Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar skodeng Abby Abadi dan Zul Ariffin

Jumaat, 16 Julai 2010

Bukan setakat di Hollywood sahaja ada paparazi ni, kat Malaysia pun ada juga. Memang berani sungguh kerja paparazi ni, sanggup meredah apa jua untuk mengambil gambar artis dalam artis berkenaan sedari. Itulah yang berlaku kepada pasangan 'kawan' Abby Abadi dan Zul Ariffin ketika mereka membuat aktiviti riadah pada waktu pagi (mungkin hari Ahad). Tapi Abby sepertinya tak bersenam, mungkin cuma menemankan Zul sahaja kot. Zul pun tangkap lentoklah dengan berpakaian seksi dedah aurat depan Abby. Fuh~

Farah Asyikin bertunang untuk lelaki ke-6 yang melamarnya

Farah Asyikin menyatakan kini dirinya sudah menjadi tunangan orang. Pasti ramai yang sudah sedia maklum tentang hubungannya dengan duda berusia 36 tahun berasal dari Singapura seperti dihebahkan oleh media tempatan sejak Oktober lalu. Namun, dia menafikan akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini selepas mengikat tali pertunangan pada Jun lalu. Mereka saling mengenali sejak setahun lepas.

“Saya akan umumkan tarikh pernikahan kami apabila tiba masanya. Saya tidak mahu beri apa-apa komen tentang perkahwinan kami terlebih awal kerana belum tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Saya pernah berkahwin sebelum ini dan mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kerana ia tidak mendatangkan kebaikan sebaliknya keburukan,” katanya.
Khabarnya, selepas Farah diceraikan oleh bekas suaminya Dr. Fariz Yahya, 32, pada 26 Mei 2008, dia pernah dilamar oleh lima orang lelaki. Namun akhirnya dia memilih untuk menerima pinangan lelaki yang keenam yang menjadi tunangannya sekarang ini. Apakah keistimewaan lelaki itu, biarlah ia menjadi rahsia Farah.

Tunangannya menetap dan bekerja di Macau, sebagai jurutera bunyi. Disebabkan kesibukan tunang dan dirinya sendiri, sebab itu dia mengambil jalan untuk tidak memberi komen tentang tarikh pernikahan mereka. -mStar

Fasha Sandha, Jejai tengok World Cup

Walaupun World Cup 2010 dah pun berlalu dan orang ramai dah pun puas dengan menontonnya selama sebulan dan sanggup tengok lewat pagi, kini dah kembali kepada asal, bekerja dengan rajin di mana-mana. Hehe. Tapi tahu kah anda, pasangan paling bahagia setakat ini, Fasha Sandha dan Jejai telah pun pergi menonton World Cup sama-sama. Setakat ni takda pasangan artis yang kantoi tengok World Cup sama-sama. Cuma pasangan ini sahaja yang sempat diamik gambar ketika itu. Apa-apapun berbahagialah korang ya. :)

Nani, Ayim lagi bercinta ke? -Mentor 4

Khamis, 15 Julai 2010

Tak sangka rancangan Mentor dah mula menunjukkan gossip-gossip panasnya, mula daripada Tom. Dan yang terbaru dikatakan bekas pelajar Mentor 4 tengah hangat bercinta. Daripada sumber yang dipercayai telah mengakui bahasanya Nani Mentor 4 meminati Ayim dalam mentor yang sama juga. Namun apakan daya, mereka sepertinya main sembunyi-sembunyi pula. Umur diantara Nani dan Ayim juga sangat jurang, Nani umurnya 24 dan Ayim umurnya 19 tahun. Kalau dah jatuh cinta, umur tidak akan dipandang, asal memenuhi kehendak 'hati'. Semoga berbahagia kalau dah bercinta cintun.

klik untuk besarkan

Dynas Mokhtar, Awal gulung tikar kedai pakaian?

