Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Dynas shopping dengan suami

Rabu, 7 April 2010

Baru-baru ini adalah seseorang peminat hiburan tempatan pergi ke Midwalley, bersempena dengan Motherhood fair. Tetiba ada kelibat pelakon manis, Dynas Mokhtar tengah jalan-jalan dengan suaminya. Dari belakang kelihatan Dynas seperti berbadan ramping dan slim. Tapi bila berdepan dengannya, aiseh, besarnya perut (kandungan) Dynas. Nak kata kembar atau tidak yang tue penulis kureng dapat pastikan lagi. Nak tunggu waktu dah ni, mungkin dalam bulan ni agaknya, diharap kelahiran bayi sulung berkenaan dalam keadaan sukses dan selamat kehendaknya.

Gambar Datuk Bung Mokhtar, Zizie di ABPBH 2009

Selasa, 6 April 2010

Malam ABPBH 2009 hari ahad lalu merupakan malam yang tidak perlu diperkatakan lagi, memang gilang gemilang terbilang dan lang2 lagi. Banyak kejutan dan juga budaya fesyen yang memang masyuk tahap revolusi. Namun yang menjadi menarik perhatian penulis cuma kehadiran Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar dan juga isterinya, Zizie Ezette. Kehadiran mereka berdua tidak disangka-sangka. Pasangan suami isteri ini cukup berseri-seri, kiranya pada malam itu mereka lah pasangan VIP yang menjadi perhatian. Dah kahwin juga pun, takda kontroversi lagi dah. Hikhik.

Wajarkah Mawi, Fasha Sandha kena 'Boo'?

Selain kisah kemenangan para artis termasuk kepulangan Dato' Siti Nurhaliza ke takhta Bintang Paling Popular selepas empat tahun lamanya di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, yang menjadi perbualan hangat semestinya insiden 'boo' penonton ketika nama Fasha Sandha dan Mawi diumumkan sebagai finalis di dalam kategori masing-masing.

Bukannya segelintir tetapi majoriti penonton yang membanjiri Arena of Stars malam Ahad lalu telah melaungkan ketidakpuasan mereka terhadap dua artis kontroversi ini. Insiden 'boo' malam tadi bukan yang pertama dilalui Fasha. Ada lagi ketika Anugerah Skrin 2009, perkara yang sama berlaku, walaupun tidak sekuat yang kedengaran malam tadi. Ada baiknya Fasha dan Mawi tidak menghadiri acara malam itu. -Gua
Kisah kontroversi lalu Fasha:
- sikap biadap dengan para wartawan,
- keretakan rumahtangga Nora Danish dan Rizal Ashram Ramli
- punca pergolakan rumahtangga Zamarul Hisham dan Diana Rafar.

Kisah kontroversi lalu Mawi:
- memutuskan pertunangan dengan Ina Naim.
- dikatakan besar kepala dan lupa diri.

Arwah Din Beramboi dihina dan dimaki hamun

Kehilangan arwah Din Beramboi pada Jumaat lalu amatlah diratapi oleh semua peminat-peminatnya termasuklah industri hiburan negara. Termasuklah juga artis-artis yang rapat dengan arwah seperti Aznil Nawawi dan Azwan Ali. Namun pun begitu ada juga seekor monyet (16 tahun) yang sanggup menghina arwah Din dengan penuh 'killer'. Melalui laman popular Facebook, dia bebas mengatakan apa sahaja yang kesat keapda arwah. Kebebasan dia ini dianggap sungguh melampaui batas, sehinggakan yang sudah pergi pun dihina-hina lagi. Memang nak bermain api sungguh monyet ni.

Cinta Irma kepada Nabil seperti magnet selatan utara

Isnin, 5 April 2010

Pelakon "hidung terletak" Irma Hasmie mula naik rimas dan kadang kala makan hati apabila ada mulut-mulut jahat yang menuduh kononnya cinta dia dengan Nabil Raja Lawak sudah berkahir. Irma yang dijumpai pada majlis Pencarian Kacak Bergaya Vigor Pancaindera di Hotel Legend, Kuala Lumpur minggu lalu, dia mengakui yang dia memang kecewa dengan fitnah-fitnah orang itu.
"Saya tak tahu la kenapa ada macam-macam cerita tak betul saya dan Nabil kebelakangan ni kononnya kami dah putus," katanya.
Perkembangan kisah cinta mereka berdua katanya memang cukup bahagia. Kalau gaduh sikit-sikit tu perkara kecil sahaja. Dalam hal lain juga, keluarga kedua-dua pihak pun sudah kenal di antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, percintaan Irma dan Nabil bukan cinta main-main. Cinta gila namanya sebab mereka memang serius dalam hubungan tu.
"Soal kahwin tu masih awal lagi untuk dibincangkan. Insya-Allah, kalau ada jodoh tak kemana," tambah Irma dengan penuh kesabaran. -Utusan

