Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Saat-saat Indah Fasha Sandha bersama Jejai

Khamis, 8 Julai 2010

Umum dah tahu yag Fasha dah umukan penyataan yang dia dengan Jejai adalah sepasang kekasig yang 'sah'. Jadi takda spikulasi lagi diantara mereka berdua nie kalau mereka saling menafikan dan gambar menjadi bukti segala-galanya mengenai mereka berdua. Gambar dibawah ini adalah saat-saat indah Fasha dan Jejai. Sungguh romantik gitue. Jejai nampaknya tidak mengatal sangat. Jadi percepatkan lag proses pernikahan tue. :)

Zack X-Factor pakai costum ikan duyung

Zack atau nama hensemnya, Zackery merupakan pelakon kacak yang lahir daripada kumpulan X-Factor dan drama Sembilu dan yang sekarang si Capek di TV2. Memang lakonannya begitu masyuk dan menghiburkan. Dah lah kacak, body pun ada juga. Baru-baru ni dia ada buat photo untuk drama Duyung Aridinata. Namun dalam sesi photo berkenaan, Zackery telah memakai costum ikan duyung. Wah, jarang-jarang lelaki pakai costum macam tue. Mungkin Zackery akan berlakon dengan mengayakan aksi duyung tak lama lagi.

klik untuk besarkan

Kekasih baru Radhi OAG

Baru-baru ini, Radhi telah membawa kekasihnya yang bernama Nur Shahira Ayu (umur dalam belasan tahun) ke mesyuarat agung Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini. Namun pun begitu, ada juga yang kurang digemari ketika melihat Radhi mengusung kekasihnya ke majlis-majlis formal seperti ini kerana ia tidak manis orang pandang. Apatah lagi duda anak seorang itu baru saja melalui fasa yang menyedihkan dalam hidupnya apabila disahkan bercerai dengan Shazlin. Jadi, apa kata Radhi bersabar dulu. Lagipun, Nur Shahira masih muda. Bagi peluang Nur Shahira ‘tengok dunia’ dulu. Hehe. -Utusan

Gambar Lisa Surihani tanpa make-up

Rabu, 7 Julai 2010

Dengan bertajukkan 'tanpa makeup - biar kulit muka bernafas' yang digunakan oleh Lisa Surihani dalam laman Facebooknya kini menjadi perhatian ramai disana. Lisa ni memang tak payah make-up dah kelihatan cantik, kalau bermake-up bertambah-tambahlah cantiknya. Tapi Lisa ni nuetral kulitnya. Sebab tue dia jarang bermake-up bila nak amik gambar spontan. Kalau segelintir artis-artis lain tue, nak beberapa inci make-up takut nanti kedapatan pulak wajah tanpa make-up.

Aksi mesra Rosyam Nor, Vanida Imran?

Waduh jadi bisa gawat ni. Artis yang masing-masing dah kahwin ni bakal buat kontroversi yang bakal meletop. Kontroversi versi yang sihat tahu, bukan tidak sihat. Hehe. Rosyam Nor dan Vanida Imran ni sekali lagi digandingkan bersama untuk sebuah drama cinta tragis gitue yang penuh konflik iaitu Isabella. Anda semua boleh lah lihat gandingan mantap mereka berdua ni di Astro Prima bermula 13 Julai ini. Selain itu drama Isabella ini yang mempunyai 26 episod turut dibintangi oleh Datuk Rahim Razali, Fauziah Nawi, Omar Abdullah, Kartina Aziz, Corrine Adrienne, Izreen Azminda, Raja Norbaizura dan Yuswaisar. Wah jangan ketinggalan yer. :) -mStar

Zarina Akademi Fantasia 2 Bertatoo?