Beberapa tahun dahulu sebelum ini, pelakon yang tidak asing lagi, Dynas Mokhtar dan pengacara TV paling ngetop, Awal Ashaari ada mengasaskan sebuah kedai pakaian berbentuk perkhidmatan online yang mereka berdua namakan kedai online berkenaan sebagai DnA Celebrity Style. Namun baru-baru ini, menurut kenyataan peribadi yang dikeluarkan oleh Dynas Mokhtar sendiri melalui Twitter miliknya, mereka berdua sepertinya sedang menguruskan hal-hal untuk berkaitan penutupan perniagaan berkenaan. Sebab apa yang itu kurang pasti pula.

Sebagai info lain pula, DnA ini juga bukan sahaja membuka perniagaan secara online, namun mereka juga mempunyai kedai fizikal atau realiti yang terletak di bandar Sri Hartamas.

Gambar keluarga Zul Yahya

Siapa tak kenal hero drama Papaya ni, Zul Yahya yang senyap-senyap dah mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinannya dengan Siti Raihan Mohd Rodzi. Anak pertama yang bernama, Arissa Qaisara (perempuan) yang berumur hampir dua tahun. Dan yang terbaru dengan kelahiran anak keduanya, yakni Aqil Qayyim yang kini berumur enam bulan dimana Aqil dilahirkan pada awal tahun ini. Wah tahniahlah kepada Zul, selepas ni kasih tambah lagi anak, biar anak-anak ramai. :)

Saya Bukan Gila Seks! -Raja Azmi

Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman tidak menafikan manusia yang waras termasuk dirinya memiliki fantasi seks tetapi ia bukan perkara yang wajar dikongsi secara terbuka dengan masyarakat. Beliau menegaskan, tidak wajar menuduhnya sebagai pembikin filem yang 'gila seks' hanya semata-mata kerana karya terbaru terbitannya. Anu Dalam Botol mencetus kontroversi baru-baru ini. Pada satu pertemuan dengan Utusan Malaysia kelmarin, penerbit wanita berusia 51 tahun itu mempersoalkan, apa dosa dia dihukum dan dilabel sedemikian rupa sedangkan kontroversi terbaru filem itu bukan berpunca daripada dirinya.

"Saya fikir sebilangan besar daripada manusia yang waras mempunyai fantasi termasuk fantasi seks dan fantasi lain. "Tetapi apakah hanya kerana kontroversi yang diciptakan oleh pelakon saya menyebabkan saya diheret sama sehingga dilabel yang bukan-bukan. Ini tidak adil buat saya. Jangan mudah menjatuhkan hukuman sebelum kita menonton karya berkenaan," kata Raja Azmi.

Tunang Dia Fadila bekas kekasih Wardina?

Rabu, 14 Julai 2010

Luahan Peminat: saya terbaca kisah Dia Fadila bertunang. mungkin kerana ketinggalan zaman saya baru mengetahui mengenai cerita tersebut. telek punya telek dalam internet baru saya tersedar yang tunang Dia tu bekas tunang dan bekas teman lelaki kepada beberapa artis dan juga wanita terkenal. seperti Wardina Saffiyah, dj era D dan lain-lain lagi. Nak ikutkan lelaki ini la yg wardina marah sangat. Kaki perempuan dan mulut manis, itu yg saya tahu mengenai tunangannya itu.

Dari apa yang saya baca Dia tidak berapa kenal lelaki ini dan terus membuat keputusan untuk bertunang. hai kenal gitu gitu dah on.. Dia dan keluarga suka agaknya kerana bakal suami kaya dari keluarga berstatus. (bukan byk duit pun, jgn sampai menanggung sudah) kabarnya bekas teman lelaki Dia dulu pun lelaki biasa (cuma takde status saja) itu yg keluarga Dia tak gemar. (lelaki biasa tidak pura-pura dan suka berlakon)

Wardina dengan anak tersayangnya

Hai, saya kesian sangat dengan si Dia tu bukan apa sebab mungkin banyak yang Dia tak tahu (ataupun buat buat tak tau) mengenai lelaki ni. Kerjanya memang pantang lihat dahi licin dan bergaya, mulut manis kata nak kahwin (cerita basi dari 10 tahun lepas) dan memang berani jumpa keluarga perempuan dan taktik kegemaran ialah mengurat dalam diam. dengar cerita bertunang pun byk kali dengan perempuan sana sini. Rasa2nya mesti ramai mak bapak perempuan dah pernah jumpa mamat ni. Bukan apa kahwin memang tetap kahwin, sebab mamat ni pun mesti tak syok lepas dah tunang byk kali, satu kali ni mesti nak kena 'on' jugak tapi jangan sampai lepas kahwin hidup asyik ditipu.