Gambar perkahwinan Hunny Madu

Tahniahlah kepada deejay radio Fly FM, Hunny Madu kerana selamat dinikahkan (tidak pasti bila pla) dengan tunangnya, Azhar Abdul Wahid, 34. Dengan perbezaan usia 9 tahun, tidak menghalang mereka menjadi pasangan suami isteri, jika itu yang dinamakan jodoh. Namun kisah pernikahan mereka yang mungkin dibuat hanya untuk keluarga terdekat sahaja tidak lah menjadi kedukaan peminat Hunny, Hunny juga telah membuat majlis resepsi yang penuh berwarna warni dengan pelamin ala awan dan juga pakaian 'simple' kedua-dua mempelai.

Majlis Ulang Tahun pertama Engku Aleesya

Bersempena tarikh 4 April 2010 (kelmarin petang) maka genaplah usia setahun anak pertama hasil perkahwinan Erra Fazira dan Engku Emran, Engku Aleesya. Acara kelmarin dimulakan dengan bacaan doa selamat dan disudahkan dengan pemotongan kek. Majlis dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pasangan berkenaan. Erra juga macam dah mula bertudung, baguslah. Dengar kata lagi daripada majlis itu, mereka sekeluarga akan pergi menunaikan Umrah di Tanah Suci Makkah dalam masa terdekat ni. Nak bawa Alessya sekali melihat keagungan Allah SWT.















Fasha Sandha sambut harijadi mesra dengan Jejai

Ahad, 4 April 2010

Gambar dibawah ini tidak dapat dipastikan tahun bila sambutan harijadi Fasha Sandha. Mungkin pada tahun ini. Mengikut biodata Fasha Sandha, dia lahir pada 28 Mac 1984. Namun melihat kemesraan dia dengan Jejai di gambar bawah ini membuatkan fakta berkenaan menjadi kukuh lagi. Fasha masih lagi mempunyai 'hubungan rapat' dengan Jejai. Sebelum ini, Fasha mahu memperlahankan rentaknya dengan Jejai sepaya peminat artis akan melupai kisah mengenai mereka, makin tidak menjadi pula nampaknya kan, satu demi satu gambar mesra dia pun dah mula tersebar.


Fiza WHI dalam persediaan berinai

Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau lebih dikenali sebagai Fiza yakni bekas pengacara Nona dan kini sebagai pengacara Wanita Hari Ini telah bersiap-siap untuk berinai pada pergelangan tangannya. Majlis pertunangannya diadakan pada bulan Ogos tahun lalu, dan kini sudah menghampiri untuk majlis pernikahan. Baguslah benda elok jan dikasih lama-lama, nanti ada yang melepas. Lagi pula dugaan bertunan ni cukup kuat, tak sangka Fiza dan tunangnya boleh mengharunginya dengan penuh tabah sekali sampai ke hari ini.

Maizawati tangguh pernikahan buat kali ke-2

Pernikahan Maizawati Zainal terpaksa ditangguhkan buat kali keduanya apabila keadaan kesihatan bakal ibu mentua serta kedua ibu bapanya sendiri tidak mengizinkan. Majlis yang sepatutnya diadakan pada Mei ini kini ditunda ke tahun depan, menurut laporan Harian Metro baru-baru ini - 'Tangguh nikah lagi'. Awalnya, bekas isteri Akhil Hayy ini mendedahkan akan berkahwin dengan jejaka pilihannya yang berusia 23 tahun pada pertengahan Februari tetapi perancangan itu terpaksa ditunda ke Mei kerana masalah kesihatan ibu bakal suami.-Gua

Sheera Iskandar seksi ke?

Sabtu, 3 April 2010

Pelakon muda berbakat besar yang selalu membintangi drama bersiri arahan Datuk Yusof Haslam, dan yang terkini, Si Capek di TV2, Sheera Iskandar. Anak kepada pelakon vateran yang juga terkenal, Aznah Hamid ini sememangnya menonjol dan lebih matang bila berlakon. Namun kemungkinan kematangannya juga membuatkan dia berani memakai pakaian yang kadang kala seksi juga. Walaupun dilapisi lapisan hitam, namun 'bahagian itu' masih dianggap kelihatan. Berani memang berani, ramai segelintir artis muda sekarang ni yang dah berani menggunakan pelbagai cara untuk mencari populariti.. huhu..

Isma Halil menipu, peniaga rugi RM105,000??