Ketika lepak di sebuah pusat membeli-belah terkemuka baru-baru ini, C (bukan nama sebenar) nampak Zarina AF berkepit dengan seorang jejaka yang boleh tahan kacak. Pasangan yang kelihatan cukup mesra itu minum di sebuah restoran dan kedudukan mereka tidak jauh dari C. Hmm... nampak gayanya anak jati Johor ini sudah pandai bertatu. Namun C tidaklah terlalu cepat menjatuhkan hukuman kerana tidak pasti tatu itu asli atau sekadar tampal. Maklumlah zaman sekarang, ramai muda mudi suka meniru gaya remaja luar negara yang tidak sesuai dengan budaya kita. Kalau tak sanggup menahan sakit, banyak tatu tampal dijual di kedai tatu.

C bukan nak menyibuk tetapi sebagai artis, sewajarnya Zarina menjaga penampilan. Tambahan pula dia berbangsa Melayu dan beragama Islam, takkan tak tahu kita tidak boleh bertatu? C harap Zarina lebih peka selepas ini dan kalaupun nak bergaya atau mengikut trend semasa, ambil yang mana sesuai saja. Bukan apa, bila namanya artis, pasti jadi perhatian masyarakat dan idola remaja, bahkan golongan ini paling mudah jadi ikutan. hMetro

Avril Lavigne Malaysia ?

Selasa, 6 Julai 2010

Siapa Avril Lavigne Malaysia ni. Mungkin ada yang sudah tahu. Yang belum tahu mungkin kini bakal tahu. Siapa lagi kalau bukan penyanyi kecil molek, Liyana Jasmay. Ramai orang beranggapan dahulu, dia nie menciplak lagu-lagu dari barat, dan disebab itulah orang menaggap Liyana seperti Avril. Dan Liyana pun sepertinya mengiyakan sahaja tanggapan orang itu dengan kini mewarnakan rambutnya sama seperti Avril (gambar dibawah bersama Aizat). Atas dasar minat terhadap Avril atau secara kebetulan atau ikutan-ikutan atau 'extension', yang itu tanya kat Liyana sendiri ler yer.. :)

Panas: Ashraf Muslim seorang playboy??

Peminat Artis: aku dengar ramai yang memuji mamat nih...muka ensem la...baik budi pekerti la...tapi ni aku dapat citer yang tak best la pasai mamat nih....dengar kata sejak dua menjak dah single pas break ngan pelakon sherry tu...dia ni dok ngayat ramai pompuan...dulu ainul aishah tu....pas tu kuar kat media dia bercintan cintun ngan pelakon linda hashim.....pas tu kuar lak gossip kat cari pasai dia dating kat papa rich tu....and the latest, kawan aku citer, dia seopis ngan budak pompuan ni....

si ashraf ni berkapel lak ngan editor sebuah majalah yang agak glamer....no wonder boleh jadi front cover magazine tuh....and pada masa yg sama masih lagi menerai pelakon linda tu....dan kuar dating ngan budak baru pas spm yang dia dating kat papa rich tu....aku heran...muka baik cam ustaz....tapi tetap boyeee -Cari

Penulis: Biarlah dia nak dating ngan saper pun, nak mengorat saper pun atau nak mengayat saper pun... yg penting dia masih single ... bujang trang-tang-tang..... yg tak tahan dengar kalau dah umur separuh abad.. anak dah berderet..tapi ada ati nak try masuk daun...yg tu memang tak bleh blah...

Sabrina Sehati Berdansa pasangan ke-6 bercerai

Peserta Sehati Berdansa (SB), Sabrina Ali Dad Khan, 30, dan pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim, 38, menjadi pasangan keenam yang menyertai rancangan ini bercerai. Sebelum ini, peserta SB terbitan Astro yang lain, Asheed Def Gab C dan pasangannya, Sharifah Noor Shima; Atilia - Ariff Johan Abdul Aziz; Dira - Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG - Shazlin Sharif dan Anne Ngasri - Abdul Wafi Hassan turut melalui proses penceraian.

