Awal Ashaari tak sabar nak kahwin dengan Scha

Pada: Rabu, 4 Ogos 2010
Setelah hampir setahun digosipkan (gosip yang benar berlaku), akhirnya Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mengakui yang mereka sememangnya pasangan kekasih (bukti percutian di Bali kot). Masing-masing sudah tidak malu untuk bercerita tentang kisah cinta mereka untuk dikongsi bersama peminat (kalau pisah gerenti gempak). Malah, dalam satu pertemuan baru-baru ini oleh Gua, jejaka berusia 29 tahun ini mengakui yang dia sudah tidak sabar ingin berkahwin dengan Scha (baguslah untuk elakkan maksiat).

“Kalau difikirkan tentang batasan-batasan sebelum berkahwin, memang saya sudah tidak sabar untuk berkahwin dengan Scha. Tetapi apabila difikirkan tentang komitmen, saya tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. Lagipun, hubungan saya dan Scha baru berusia 10 bulan. Biarlah kami ambil sedikit masa lagi untuk mengenali hati budi masing-masing. Tetapi tak naklah lewat sangat.
“Kalau ikut perancangan, saya ingin berkahwin pada umur 30 tahun, tapi tengoklah macamana nanti. Tak berani hendak cakap. Buat masa ini saya dan Scha memang tidak pernah tetapkan tarikh kahwin. Apa yang penting sekarang ini ialah perhubungan saya dan Scha mendapat restu kedua-dua belah keluarga. Saya memang pentingkan perkara ini sebab saya ini ‘family man’,” jelas Awal.

Tag : , , ,