Rasa2nya kalau buat pengumuman mesti ramai yang akan tampil ke depan (mungkin bila dah nak dekat majlis kahwin nanti ada yang akan kehadapan) dan bercerita mamat ni punya tembelang. mintak jauhlah sebab kalau dah berubah rasanya belum lagi sebab ada sumber yg mengatakan masih aktif menggatal dalam tempoh pertunangan ni. (ada bukti kukuh dan memalukan gituw) kawan2 tunangnya pun sama diam dan tukang angguk kepala.

Dj Era, D yang melangsungkan pernikahannya bulan Mei 2010

Apalah nasib si Dia ni, kalau dijaga rapi oleh keluarga pun susah.. susah nak kenal manusia.. susah nak kenal dunia.. susah nak kenal diri.. jangan terburu-buru nanti sendiri yg pilu.. jd pensyarah bukan semestinya menjamin tahap kematangan hidup seseorang.. tetapi biasanya bila terlalu mabuk dalam fantasi sendiri, seseorang akan disedarkan dengan sesuatu yg amat perit.. mungkin bila dah terjadi baru sedar sendiri, tiada yg sempurna cuma kaca atau permata..

Doa buat dia.. jangan terlalu mengejar bayang2 kesempurnaan, bangunlah dari tidur dan menilai diri dan usah bandingkan yg lepas, jangan tipu diri dan org lain hanya kerana lelaki itu sempurna pada zahirnya, bergaya, sesuai dibawa kemana2 kerana statusnya, siapa yg sudah terkena tahu ada derita disebalik cerita gembira anda.. yang akan datang belum tentu lagi baik buat anda.. marilah kita sama sama lihat nanti..

Kata2 itu adalah doa, sama juga seperti nyanyian, lagu 'aku masih setia' mungkin telah berubah menjadi doa Dia.. nasihat saya.. masih belum terlambat lagi untuk terima kenyataan dan mengelakkan diri terseksa..

Artis baru, Sabhi Saddi, kacak tak?

Siapa jejaka yang bernama Sabhi Saddi nie? Pasti ramai yang tak kenal dengan nama itu sebab empunya nama itu ingin mencuba meneroka bidang seni dan bakal 'meletopkan' diri. Sabhi Saddi yang sebelum ini dikenali sebagai Boy adalah daripada kumpulan Esdeco (masih wujud lagi kumpulan ni) yang pernah bersama-sama Adam AF. Ingat lagi ke tak yer? Sabhi Saddi, 25, mahu menggunakan nama yang tertera di dalam I.C. kerana apa yang dibawakannya sekarang tidak sama dengan yang dulu. Sabhi memperjuangkan muzik R&B sebagai pertaruhan untuk dia bergerak solo.

Betul ke Simply Siti guna wang pinjaman Tekun?

Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar balik dia rendah dan murah, nak tumpang ambik kesempatan jugak tu. Tekun tu biarlah untuk orang-orang Melayu yang baru nak merangkak dalam dunia perniagaan dan tidak ada duit yang banyak.

Ini, orang macam Siti Nurhaliza dan suami yang boleh berbelanja beli jam ratus-ratus ribu, nombor plate puluh-puluh ribu pun ada hati nak mohon jugak. Memang parasit. Sekali lagi penulis hendak tanya, ada keperluan ke untuk orang-orang seperti ini memohon? Pengajaran di sini ialah kerajaan perlu tegas dalam memastikan dana Tekun yang semakin mengecut itu tidak disalurkan kepada golongan peniaga atau individu yang sebenarnya berkemampuan. Jangan orang seperti Siti Nurhaliza ini pun hendak diberikan pinjaman jugak. Tak tercapailah matlamat Tekun kalau macam tu. -suarabawahtanah

Gambar Tom MyStarz LG kena Serang

Selasa, 13 Julai 2010

Rasanya semua orang sudah sedia maklum yang artis dimaksudkan ialah Tom Mystarz LG atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal. Kalau anda tengok Melodi semalam, pastinya anda percaya yang nama Tom sudah dibersihkan kerana suami isteri tersebut telah mengaku sebenarnya perkara ini tak terjadi. Tapi tunggu dulu. Ada kejutan di sebalik rakaman Melodi tengah hari kelmarin. Sebenarnya pengakuan tersebut bukanlah pengakuan ikhlas pasangan suami isteri yang terlibat. Ini kerana mereka berdua telah diugut oleh pihak tertentu untuk tidak mengeluarkan cerita sebenarnya. Semua yang ada lihat di Melodi adalah palsu semata-mata. Itu hanyalah drama.

