Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Maimon Muttalib di Andartu Terlampau

Sabtu, 8 Mei 2010

Gambar dibawah ni adalah gambar terbaru Maimon Muttalib. Pelakon vateren ni, memang jarang nampak sekali, namun kali ini dia muncul pula dalam filem Andartu Terlampau… 21 Hari Mencari Suami yang tak lama akan ditayangkan lagi. Selain Maimon, filem ini juga dibarisi oleh Awie, Azhar Sulaiman, Fizo Omar, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Abby Abadi dan Erra Fazira termasuk penampilan istimewa pelakon Indonesia Ari Wibowo sendiri. Jan tak tengok di pawagam terdekat anda.-mStar

Amber Chia selepas kahwin hamil 3 bulan

"YA, saya hamil tiga bulan!" demikian coretan Amber Chia di laman blog terbarunya www.amberchia.tv yang dilancarkan baru-baru ini. Model antarabangsa, Amber dan suaminya, Adrian Wong tidak dapat membendung kegembiraan mereka lagi lalu menjadikan blog itu sebagai saluran rasmi untuk berkongsi dengan peminatnya mengenai berita gembira tersebut.

Pasangan itu baru-baru ini melangsungkan perkahwinan mereka secara rahsia di Bali dan sekarang berita dia hamil menjadikan berita itu kegembiraan berganda. Di blognya, Amber memuatkan foto perutnya yang telah berisi. Ia diambil semasa satu sesi penggambaran rambut Centro Hair Studio’s 2010 oleh Eric dari Blink Studio.

Amber berkata, dia hanya mengetahui dirinya hamil selepas perkahwinannya. Detik tersebut katanya, dia ingin memberitahu semua orang mengenainya. Namun Amber dan Adrian mengambil keputusan untuk memfokus kepada perkahwinan yang akan dikenang mereka sampai bila-bila. Dan mereka bercadang untuk mengumumkan apabila masanya bersesuaian.
"Nampaknya bagi kami, masanya ialah sekarang. Secara ikhlas, saya ingin berita ini saya sebarkan kerana tidak ingin orang lain menyebarkan spekulasi tentangnya." jelas Amber. -mStar

Zizan Raja Lawak tiada jodoh dengan 3 'makwe'

Jumaat, 7 Mei 2010

Pelawak Zizan baru-baru ni telah meluahkan apa yang terbuku selamanya dihati. Zizan bukan mengadu pasal kisah putus cintanya dengan Leez yang asyik digembar-gemburkan mana-mana media cetak/maya mahupun blog. Tapi Zizan kali ini mengadu mengenai ‘cinta’nya kepada satu hal lain iaitu kereta miliknya sendiri. Kata Zizan, dia dan kereta macam tak ada jodoh jerk sejak dibeli. Asyik bernasib malang dan terus malang sehinggakan...

“Sejak jadi pelawak lebih kurang tiga tahun lalu, saya sudah mempunyai tiga buah kereta. Saya bukan nak bangga diri sebab ada tiga kereta, tapi saya nak cakap, saya rasa saya ini sentiasa bernasib malang dan macam tak ada jodoh dengan kereta,” luahnya.
“Kemudian menggantikan kereta (satria-kereta pertama)itu, saya beli sebuah kereta baru. Malang betul, kereta kedua itu pun kena curi juga. Sekarang, saya baru memiliki sebuah kereta baru yang merupakan kereta ketiga saya dalam tempoh tak sampai 10 tahun, pun bernasib malang juga.
“Baru-baru ini, sewaktu saya bertugas di luar Kuala Lumpur, kereta itu kena pecah. Habis semua barang-barang dalam kereta kena curi. Nasib baiklah kereta ketiga saya ni tak dibawa lari,” katanya serius.
-hMetro

Intan Ladyana, Farid Kamil pergi sekolah menengah

Kedua-dua pelakon yang pernah berlakon di filem Rempit V3 baru-baru ini kini mereka sekali lagi menjadi pelakon untuk menjadi murid atau pelajar sekolah menengah. Namun tajuk dan lokasi sekolah tidak lah sama, Intan berlakon untuk telemovie 'Jiwa Kacau' di Astro Prima, manakala Farid pula berlakon untuk drama/filem 'Lagenda Budak Setan the series'. Jadi menjadi daya penarikanlah mereka disana, kalau Farid dapat lagi orang cam, kalau Intan agak susah sedikit, macam budak sekolah betul-betul. Hehe..

