Pada:
Selasa, 13 Julai 2010
Mengikut sumber yang memang sangat boleh dipercayai, kini si isteri tersebut telah mengambil langkah berani dan sedang berada di Balai Polis Damansara untuk membuat laporan polis mengenai kes ini. Maknanya gosip yang menyatakan Tom Mystars LG memukul isteri orang sebenarnya memang berlaku. Kalau tak terjadi buat apa nak report polis kan? Dengar ceritanya beberapa media turut hadir di Balai Polis Damansara untuk membuat liputan lanjut. Kita nantikan perkembangan kes Tom Mystarz LG ini. Nampaknya ada suatu konspirasi oleh pihak tertentu untuk menjaga nama Tom Mystarz LG. -ZurairaUpdate lagi daripada hMetro..
Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.
Pergaduhan berlaku kira-kira jam 5.30 petang di tepi jalan raya berhampiran sebuah restoran berdekatan Balai Polis Damansara itu menggemparkan orang ramai termasuk sekumpulan wartawan yang dijemput ahli keluarga isteri rakan lelaki Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25.Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas ahli keluarga isteri rakan lelaki penyanyi itu mengadakan sidang media di kediaman mereka bagi memberi penjelasan susulan kenyataan Tom, rakan lelakinya dan isteri lelaki itu yang mendakwa mereka difitnah dalam melodi, tengah hari semalam.
Ketika sidang media berlangsung, suami wanita itu menghubungi seorang ahli keluarga isterinya bagi menyatakan hasrat untuk bertemu di rumah mereka, tetapi mengubah lokasi ke Balai Polis Damansara beberapa minit kemudian.
Pihak keluarga wanita itu bersama wartawan kemudian pergi ke Balai Polis Damansara tetapi Tom enggan bertemu, sebaliknya mahu berjumpa seorang demi seorang ahli keluarga berkenaan di sebuah restoran berdekatan.
Ketika ditemui di lokasi itu, Tom sempat menyatakan dia tidak menyangka ahli keluarga wanita berkenaan sanggup berkasar kerana dia menjaga anak perempuan mereka yang sarat mengandung dengan baik.
Pada awal pertemuan itu, suasana tenang apabila kedua-dua pihak berbincang dengan baik namun tanpa diduga, tiba-tiba Tom yang kelihatan sedang duduk berbual dengan seorang ahli keluarga isteri rakan lelakinya diserang oleh seorang lelaki.
Akibat serangan itu, Tom jatuh terbaring di atas jalan raya, namun lelaki terbabit masih cuba menyerangnya manakala rakan lelaki penyanyi itu bersama seorang lagi kawannya turut bergaduh dengan anggota keluarga lain sehingga menggemparkan orang ramai yang berada di situ.
Tag : Gaduh , Gossip Artis , Melodi TV3 , Tom My Strarz