Mengikut sumber yang memang sangat boleh dipercayai, kini si isteri tersebut telah mengambil langkah berani dan sedang berada di Balai Polis Damansara untuk membuat laporan polis mengenai kes ini. Maknanya gosip yang menyatakan Tom Mystars LG memukul isteri orang sebenarnya memang berlaku. Kalau tak terjadi buat apa nak report polis kan? Dengar ceritanya beberapa media turut hadir di Balai Polis Damansara untuk membuat liputan lanjut. Kita nantikan perkembangan kes Tom Mystarz LG ini. Nampaknya ada suatu konspirasi oleh pihak tertentu untuk menjaga nama Tom Mystarz LG. -Zuraira

Update lagi daripada hMetro..

Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.

Pergaduhan berlaku kira-kira jam 5.30 petang di tepi jalan raya berhampiran sebuah restoran berdekatan Balai Polis Damansara itu menggemparkan orang ramai termasuk sekumpulan wartawan yang dijemput ahli keluarga isteri rakan lelaki Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25.

Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas ahli keluarga isteri rakan lelaki penyanyi itu mengadakan sidang media di kediaman mereka bagi memberi penjelasan susulan kenyataan Tom, rakan lelakinya dan isteri lelaki itu yang mendakwa mereka difitnah dalam melodi, tengah hari semalam.

Ketika sidang media berlangsung, suami wanita itu menghubungi seorang ahli keluarga isterinya bagi menyatakan hasrat untuk bertemu di rumah mereka, tetapi mengubah lokasi ke Balai Polis Damansara beberapa minit kemudian.

Pihak keluarga wanita itu bersama wartawan kemudian pergi ke Balai Polis Damansara tetapi Tom enggan bertemu, sebaliknya mahu berjumpa seorang demi seorang ahli keluarga berkenaan di sebuah restoran berdekatan.

Ketika ditemui di lokasi itu, Tom sempat menyatakan dia tidak menyangka ahli keluarga wanita berkenaan sanggup berkasar kerana dia menjaga anak perempuan mereka yang sarat mengandung dengan baik.

Pada awal pertemuan itu, suasana tenang apabila kedua-dua pihak berbincang dengan baik namun tanpa diduga, tiba-tiba Tom yang kelihatan sedang duduk berbual dengan seorang ahli keluarga isteri rakan lelakinya diserang oleh seorang lelaki.

Akibat serangan itu, Tom jatuh terbaring di atas jalan raya, namun lelaki terbabit masih cuba menyerangnya manakala rakan lelaki penyanyi itu bersama seorang lagi kawannya turut bergaduh dengan anggota keluarga lain sehingga menggemparkan orang ramai yang berada di situ.

Gambar Misha Omar berbaju kebaya

Bercerita mengenai perkembangan terbaru kerjaya nyanyian Misha Omar, dia bakal keluar dengan single terbaru selepas Hari Raya Aidilfitri depan. Pada mulanya pihak Sony mahu mengedarkan 'single'-nya dalam masa terdekat, namun memikirkan Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi, jadi ia terpaksa ditangguhkan. Kira ok lah tue juga, takut album nanti tak laku kan, baik keluarkan lepas raya. Mood orang pun nak layan lagu raya, xda lah nak layan lagu-lagu jiwang. Apa-apa pun tahniah lah keatas Misha diatas kejayaan ini. Misha nampak manis pakai baju kebaya lah. Sweet gitue.

