Ning Baizura kena saman RM1 Juta oleh orang Itali

Pada: Jumaat, 6 Ogos 2010
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini, menetapkan 12 Oktober ini untuk pengurusan kes saman terhadap penyanyi popular Ning Baizura oleh seorang penerbit album dan pengurus warga Itali Luigi Bajona berjumlah RM1 juta. Timbalan Pendaftar, Anisah Normah Muhammad Noor menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas bertemu peguam Harleen Kaur yang mewakili Luigi (plaintif) dan Richard Wee Lopez bagi Ning Baizura (defendan) atau nama sebenarnya Ning Baizura Hamzah, 35.

Pada 7 Julai 2009, Bajona yang menguruskan beberapa persembahan Ning Baizura di Itali termasuk menyanyi di hadapan Prince Albert of Monaco di Paris, mendakwa penyanyi itu telah memfitnahnya pada 24 Januari 2009 melalui laman sosial Facebook.

Tag : , , ,