Zianal Abidin dikenakan waran tangkap dan digantung

Penyanyi, Zainal Abidin dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ekoran gagal hadir kes tuntutan tunggakan nafkah anak berjumlah RM18,900 oleh bekas isterinya, Natasya Gabriel Abdullah. Peguam syarie Norhusniah Husin yang mewakili Natasya memberitahu mahkamah bahawa Zainal, 51, menerima saman pada 26 April lalu setelah ia difailkan enam hari sebelum itu.

Ekoran itu, Hakim Syarie, Mohd Shukor Sabudin mengeluarkan perintah waran tangkap itu. Waran tangkap itu kemudiannya digantung selepas peguam syarie Abdul Halim Bahari tiba di mahkamah bagi mewakili penyanyi berkenaan. Abdul Halim dan Norhusniah dilihat menemui hakim syarie tersebut di kamar beliau.

Ketika ditemui oleh pemberita di luar mahkamah, Abdul Halim memberitahu, perintah waran tangkap tersebut digantung sementara dokumen-dokumen berkaitan permohonan itu difailkan oleh anak guamnya. Beliau menyatakan, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan peguam pemohon bagi menyelesaikan kes tersebut secara sulh (secara baik).

Dalam permohonan tuntutan itu, Natasya Gabriel mendakwa, Zainal gagal membayar nafkah dua anak mereka selama 29 bulan setakat bulan lepas yang berjumlah RM16,800 serta perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sebanyak RM2,100. Dalam penyata samannya, Natasha berkata, perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 8 November 2002 menyatakan persetujuan bersama iaitu Zainal bersetuju memberikan nafkah anak RM200 seorang.

Selain itu, Zainal akan menanggung segala perbelanjaan sekolah, pendidikan agama dan perubatan anak-anak. Natasha mendakwa, nafkah itu tidak mencukupi dan Zainal sebenarnya mampu membayar lebih berdasarkan kerjayanya sebagai artis, memiliki syarikat sendiri serta tidak muflis. -mStar

Heliza Misbun teman biasa saya - Ari Wibowo

Khamis, 6 Mei 2010

Jika di negara asalnya, Indonesia, pemilik nama Arianto Wibowo ini bersih dari sebarang gosip. Tetapi tidak begitu di Malaysia. Aktor kacak yang lebih dikenali sebagai Ari Wibowo ini pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon serta penerbit, Haliza Misbun yang masih lagi bujang. Baik Ari mahupun Haliza, kedua-duanya menepis gosip yang timbul dan menganggap hubungan mereka hanya sebagai rakan baik yang sudah terjalin sejak sekian lama.

“Di Indonesia, saya tidak ada gosip. Tapi di sini lain pula. Perkara ini tidak benar sekali. Kami berdua hanya rakan baik. Saya sudah biasa dengan gosip ini. Saya ketawa saja bila digosipkan dengan dia,” tutur Ari, 40 tahun.
Bagi aktor kelahiran Berlin, Jerman ini, dia cukup bertuah kerana mempunyai seorang isteri yang begitu memahami.