Annahita Bakavoli kahwin dengan Datuk

Hanya dgn sekali lafaz, pelakon dan model, Annahita Bakavoli, 28 sah menjadi isteri kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Baha Datuk Mohd Arshad, 44. Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam selepas solat Asar, 11 Julai 2010. Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh jurunikah Kawasan Shah Alam, Khairudin Hayon, manakala bapa Annahita, Mehdi Bakavoli bertindak sebagai wali.

Turut hadir ialah Tengku Panglima Selangor, Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz, ibu Saiful, datin Rohani Abd Mutalib, ibu Annahita, Norma Bahari, ahli keluarga terdekat dan kenalan. Annahita adalah Dewi Remaja (2002-2003) anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Media Karangkraf. -Sinar harian

Gambar Remy Ishak dan Fasha Sandha

Isnin, 12 Julai 2010

Kedua-dua artis ini sememangnya menjadi perhatian orang ramai. Apatah lagi masing-masing mempunyai krier dan juga gosip panas tersendiri. Mana nak Remy yang dibelengu soal kekasih dan juga Fasha yang sama kes tapi berlainan sedikit sebab melibatkan laki orang. Dengan adanya kemunculan kes-kes seperti ini, maka pihak Majalah Intrend mengambil kesempatan untuk mengambil mereka berdua menjadi cover utama majalah mereka. Tapi ada desas desus mengatakan, mereka tidak diambil gambar bersama, malah asing-asing dan pihak editor menggunakan teknik 'super impose' semata-mata. Canggih betul kalau macam tu..

Azwan Ali dakwa 10 Juta rakyat Malaysia Pondan?

Masih ingat lagi tak kisah Azwan Ali nak tulis/terbitkan buku 'selamat tinggal dunia pondan' satu masa dulu? dengar-dengar buku itu belum lagi diterbitkan sampai ke hari ini dari November 2009. Tak dipastikan ianya sudah diterbitkan atau kurang promosi dan kita jarang/mendengar tentang buku berkenaan ataupun tergendala sebab faktor-faktor yang lain. Kisah lalu juga. Tak pe ada satu lagi yang menarik, Azwan Ali beberapa bulan lalu ada ditemuramah oleh Astro Awani Gala TV. Dibawah ini adalah salah satu dakwaannya di dalam wawancara tv berkenaan..

antara dakwa-dakwi Azwan..
1. heols kaya...ko mampoo?
2. org ramai akan beli buku heols
3. yang str8 jantan pun beli
4. 10 juta rkyat malaysia pondan, out of 26 juta rakyat
5. stetement " mana ade wartawan x mati!"
6. dia kaya raya, jgn jeles...silap2 keranda dia penuh dgn emas..katanya
Azwan Ali yang penuh rahsia dengan perangainya itu.. Semoga berbahagialah Azwan yer. :)

Apa kes Mas Idayu tak datang konsert akhir Mentor? Merajuk?

Ramai juga yang bertanyakan kenapa Mas Idayu tidak datang di pertandingan akhir Mentor minggu lepas? Merajuk ke ataupun sengaja tidak mahu datang? Pertanyaan ini timbul dan datang daripada mulut-mulut orang lain yang ingin tahu. Ada yang kata Mas Idayu merajuk. Yalah, tahun lepas dia juara, tahun ni paling 'kodi' pun mestilah ke final. Tetapi sayang, semuanya 'hampeh', sebab itulah mereka kata Mas Idayu tak muncul gara-gara malu gagal ke final, lantas boikot Mentor akhir. Tetapi itu kata orang. Bila ditanya sendiri empunya diri, takda makna nak boikot.

"Selepas tersingkir dari Mentor tempoh hari, Mas dapat tawaran show di Johor Bahru, jadi Mas pun ambil wang pendahuluannya. Bila dah ambil duit orang, show kenalah datang. Takkan kita nak mungkir janjikan? Lagipun Mas tak tahu yang pertandingan akhir itu sama tarikh dengan show di Johor Bahru tu. Janganlah salah anggap, cerita yang bukan-bukan. Mana tahu tahun depan TV3 panggil lagi untuk Mentor musim baru," jelas Mas Idayu. -Utusan

