Pada:
Ahad, 4 Julai 2010


Di Malaysia tidak kurang hebatnya, syarikat telekomunikasi semakin lama semakin membiak, berlumba-lumba menambat hati pelanggan baru. Pelbagai teknik, strategy pemasaran dan juga proses 4P (Price, Place, Promotion, product) yang diguna pakai oleh pemasar professional membuktikan mereka bersungguh-sungguh merubah masa depan dalam dunia teknologi.
Ada yang sudah terlalu taksub dengan ajakan mereka (syarikat berkenaan), dengan sanggup membeli yang lebih mahal barangan mereka demi mengiktiraf diri dan pengorbanan terhadap syarikat berkenaan. Revolusi berlaku juga dalam bentuk komunikasi seharian, dari duit syiling digunakan untuk menelefon sehinggalah menggunakan aplikasi 'topup' yang dibeli dengan kadar yang ditetapkan oleh syarikat berkenaan. Ini juga seiring dengan haluan terciptanya telefon bimbit.

Syarikat gergasi Telekom Malaysia kini tidak mahu ketinggalan dalam dunia internet, walhal semua sudah tahu yang Telekom Malaysia atau TM ini adalah syarikat telekomunikasi semata-mata. Dengan adanya iTalk, pengguna yang ingin dan sering membuat panggilan ke luar negara dapat berjimat dari segi wang atau kos panggilan. Dengan kadar 0.14 sen sahaja perminit, anda boleh membuat panggilan ke United Kingdom, USA dan juga Canada. Memang sungguh diluar jangkaan penjimatan yang digunakan apabila memiliki iTalk. Cakap lebih bayar kurang. Harga mengalahkan cas daripada syarikat telekomunikasi tempatan seperti M dan D. iTalk bukanlah menggunakan telefon rumah semata-mata, tapi boleh juga menggunakan telefon bimbit anda dimana-mana anda berada.

Selain itu juga, jika anda inginkan kepuasan ditahap maksima selanjutnya atau pada bila-bila masa, anda juga boleh membeli amaun iTalk ini dilaman website berkenaan, kalau susah nak cari kat pekan atau kedai-kedai berdekatan, ini mungkin mampu menyelesaikan masalah anda dengan menggunakan internet sahaja. Dengan bantuan daripada aplikasi perbankan online seperti Maybank, Alliance Bank, Ambank, EON Bank, Bank RHB, Web Kas, Mobile Wang, CIMB Bank dan lain-lain yang disenaraikan di akaun bank kredit portal maka iTalk boleh dibeli dengan kadar rata diantara RM10, RM20, RM30 dan juga RM50 dengan pantas. Jadi jangan berlengah lagi, teruslah mendaftarkan diri anda dan merasai keseronokan tanpa had di iTalk WHOA! (guna Internet Explorer 8 untuk mendaftar)

Tag : celcom , italk , streamyx , telekom , telekom malaysia , telephone , tm , topup , whoa