“Isteri saya tahu tentang perkara ini. Dia percaya saya dan tak hiraukan gosip yang berlaku antara saya dan Haliza. Isteri saya seorang yang memahami dan kami berdua bersikap terbuka.” Ari suami kepada Inge Anugrah yang dinikahinya pada tahun 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kenzo, 2 tahun dan Marco, 9 bulan. -Gua

Gambar lama perkahwinan artis

Gambar dibawah ni adalah foto lama yang didakwa bahawa pengantin perempuan berkenaan adalah artis tempatan. Kata orang ramai pengantin perempuan berkenaan adalah Noryn Aziz, dan ada juga yang mengatakan ianya Rozita Che Wan dan ada juga yang mengatakan Ifa Raziah. Jadi makin kusut memikirkannya, maka gambar ini secara mejoritinya telah dimuktamadkan adalah milik Rozita Che Wan. Almaklumlah foto lama, tapi kalau ada yang sesiapa dapat cam atau membantah atau juga menyokong dakwaan diatas silalah kemukakan di ruangan komen. :)

Gambar Adeline Tsen seksi, pelakon Hotel Mania

Rabu, 5 Mei 2010

Tengok tak Hotel Mania di TV3 yang ditaja oleh DiGi tue. Memang best kan apatah lagi ianya mengisahkan mengenai soal kehidupan bekerja di hotel. Ada pelakon namanya Adeline Tsen, dia nie orang Lahad Datu, Sabah. Kalau tak silap, ini adalah lakonannya yang pertama, tak tahulah kalau ada yang sebelumnya, kerana penulis perasan cuma di Hotel Mania sahaja. Hehe. Gambar dibawa adalah gambar seksi Adeline Tsen, biasalah orang chinese, jadi putih dan seksi tue adalah menjadi keutamaan.

Nyanyian Zee Avi di AIM ke-17

AIM baru-baru ni memang suatu yang menarik, lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak tempatan yang telah berjaya menempah nama di Amerika Syarikat dalam bidang nyayian. Namun kehadirannya di sana adakalanya ada yang suka dan juga tak suka. Kerana konsep nyayian 'american style' yang dibawanya kurang membawa kesenangan di telinga 'lagu melayu'. Ada juga yang mencari kesalahan Zee juga, kata mereka daripada forum Cari lipstik yang dipakainya tersangkut kat celah giginya. Adeh3..

Ayu Raudhah bertudung dan berpurdah

Bila tengok atau lihat penampilan Ayu Raudhah dalam drama memang sungguh memikat hati apatah lagi kalau dia memakai tudung. Cantik dan mempersonakan sehinggakan sejuk mata memandang. Tak tahulah kalau penampilan Ayu ni juga diserapkan dalam luar set pengambaraan. Kalau dah namanya artis, tak sah kalau tak seksi juga kan. Jadi itu bergantung kepada artis berkenaan kalau nak fesyen lebih-lebih asal tak da kontroversi. Berbanding kakaknya, RWC nampak kelihatan garang walaupun peramah, memang tak lawan Ayu kalau dia bertudung. Kalau berpurdah, agaknya nampak tak keayuannya?

Gambar Mia Sara Nasuha, pelakon Adamaya

Selasa, 4 Mei 2010

Drama Adamaya yang sekarang tengah main waktu petang di TV3 ni, sememangnya unik dan menarik. Mengapa tidak, ianya dibarisi oleh pelakon kanak-kanak yang kecil molek fasih berkata-kata, Mia Sara Nasuha. Dialog pun hafal lagi tu. Dalam drama Adamaya tu, dia berlakon sebagai Amani, anak Adam (Sein) dan Maya (Lisa Surihani). Umur Mia Sara Nasuha baru jek 4 tahun, tapi seperti kecil-kecil cili padi. Dulu dia terkenal kerana sering kali menjadi model iklan tv untuk Bank Islam, Celcom, Sustagen, Nokia, TM, Softlan, Astro Beyond. Sekarang drama Adamaya ini adalah drama sulung bagi dirinya.