Gambar Erra Fazira yang terbaru

Ahad, 11 Julai 2010

Bukan mudah membawakan watak tokoh ternama di atas pentas teater ni beb, kehadiran tokoh Tun Dr. Siti Hasmah menonton 'dirinya' dipentaskan pastinya menambah gusar di hati Erra Fazira. Namun beruntungnya Erra Fazira apabila diperkenankan sendiri oleh Isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah yang mengisahkan tentang dirinya dalam Muzikal Tun Mahathir. Selain itu, Erra juga turut merasa gementar menanti reaksi penonton menerusi wataknya dalam Muzikal Tun Mahathir yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 24 September hingga 4 Oktober ini. -ManggaOnline

Kapoww tak laku, nak salahkan penonton

Sabtu, 10 Julai 2010

Walaupun diberikan ulasan yang baik oleh media, tetapi sambutan terhadap filem Kapoww sangat mengecewakan apabila kutipan kasarnya selepas dua minggu ditayangkan tidak seperti yang diharapkan oleh pengarahnya, Azizi Adnan. Kapoww adalah filem terakhir kerana selepas ini Azizi akan beralih bidang. Mungkin menjadi pensyarah, siapa tahu mungkin juga menjual burger. Azizi tidak mahu lagi ada kena mengena dengan dunia seni tanah air. Lebih baik jadi orang biasa, jiwa lebih tenang, katanya.

Azizi atau dikenali juga sebagai Azizi Chunk berkata demikian sebagai meluahkan rasa terlalu kecewa dengan kutipan filem bercorak adiwira itu yang hanya memperoleh kutipan kasar kira-kira RM240,000 sejak mula ditayangkan pada 17 Jun lalu. Katanya, dia bersusah payah menghasilkan filem menggunakan teknologi dan animasi terkini bagi menyuntik kelainan kepada filem tempatan, tetapi sayangnya masyarakat tidak pandai menghargai kerana mereka belum bersedia dengan filem bercorak abstrak.
Sebaliknya penonton kita lebih menggemari filem yang cinta, seram dan rempit. Selain bersikap prejudis, penonton juga lebih cenderung memuja filem antarabangsa.

Saya tidak akan melanggar prinsip menghasilkan filem untuk keuntungan semata-mata. Saya mahu hasilkan filem yang dapat menaikkan minda masyarakat, saya tak mahu lemahkan mereka dengan cerita-cerita yang tiada unsur ilmiah.

Saya terlalu kecewa. Selama 13 tahun dalam bidang ini, saya berasakan perjuangan ini sia-sia. Saya bukan budak filem, saya bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menceburi bidang perfileman disebabkan minat. Saya bukan orang yang mudah putus asa, kerana sudah berada dalam industri ini lebih satu dekad. Saya rasa masa yang saya peruntukan dalam industri ini sudah terlalu lama.

Tapi saya bangga dengan cerita yang saya buat. Kapoww mempunyai tanggungjawab sosial mengenai kisah derhaka terhadap ibu bapa. Oleh kerana masyarakat tidak sukakan filem seperti ini, saya berasakan mengundur diri (dari mengarah filem) adalah jalan terbaik, katanya.

Azizi juga tidak menolak kemungkinan drama bersiri Kapoww yang terlebih dulu menemui penonton sedikit sebanyak mempengaruhi keinginan mereka untuk ke pawagam. Bagaimanapun, maklum balas dari penonton drama bersiri itu adalah baik.

Selain itu, dia juga mendakwa kekurangan publisiti turut menjadi faktor filem arahannya itu tidak mendapat sambutan yang baik.

Namun begitu, dia enggan menyalahkan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) sebagai penerbit walaupun soal publisiti sepatutnya menjadi tanggungjawab syarikat itu, kerana dia (TUSB) juga mempunyai banyak filem lain yang perlu diberi perhatian. Kalau nak menyalahkan barisan pelakon, saya rasa tiada sebarang masalah. Mungkin promosi untuk filem ini tak banyak. Kisah pembikinan juga tidak ada, jadi penonton tak berapa tahu sangat mengenai filem ini. Jika disiarkan kisah di belakang tabir, sedikit sebanyak dapat menarik penonton ke pawagam.