Sabrina yang juga anak saudara pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, mengesahkan yang dia dan Shahrin sudah bercerai bulan lalu. Bagaimanapun, Sabrina enggan mengulas lanjut berita perceraian itu. Katanya, dia belum bersedia untuk mendedahkan tempat, tarikh dan maklumat lain berhubung perceraian mereka bagi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak. Sabrina dan Shahrin bernikah pada 21 Mei 2006. Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ariyana, 2.

"Maaf, saya perlu merahsiakan kisah penceraian kami ini demi menghormati keluarga saya dan Shahrin. Kami mencapai persefahaman untuk bercerai dan hubungan saya dengan Shahrin masih berkawan baik demi anak kami," katanya. -Utusan

Zizie Ezette disahkan hamil?

Isnin, 5 Julai 2010

Dengar-dengar ada sebuah perkhabaran berita yang menarik daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Zizie Ezette dah hamil/mengandung. Sungguh tidak disangka-sangka perkhabaran ini, memandangkan Zizie Ezette dan suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin sibuk turun naik mahkamah atas kes mengenai mereka berdua. Mereka berkahwin pada bulan Disember 2009 yang mana tidak diketahui tempat dan masa pernikahan mereka dan tidak dipersetujui oleh isteri pertama Datuk Bung untuk berpoligami. Apa-apa pun tahniah lah diatas berita yang bermakna dan gembira ini. Semoga anak yang dilahirkan itu putih melepak macam Zizie. :)

Datin Seri Normala Samsudin, Ruhila, Datin Sharifah Shawati

Majalah Nona edisi bulan Julai 2010 telah memaparkan cover depan majalah berkenaan dengan menampilkan pengacara terkenal Normala Samsudin dengan anaknya yang berusia 17 tahun, Ruhila Roslan. Anak Normala ni memang cun melecun, sama dengan maknya juga lah. Anaknya ni pelajar di TKC (Tunku Kurshiah College). Tapi yang paling asyik sekali dalam Nona tue adalah kisah "Datin Sharifah Shawati, Setiap Wanita perlu Jaga Imej", persoalannya sejak bila pula Sharifah ni jadi Datin, adakah dia telah bercerai dengan suaminya yang bernama 'Wan' atau 'Wan' tue telah menjadi Datuk. Sesiapa yang tahu, boleh ler kongsikan kisah ini. :)

Ayu Raudhah akan bertunang tahun ini?

Ayu Raudhah, yang semua sedia maklum sedang berpacaran dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 23, di dalam Harian Metro edisi baru-baru ini berkongsi perancangannya untuk bertunang dengan kekasihnya itu dalam masa terdekat - 'Ayu rancang tunang'. Disebabkan kedua-duanya juga sibuk dengan kerjaya masing-masing, belum lagi ditetapkan tarikh pertunangan mereka.

Bagaimanapun, dedah aktres berusia 25 tahun itu, kemungkinan pertunangan mereka akan berlangsung pada tahun ini juga. Tambahnya lagi, mereka perlu mencari waktu yang sesuai untuk membincangkan tentang soal pertunangan mereka. -Gua

Bila anak Erra Fazira dan Dynas Mokhtar bersama

Ahad, 4 Julai 2010

Anak Erra Fazira, Engku Aleesya yang dilahirkan pada Mac 2009 kini dah berusia setahun lebih manakala anak Dynas Mokhtar, Khyra yang dilahirkan pada April 2010 masih lagi nampak bayi yang comel. Terbaru mereka digabungkan dan digambarkan dalam edisi majalah tempatan untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. Memang gandingan kedua-dua artis ini cukup memberikan suasana meriah pada hari itu. Lebih-lebih lagi Dynas yang menyambut Hari Raya dengan kelahiran cahaya mata pertamanya itu.