Gambar muda mudi Rozita Che Wan

Sebelum terkenal menjadi pelakon dan artis janda yang meletup, Rozita Che Wan ni satu masa dahulu merupakan seorang model juga. Melalui satu majalah yang tidak tahu bila keluarannya tapi dianggap lama dah memandangnkan gambar Rozita masa itu masih muda dan menjadi perkenalan kepada umum. Kulit pun masih original lagi dan tiada kedut-kedut semulajadi, nampak neutral dan begitu keremajaan. Bagi sesiapa yang meminati Rozita, ini lah gambar dia waktu muda mudi dahulu, kiranya remaja lah, sekarang dah retua.. hehe.

-klik untuk besarkan-

Yuna kuasai AIM ke-17 2010

Secara keseluruhannya, Yuna mengondol banyak anugerah pada malam berkenana. Bakat Yuna sepertinya sukar ditandingi oleh artis-artis berpengalaman yang lain seperti Siti Nurhaliza. Tuah manusia, siapa lah yang tahu kan. Tahniahlah keapda Yuna dan pemenang-pemenang lain juga. Dibawah ini adalah senarai penyanyi, komposer dan penulis lirik yang memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang diadakan pada 2 Mei 2010 baru-baru ini:

Album Terbaik- Adrenalin (Faizal Tahir)

Lagu Terbaik- Dan Sebenarnya (Yuna)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)- Hazami (Survivor)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)- Dato' Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu- Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah)

Album Pop Terbaik- Dayang Live (Jenny Chin / Dayang Nurfaizah)

Album Hip Hop Terbaik- K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique / DJ Fuzz & Malique)

Album Rock Terbaik- Adrenalin (Audi Mok, Faizal Tahir/ Ahmad Izham Omar / Faizal Tahir)

Album Inggeris Tempatan Terbaik- To Prevent The Earth From Moving With You (Lo / Disagree)

Artis Baru Terbaik- Yuna

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara- Aku Wanita Biasa (Krisdayanti)

Anugerah Wirama- Adnan Abu Hassan

Anugerah Kembara- Bunkface

Album India Tempatan Terbaik- Life Is A Mystery (A Thanushia / Shruthi)

Album Cina Tempatan Terbaik- I'm Karen (Fred Chong/Lee Chee Chong/Keiran Kuek / Karen Kong)

Album Nasyid Terbaik- Allahu Rabbi: Frizdan, Amin Inteam, Amin Nordin, Suhaimi, Shamir Supaat, Salleh Brotherz / Inteam.


Lagu Rock Terbaik - Komposer / Penulis LirikSituasi (Bunkface) - Sam / Sam

Lagu Pop Terbaik - Komposer / Penulis LirikDan Sebenarnya (Yuna) - Yuna / Yuna

Lagu Hip Hop Terbaik - Komposer / Penulis LirikCerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique feat Salam) - Malique, DJ Fuzz & Salam / Malique

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis LirikDeeper Conversation (Yuna) - Yuna / Yuna

Lagu Pop Etnik Terbaik - Komposer / Penulis LirikEnjut (Noraniza Idris) - Cat Farish & Adeeb / Ahmad Fedtri Yahya

Lagu Nasyid Terbaik - Komposer / Penulis LirikDia Muhammad (Inteam) - Frizdan / Frizdan

Lagu Cina Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis LirikNa Han (JK Chen Jia Kai) - JK Chen Jia Kai / Percy Phang

Lagu India Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis LirikUyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan) - Jay, Jey Raggaveindra, Dhilip Varman / A. Sivalinggam, T. Poovaneswaran, Jey Raggaveindra

Kulit Album Terbaik - PerekaSarah Joan Mokhtar - To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)

Rakaman Album Terbaik - JururakamGreg Henderson - Into ... Akasha (Akasha)

Video Muzik Terbaik - PengarahNam Il Cho - Oh! Sizuka (Pop Shuvit)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - PengarahJenny Chin - Cinta Ada (Karen Kong, Jaclyn Victor, Dato' Sheila Majid)

Hensem bukan modal untuk tarik penonton, kasihan Ungu

Isnin, 3 Mei 2010

Mungkin bersaing dengan gergasi rock tanah air iaitu Search dan Wing melalui Konsert Double Trouble, Konsert Mega Ungu Malaysia 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Mei 2010 hanya mampu menarik kira-kira 2,000 penonton. Biarpun tenggelam dengan penganjuran bebarapa konsert, Ungu yang mendendangkan 18 buah lagu tetap memberi persembahan yang hebat dan mendapat reaksi yang baik dari peminat-peminatnya yang hadir.