Kemungkinan juga waktu tayangan tak sesuai kerana ketika itu ada beberapa filem Hollywood yang ditayangkan serentak antaranya Karate Kid dan Toy Story, katanya. Azizi berkata, tidak ada guna menghasilkan filem yang sukar hingga memakan hampir dua tahun untuk disiapkan kerana di akhirnya ia akan mengecewakan pengarah itu sendiri.

Saya teringat kata seorang penerbit, katanya jangan hasilkan filem pandai nanti rugi. Nampaknya kenyataan itu benar. Saya juga kecewa kerana kalau kita berkarya, ada orang cuba bawa minda kita ke satu hiburan yang lain.

Selain itu ada juga yang cenderung menghina tanpa terlebih dulu menonton filem saya. Orang mengutuk dan menghina filem saya dengan cara yang melampau, seolah-olah tujuan mereka itu mahu merosakkan industri. Jadi saya rasa lebih baik saya tarik diri dan beri peluang kepada pengarah lain pula, katanya. -Bharian

Ella bawa kekasih datang ke rumah bincang soal apa?

Ratu rock negara, Norzila Aminuddin,44, atau Ella telah membawa kekasihnya, Elan Hasyim Abd. Rahman,28, bertemu keluarganya di Klang, Selangor beberapa bulan lalu untuk mendapat restu sebelum berkahwin. Seorang ahli keluarga Ella yang dihubungi pada hari Jumaat, berkata, Elan berkunjung ke rumah mereka untuk mengenali ahli keluarga Ella selain meminta kebenaran berkawan dengan penyanyi itu.

“Ya... benar gosip mengatakan Ella sudah ada teman baru. Mereka sudah setahun berkenalan. Lelaki itu pun sudah datang ke rumah untuk berkenalan dengan keluarga kami. Kami tiada masalah dah merestui hubungan itu,” kata seorang ahli keluarga Ella yang minta dirahsiakan namanya.
Menurut sumber itu lagi, keluarganya menerima baik hasrat Elan untuk menjadi kekasih kepada Ella dan mendoakan agar mereka cepat berumah tangga. Katanya, Ella juga sedang memikirkan hasrat itu tetapi keputusan untuk berumah tangga bukan dalam waktu terdekat.
“Dia pun ada cakap hendak kahwin tetapi belum memikirkan secara serius mengenai tarikh itu,” katanya. -mStar

Kekasih Shaheizy Sam yang Seksi?

Jumaat, 9 Julai 2010

Shaheizy Sam bin Abd Samad (4 September 1982) ialah seorang pelakon yang menempa nama sebagai pelakon remaja ketika era 1990-an sebelum melonjak naik dalam filem Bohsia, Jangan Pilih Jalan Hitam pada tahun 2009 dan filem pecah panggung Adnan Sempit pada tahun berikutnya. Tapi tahu kah anda, yang Shaheizy mempunyai kekasih? kekasihnya itu memang cun dan cantik. Tapi yang tidak disangka-sangka, seksi pula kekasihnya itu. Kalau betul ini kekasih Shaheizy memang bertuah badan lah Shaheizy. Tapi janganlah terlalu seksi sangat, besar risiko tue. Hehe.

Bila Rozie Rashid jadi ikan duyung

Pelakon Rozie Rashid siapa tidak kenal, dimana-mana stesen tv tempatan kalau ada drama Melayu, Rozie Rashid mesti ada. Tapi yang buat terkejut dan betul-betul luar dugaan mengenai berat badan Rozie Rashid. Mendadak juga erk berat badan dia. Kalau dulu ok lagi yang sedang-sedang. Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku sebelum ini. Ini terbukti apabila dia berlakon dalam drama Duyung Aridinata dan bakal menjadi ikan duyung sebaris dengan Zack X-Factor.

Hari Jadi anak Kembar Leeya

Penyampai atau deejay radio Hot FM, Leeya dan suami tercinta, Ashraf akui puas dan gembira melihat kedua-dua puteri kembarnya Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf membesar di depan mata yang kini berusia setahun pada 26 Jun 2010 lalu. Sempena majlis itu, Leya dan Ashraf melakukan aqiqah dengan menyembelih dua ekor kambing dan turut diadakan acara bacaan surah Yassin serta acara memotong kek. Majlis berkenaan di adakan di rumah mertua Leya di Sungai Buloh.-mStar