Website iTalk Whoa beri anda RM5 credit SMS percuma!

iTalkWhoa.com: Zaman sekarang teknologi sudah berubah dan semakin pesat membangun. Ramai syarikat-syarikat bersaing dengan hebat dan lincah disetiap sudut ruang untuk membuktikan mereka lebih hebat dengan teknologi yang ada. Zaman dahulu, cuma public phone sahaja yang diakui amat penting dan laku oleh orang ramai. Internet juga kurang menjadi perhatian ramai kerana kosnya yang mahal untuk dipasang apatah lagi hanya membuang masa untuk pergi ke cybercafe berdekatan hanya semata-mata melihat dunia luar.

Kini dengan kepandaian dan juga ilmu yang dipelajari, maka ramailah celik pandai, usahawan muda, dan juga yang sudah bergelar jutawan yang lahir hasil daripada mencipta sesuatu yang baru dalam dunia teknologi. Kemunculan pelbagai set telefon bimbit canggih dari skrin kecil ke skrin besar, komputer berjenama dari besar ke kecil saiznya, website biasa kepada website komersil besar-besaran dan pelbagai lagi perubahan yang dapat dilihat.

Di Malaysia tidak kurang hebatnya, syarikat telekomunikasi semakin lama semakin membiak, berlumba-lumba menambat hati pelanggan baru. Pelbagai teknik, strategy pemasaran dan juga proses 4P (Price, Place, Promotion, product) yang diguna pakai oleh pemasar professional membuktikan mereka bersungguh-sungguh merubah masa depan dalam dunia teknologi.

Ada yang sudah terlalu taksub dengan ajakan mereka (syarikat berkenaan), dengan sanggup membeli yang lebih mahal barangan mereka demi mengiktiraf diri dan pengorbanan terhadap syarikat berkenaan. Revolusi berlaku juga dalam bentuk komunikasi seharian, dari duit syiling digunakan untuk menelefon sehinggalah menggunakan aplikasi 'topup' yang dibeli dengan kadar yang ditetapkan oleh syarikat berkenaan. Ini juga seiring dengan haluan terciptanya telefon bimbit.

Peratusan terhadap minat internet di Malaysia pada masa dahulu amatlah rendah dan boleh dianggap ditahap paling buruk diantara negara-negara pesat membangun. Dengan kemunculan produk bernama 'Streamyx' oleh Telekom Malaysia Berhad, kini orang ramai secara beransur-ansur memiliki produk berkenaan di rumah mahupun pejabat dan seumpamanya. Malah dengan proses ini mereka dapat membuka minda sebesar-besarnya untuk mecari ilmu, berita, melihat dan mendengar video, dan yang terbaru boleh memberi sebarang bentuk komen dalam dunia blog. Dengan ini Negara kita telah melahirkan ramai celik IT diluar bandar mahupun dalam bandar berkat daripada kewujudan sistem yang menjangkaui zaman dan masa ini.

Syarikat gergasi Telekom Malaysia kini tidak mahu ketinggalan dalam dunia internet, walhal semua sudah tahu yang Telekom Malaysia atau TM ini adalah syarikat telekomunikasi semata-mata. Dengan adanya iTalk, pengguna yang ingin dan sering membuat panggilan ke luar negara dapat berjimat dari segi wang atau kos panggilan. Dengan kadar 0.14 sen sahaja perminit, anda boleh membuat panggilan ke United Kingdom, USA dan juga Canada. Memang sungguh diluar jangkaan penjimatan yang digunakan apabila memiliki iTalk. Cakap lebih bayar kurang. Harga mengalahkan cas daripada syarikat telekomunikasi tempatan seperti M dan D. iTalk bukanlah menggunakan telefon rumah semata-mata, tapi boleh juga menggunakan telefon bimbit anda dimana-mana anda berada.