Konsert yang dianjurkan oleh Celeces Production ini adalah berikutan kejayaan konsert terdahulu dan populariti Ungu di negara ini. Ungu sebelum ini pernah menjayakan dua buah konsert iaitu di Planet Hollywood dan KL Live pada 2006 dan 2008.

Juliana Evans pun merokok juga

Luahan Peminat: Semalam Fieza (bukan nama sebenar) jumpa kawan kat Kajang. Tiba2 ade sorang awek cun lalu depan meja kitorang. Terpegun kejap tengok Juliana Evan. Sangat Cantik! Dalam TV nampak macam biasa je walaupun tau die mix. Tapi kalau jumpa betul2 lagi cantik. She just a kurus a girl tapi menarik, muka dia macam patung, asik nak toleh ke arah dia je walaupun malam tadi die tak pakai makeup langsung. Sampai satu tahap dia perasan Fieza asik pandang die, terus die pandang Slack (kawan Fieza).

Iskh macam jakun plak fieza malam tadi. Di sebabkan muka cantik Juliana Evan fieza tak amik port dah perangai dia buruk coz time tu die meet up some friends and lepak sambil smoke bertalu-talu. For me orang biasa pun ramai smoke kann. Bila la agak-agaknya nak jadi cantik macam dia ye.

Erma Fatima rela dimadukan kerana itu hak Bade

Secara Jujurnya, Erma Fatima tidak ada masalah jika Bade ingin berkahwin lagi dan Bade juga tahu perkara ini. Erma Fatima mengetahui desas-desus yang tersebar luas konon suaminya, Badarudin Azmi dalam proses untuk berkahwin lagi kononnya kesibukan jadual kerja Erma menyebabkan Bade beralih angin dan ingin mencari pengganti. Tegas Erma, jika ingin berkahwin lain, Bade tidak akan menyorokkan daripadanya kerana masing-masing cukup memahami antara satu sama lain.

“Siapa agaknya dalang yang cuba menabur fitnah sebegitu kerana setakat ini Bade tidak pernah menyatakan niatnya berkahwin lagi atau melafazkan talak. Malah saya dan Bade tidak mengalami masalah buat masa ini. Saya sibuk dengan kerja harian saya, begitu juga dia yang mana lokasi penggambaran ibarat rumah keduanya. Demi Allah, saya katakan rumah tangga kami jarang berlaku pergaduhan, terutama yang berpunca daripada masalah remeh-temeh." kata Erma.
Mereka yang dinikahkan dengan Bade pada 27 Februari 1991 yang sudah melangkaui 19 tahun dan mereka mengambil lima anak angkat, iaitu Ahmad Albab, 19; Ahmad Arri, 16; Ahmad Aifin, 14; Citra, 8, dan Nurain, 4. -hMetro

Kad Pengenalan Siti Nurhaliza di Ceroboh

Ahad, 2 Mei 2010

Ramai yang pintar dan celik IT ni. Di Malaysia sahaja mungkin ada berpuluh-puluh orang yang pandai dalam penggunaan IT melalui pengondeman dan penyalahgunaan sistem IT yang ada. Ini terbukti apabila kad pengenalan milik penyanyi popular, Siti Nurhaliza di salah guna dan sehinggakan mampu mengakses laman yang boleh mengaibkan diri Siti sendiri. Laman Kerajaan mengenai saman traffik dan lain-lain Siti ini sudah beredar di internet akibat tindakan manusia ini. Hutang RM5050 daripada saman berkenaan masih lagi belum dijelaskan oleh Siti.

