Ayu Raudhah akan bertunang tahun ini?

Pada: Isnin, 5 Julai 2010
Ayu Raudhah, yang semua sedia maklum sedang berpacaran dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 23, di dalam Harian Metro edisi baru-baru ini berkongsi perancangannya untuk bertunang dengan kekasihnya itu dalam masa terdekat - 'Ayu rancang tunang'. Disebabkan kedua-duanya juga sibuk dengan kerjaya masing-masing, belum lagi ditetapkan tarikh pertunangan mereka.

Bagaimanapun, dedah aktres berusia 25 tahun itu, kemungkinan pertunangan mereka akan berlangsung pada tahun ini juga. Tambahnya lagi, mereka perlu mencari waktu yang sesuai untuk membincangkan tentang soal pertunangan mereka. -Gua

Tag : , , ,