Apa kes Mas Idayu tak datang konsert akhir Mentor? Merajuk?

Pada: Isnin, 12 Julai 2010
Ramai juga yang bertanyakan kenapa Mas Idayu tidak datang di pertandingan akhir Mentor minggu lepas? Merajuk ke ataupun sengaja tidak mahu datang? Pertanyaan ini timbul dan datang daripada mulut-mulut orang lain yang ingin tahu. Ada yang kata Mas Idayu merajuk. Yalah, tahun lepas dia juara, tahun ni paling 'kodi' pun mestilah ke final. Tetapi sayang, semuanya 'hampeh', sebab itulah mereka kata Mas Idayu tak muncul gara-gara malu gagal ke final, lantas boikot Mentor akhir. Tetapi itu kata orang. Bila ditanya sendiri empunya diri, takda makna nak boikot.

"Selepas tersingkir dari Mentor tempoh hari, Mas dapat tawaran show di Johor Bahru, jadi Mas pun ambil wang pendahuluannya. Bila dah ambil duit orang, show kenalah datang. Takkan kita nak mungkir janjikan? Lagipun Mas tak tahu yang pertandingan akhir itu sama tarikh dengan show di Johor Bahru tu. Janganlah salah anggap, cerita yang bukan-bukan. Mana tahu tahun depan TV3 panggil lagi untuk Mentor musim baru," jelas Mas Idayu. -Utusan

Tag : , , ,