Pada:
Selasa, 6 Julai 2010
Sabrina yang juga anak saudara pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, mengesahkan yang dia dan Shahrin sudah bercerai bulan lalu. Bagaimanapun, Sabrina enggan mengulas lanjut berita perceraian itu. Katanya, dia belum bersedia untuk mendedahkan tempat, tarikh dan maklumat lain berhubung perceraian mereka bagi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak. Sabrina dan Shahrin bernikah pada 21 Mei 2006. Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ariyana, 2.
"Maaf, saya perlu merahsiakan kisah penceraian kami ini demi menghormati keluarga saya dan Shahrin. Kami mencapai persefahaman untuk bercerai dan hubungan saya dengan Shahrin masih berkawan baik demi anak kami," katanya. -Utusan
Tag : Gossip Artis , Perceraian Artis , Sabrina Ali , Sehati Berdansa