Apa dah jadi dengan perut Sarah Raisuddin

Tak tahu lah penulis kalau bab soal perut atau bahagian tubuh fizikal ni, almaklumlah bukan doktor jadi susah nak agak sikit. Gambar Sarah Raisuddin (diambil dari forum) yang baru-baru ini ditemubual dalam rancangan Gah 1 di saluran TV2 (tajuk tidak dapat diketahui), Sarah kelihatan agak cun dengan berpakaian Cheongsam. Nampak tembam juga Sarah kali ini, mungkin dia kuat makan kot, sebab tue perut dia macam tu. Kawan penulis, pernah nyatakan perasaannya, dia juga berperut demikian kerana disebabkan kuat makan. :P

Kapoww Lagenda Astromen versi ultraman Malaysia

Drama 15 episod Kapoww!!! Lagenda Astromen menggabungkan lebih 20 orang pelakon baru dan lama. Lebih menarik, apabila majoriti pelakon yang menjayakan drama bersiri itu mempunyai pengalaman dalam menjayakan program televisyen berbentuk komedi. Antara peneraju utama dalam siri itu adalah Hairi Anak Wayang, Yan Anak Wayang, Nurul Wahab, Norlia Ghani, Nadia Mustafar, Rosnah Mat Aris, Angeline Tan, Riezman Khuzaimi, Maria Farida, Zizan Raja Lawak, Bell Ngasri, Harun Salim Bachik dan Ah Chong Sweet Child. Lagenda Astromen bermula pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 7 Mei ini di Astro Ria. -mStar

Gambar Memey, Norman Hakim pegang tangan

Sabtu, 1 Mei 2010

ABPBH 2009 memang dah lama berlalu. Namun dalam tak disangka ada diselit aksi yang jarang-jarang sekali kita lihat. Kebetulan pada waktu itu, pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim kelihatan turut menghadiri acara berprestij itu. Ada lens kamera sedang memerhatikan gerak geri mereka, dan berjaya mengambil gambar mereka yang ketika itu sedang berpegangan tangan, erat bagai pasangan suami isteri. Memang mereka berdua ni sengaja kot nak berbuat demikian, nak membuktikan cinta mereka seteguh menara KLCC. Hehe.

Aksi Manja Lisa Surihani dengan kanak-kanak

Memang Lisa ni nampak comel dan berjiwa muda. Apatah lagi bila bertemu dengan kanak-kanak, memang suka bermain dengan mereka. Aksi manja yang dikeluarkan juga mampu mencuit siapa sahaja yang melihatnya. Gambar di bawah adalah aksi manja Lisa ketika 'membuat rambut' oleh pereka fesyen rambut dengan pelakon kanak-kanak bagi drama TV3, Adamaya yang bernama Amani. Dengarnya drama ini sekarang meletop dan desas desus bakal mengalahkan drama, Nur Kasih.

Amy Search di saman RM18,000 kerana kecuaian

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kelmarin (30/5) memerintahkan Amy Search membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada Nik Muhammad Zakwan, 4, selepas bahagian belakang badan kanak-kanak itu melecur akibat kecuaian pekerja Restoran Cheng Ho milik penyanyi itu. Ketika mahu meminta komen Amy menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini, dia yang baru tiba dari Pulau Pinang kerana menjayakan sebuah persembahan semalam enggan memberikan sebarang komen kerana belum bertemu dengan peguamnya.

Pada 24 September 2008, Nik Zahir Nik Mohd. Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya, Nik Muhammad Zakwan, 4, kerana mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho milik Amy di Wangsa Maju cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badan anaknya melecur. Dalam saman itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51, sebagai pemilik restoran Cheng Ho, di mana kejadian itu berlaku, telah dinamakan sebagai defendan. -mStar