabar tidak meroyan seperti kehilangan sesuatu yang paling besar. Ujian daripada Allah kepada isteri yang solehah. Anak-anak pun masih lagi kecil dan tidak tahu apa yang berlaku, Putri Salfiah, 2 tahun, dan Putri Nursumaiyyah, 10 bulan. Kasihan anak-anak ini, dah kecil lagi dah jadi anak yatim. Semoga ada ayah penganti nanti.

Mawi nafi kahwin lagi dengan gadis Temerloh

Dalam keratan akhbar edisi online/offline, Kosmo ada menceritakan bahawasanya Mawi penyanyi paling popular satu masa dahulu ini sudah berkahwin dengan wanita yang berasal dari Temerloh, Pahang. Tapi dimaklumkan Mawi sendiri, dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan. Kerana kekurangan bukti dan saksi, maka cerita ini masih lagi menjadi misteri kepada peminat samaada Ekin dimadukan atau tidak oleh Mawi. Mawi juga masih sayangkan Ekin dan tetap setia kepadanya sebagai penepik tangapan gossip liar berkenaan.

KUALA LUMPUR - "Saya setia kepada Ekin seorang!"

Itulah penjelasan juara Akademi Fantasia Ketiga (AF3), Mawi atau Asmawi Ani, 29, mengenai gosip hangat kononnya beliau sudah berkahwin lagi. Mawi hairan bagaimana gosip beliau berkahwin lagi itu tersebar di kalangan wartawan hiburan sejak beberapa hari lalu.

"Saya dah lali dilemparkan dengan pelbagai tohmahan negatif, jadi saya reda sahaja kali ini. Semua ini di luar kawalan saya" jelas Mawi ketika dihubungi di sini semalam. -Kosmo

Misha Omar tergedik-gedik dalam Sehati Sejiwa

Ahad, 1 Ogos 2010

Luaha Peminat: Saya adalah peminat rancangan Sehati Sejiwa yang disiarkan menerusi TV1 setiap hari Rabu pukul 2.00 petang. Saya amat tertarik menonton kisah hidup pasangan yang veteran dan telah lama mendirikan rumah tangga berbanding dengan pasangan yang baru. Agak terkilan apabila ada pasangan yang berpisah tidak lama selepas di wawancara menerusi rancangan ini.

Saya juga ingin mengesyorkan kepada pengacara rancangan ini iaitu Misha Omar supaya lebih matang dan bijak mengawal tingkah laku ketika mengacara. Pada minggu lalu ketika mengacara pasangan Azean Irdawati dan suami, gerak geri Misha agak keterlaluan, terlalu 'menggelitis' dan agak tergedik-gedik mengalahkan pasangan jemputan.

Pada saya, bukan tidak boleh hendak menunjukkan keramahan atau kemesraan dengan jemputan tetapi biarlah ada batasan kerana beliau bercakap di hadapan penonton.

NOR, Butterworth, Pulau Pinang.