Yang terbaru pula, iTalk telah membina satu lagi aplikasi internet yang hebat dan canggih. Iaitu yang dinamakan TM iTalk WHOA!. Aplikasi internet ini adalah yang terbaru di Malaysia dan juga di antarabangsa amnya. Dalam aplikasi ini anda akan diberikan pelbagai aplikasi lain yang menarik, seperti Facebook, YouTube, Ymail, Gmail, Twitter, MySpace, Budiees, MSN dan yang paling best dapat kredit RM5 secara PERCUMA untuk sms sesiapa sahaja yang anda kehendaki. Selain itu cas-nya juga sama untuk sms kemana-mana destinasi nombor handphone yang anda mahu. Kadar rata sama. Memang menarik aplikasi terbaru ini untuk rakyat Malaysia dan negara-negara jiran lainnya.

Selain itu juga, jika anda inginkan kepuasan ditahap maksima selanjutnya atau pada bila-bila masa, anda juga boleh membeli amaun iTalk ini dilaman website berkenaan, kalau susah nak cari kat pekan atau kedai-kedai berdekatan, ini mungkin mampu menyelesaikan masalah anda dengan menggunakan internet sahaja. Dengan bantuan daripada aplikasi perbankan online seperti Maybank, Alliance Bank, Ambank, EON Bank, Bank RHB, Web Kas, Mobile Wang, CIMB Bank dan lain-lain yang disenaraikan di akaun bank kredit portal maka iTalk boleh dibeli dengan kadar rata diantara RM10, RM20, RM30 dan juga RM50 dengan pantas. Jadi jangan berlengah lagi, teruslah mendaftarkan diri anda dan merasai keseronokan tanpa had di iTalk WHOA! (guna Internet Explorer 8 untuk mendaftar)

Gambar Syamsul Yusof ada tatoo

Sabtu, 3 Julai 2010

Anak kepada jutawan filem/drama, Syamsul Yusof memang best-best filem arahannya, yang terbaru Evolusi KL Drift pun memang syok gila, standing dengan filem luar juga. Box Office kat Malaysia pun kumpul kutipan berjuta-juta. Ini lah pengarah yang berani dengan mengeluarkan filem aksi-aksi mantop. Dan yang terbaru ada lagi dari Syamsul, tapi tak tahu apa tajuknya, mungkin dalam pengembaraan masih. Syamsul juga tidak ketinggalan untuk berlakon bersama. :)

Fasha Sandha + Jejai = No Comment daripada Tiz Zaqyah

Pelakon Tiz Zaqyah enggan mengulas lanjut apabila Fasha Sandha mengaku kepada media massa bahawa dia menjalin hubungan cinta dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 33, pada suatu sidang akhbar di Ampang baru-baru ini. Tiz yang merupakan pelakon drama bersiri popular Nur Kasih pernah digosipkan menjalin hubungan intim dengan anak lelaki bekas Menteri Besar Perak itu bagaimanapun hanya mengiyakan kenyataan Fasha, 26, seperti yang disiarkan dalam akhbar-akhbar hari ini.

"No comment (Tiada komen). Saya tidak mahu ulas lanjut kenyataan Fasha itu. Kalau betul dia cakap macam itu, maka betullah," katanya. -Utusan

Nur Fazura ingat kepada kematian

Jumaat, 2 Julai 2010

Ramai yang tidak menyedari akan datangnya kematian pada dirinya mereka, saling berfoya-foya, membuat maksiat, dan pelbagai lagi dosa yang dilakukan saban hari. Bila nak mati, disitulah segala amalan akan terputus, dan lebih dasyat lagi terus gol ke Neraka. Nauzubillah. Nur Fazura diantara artis yang bakal mengubah corak hidupnya tidak lama lagi. Ini dibuktikan apabila Fazura menerima pandangan orang mengenai kematian dalam Facebook miliknya. Baguslah kalau ada perubahan/kesedaran macam ini. Diharap Fazura dilimpahi taufik dan hidayah daripada Allah SWT.

Mawi dikerumuni Cikgu2 gedik?

