Pada:
Sabtu, 8 Mei 2010
Pasangan itu baru-baru ini melangsungkan perkahwinan mereka secara rahsia di Bali dan sekarang berita dia hamil menjadikan berita itu kegembiraan berganda. Di blognya, Amber memuatkan foto perutnya yang telah berisi. Ia diambil semasa satu sesi penggambaran rambut Centro Hair Studio’s 2010 oleh Eric dari Blink Studio.Amber berkata, dia hanya mengetahui dirinya hamil selepas perkahwinannya. Detik tersebut katanya, dia ingin memberitahu semua orang mengenainya. Namun Amber dan Adrian mengambil keputusan untuk memfokus kepada perkahwinan yang akan dikenang mereka sampai bila-bila. Dan mereka bercadang untuk mengumumkan apabila masanya bersesuaian.
"Nampaknya bagi kami, masanya ialah sekarang. Secara ikhlas, saya ingin berita ini saya sebarkan kerana tidak ingin orang lain menyebarkan spekulasi tentangnya." jelas Amber. -mStar
Tag : Amber Chia , Artis Mengandung , Berita Artis , Model