Sudah menjadi informasi bahawa Mawi sekarang menjadi perbualan hangat dimana-mana. Nama Mawi kebanyakkan orang dah naik bohsan dan tidak tahu apa punca berkenaan. Tapi itulah dugaan Mawi dalam melayari bahtera sebagai anak seni, ada masa naik dan ada masa turun. Tapi tak dikalangan segelintir cikgu-cikgu/pendidik2 anak bangsa ni. Dipetik dari seorang pengarang blog politik, katanya gedik2 juga cikgu-cikgu berkenaan apabila Mawi membuat/selesai konsertnya ketika Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Sembilan baru-baru ini. Semua nak gambar Mawi, cikgu lelaki pun tak nak ketinggalan. Cikgu oh cikgu, sibuk dengan tugas ya.. :)

Ashraf Sinclair minum arak?

Dah lama kita tidak mendengar kisah mengenai artis kita yang dah pergi ke negara seberang si Ashraf Sinclair. Mungkin dia dah bahagia hidup di sana dan lebih tahu selok belok kehidupan disana. Tapi yang paling mengemparkan baru-baru ini, ada gambar yang menyerupai atau mirip artis ini minum atau teguk botol arak. Memang tak boleh cam 100 percen sebab gambar adalah daripada bahagian tepi. Jadi adalah sukar untuk mengenal pastinya, namun daripada sudut itu bolehlah dikatakan wajah Ashraf Sinclair. Wallahualam.

Fahrin Ahmad bersama wanita misteri di Marathon Standard Chartered

Khamis, 1 Julai 2010

Pada tarikh 27 Jun 2010 yang lalu, telah diadakan satu sukan Marathon Standard Chartered yang diadakan di Kuala Lumpur. Ramai juga peserta yang ikut dalam dan juga luar negara. Tapi dalam kebanyakkan peserta-peserta tu, ada juga terselit kelibat aktor kacak, Fahrin Ahmad dengan seorang wanita. Wanita itu kelihatan seperti orang Cina. Mungkin ramai yang mengatakan itu hanya rakan biasa Fahrin, memandangkan masa Marathon tu dia dan wanita berkenaan mungkin bersembang-sembang ketika berlari. Tapi kenapa mesti wanita berkenaan??

Lagi gambar bersama Abby Abadi, Zul Ariffin

Lepas ni nak salahkan siapa pula Abby Abadi. Gambar dulu dikatakan penyebab orang curi gambar mesranya dalam Facebook miliknya dan Abby telah berhati-hati dengan meletakkan gambar mesra berkenaan dalam Facebooknya yakni Abby 'delete' gambar yang disangkakan boleh memberi gossip terhadap dirinya. Tue kisah beberapa bulan yang lalu. Kini masa lapang diantara Abby dan Zul sudah diperlihatkan sekali lagi kepada umum, iaitu pergi ke Gim bersama-sama. Tengok sahaja gambar dah tahu, mereka saling mengambil gambar bertukar-tukar. :)

Pelakon, Juhara Ayob langgar orang Myanmar

Saya tidak tahu sama ada boleh bawa kereta lagi atau tidak ujar Juhara Ayob yang masih trauma akibat terbabit dalam satu kemalangan maut kira-kira pukul 12.15 tengah hari kelmarin (30/6) di Jalan Kuching dekat Pasar Borong Selayang. Juhara yang masih terkejut dengan tragedi itu sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Selayang Baru ke Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) di ibu kota.

"Saya dalam perjalanan ke ASWARA kerana ada kelas pukul 1 petang, saya tak sedar bagaimana kehadiran mangsa kerana tiba-tiba sahaja saya sudah melanggarnya. Saya masih terkejut dan takut untuk memandu. Bukan sebab kereta saya hancur tetapi kerana mangsa tersebut meninggal dunia di tempat kejadian," jelasnya
Juhara telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar kira-kira pukul 6 petang hari berkenaan. Bagaimanapun, dia yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish berwarna kelabu tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa seorang wanita dipercayai warga Myanmar sedang berjalan kaki telah mengalami kecederaan dalaman dan meninggal dunia di tempat kejadian. -mStar