Seramai 47 peniaga mendakwa kerugian RM105,000 ekoran kegagalan deejay radio, Isma Halil Hamzah menyediakan tapak bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala ur pada tahun yang lalu. Bagaimanapun mereka gagal menjalankan perniagaan kerana deejay itu gagal menyediakan tapak tersebut seminggu sebelum bulan suci Ramadhan. Gambar dibawah adalah seorang mangsa, Seri khairunnisa menunjukkan tapak bazar Ramadan yang dijanjikan oleh deejay Isma Halil Hamzah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur tahun lalu..-Kosmo

Remy Ishak peluk Rozita Che Wan

Aduh bukan main lagi dan menusuk betul di kalbu, pelukan yang dibuat Remy Ishak terhadap pelakon popular yang terkenal, Rozita Che Wan. Pelukan tidak lah kesemua pada tubuh Rozita cuma bahagian yang agak 'lembut'. Mereka mengambil gambar dibawah ini adalah untuk menjadi muka depan akhbar BPoP minggu lepas. Memang nak lariskan akhbar dengan cepat ni nampaknya. Mungkin ramai yang akan 'jeles' dengan aksi seperti ini, almaklumlah Rozita kan janda meletop nombor satu negara. Hehe..

Fiqrie Dahari pakai spender

Jumaat, 2 April 2010

Memang seksi gambar dibawah ni yang dikirimkan oleh seseorang yang bernama X. Pakai spender sahaja dan berada di laut. Gambar ini didakwa adalah Fiqrie Dahari. Mungkin Fiqrie Dahari ni sekarang giat dalam bidang permodelan. Tapi tahu ke siapa Fiqrie Dahar? Fiqrie Dahari pernah berlakon dalam drama tv, Dunia Baru (ragam pelajar universiti) sebagai Rio Al Rayyan dan kini kedengaran dia juga seorang deejay radio kepada station radio Hot FM. Apa pun Fiqrie Dahari dah dewasa, dan dia kini lebih matang dan tahu bagaimana mencari sumber rezeki itu adalah haknya. Hehe..

Nafi kes Dadah, Zarina an Julie ikuti persatuan Mawadah

Zarina yang ditahan atas kes dadah beberapa minggu yang lalu kini pelakon ini tak pernah takut dan terus berani menyatakan bahawa dia sememangnya tidak ada kena-mengena dengan dadah. Malah cerita yang mengatakan bahawa dia telah dimasukkan masuk lokap serta dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 adalah satu tuduhan yang tidak berasas. Zarina yang mahu mengambil peluang kes ini untuk membersihkan namanya yang selama ini asyik terpalit dengan kontroversi.

Zarina juga tambah yakin selepas Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sepang, Syaiful Asfar A Rahman menyatakan air kencing Zarina bersih dari dadah. Dari situlah pelakon ini terus menawarkan diri untuk menjadi ahli program kelompok AADK bersama bekas penagih dadah. Selain daripada AADK, Zarina juga sudah sah menjadi ahli Mawadah iaitu Masyarakat Wanita Anti Dadah yang dikendalikan AADK. -Murai

Din Beramboi Meninggal Dunia

Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam (2/4) di Hospital Selayang. Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi. Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi. -mStar

al Fatihah untuk arwah Din Beramboi. Kelawakkan mu sukar dicari ganti..

Ainul: bukan saya tak pakai bra cuma...

Khamis, 1 April 2010

“Gila tak pakai ‘bra’ masa keluar.” Itulah reaksi pelakon berbakat muda, Ainul Aishah ketika diminta penjelasan berkenaan baju yang dipakainya pada Majlis Pelancaran Drama Spa Qistina pada hari Isnin lalu (29/3). Baju paras lutut jenis satin berwarna merah jambu yang dipakai Ainul telah mencetuskan kontroversi ramai peminat dan juga 'mata keranjang' apabila menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

“Itu baju saya sendiri. Baju itu menampakkan bahu, jadi saya buka tali ‘bra’. Disebabkan itulah ‘bra’ tu semakin jatuh ke bawah. Saya pula asyik tarik ‘bra’ saya ke atas, tapi saya tak tahulah pula nampak macam saya tak pakai ‘bra’. Lagipun, ‘I don’t have boops!’.. Dalam gambar mungkin nampak macam tak pakai. Baju tu longgar. Tak sangka akan nampak macam tu pula,” ujarnya bekas pelakon filem 'Histeria' ini.
“Selepas ini saya kena pastikan agar lebih berhati-hati dengan cara pemakaian saya. Di sini saya ingin tekankan, saya bukan jenis orang yang macam tu (tak pakai ‘bra’).” tambah Ainul lagi. -Gua
Ps: jujur membawa kebenaran.. hikhik

Gambar terbaru Fasha Sandha

Selepas 6 tahun menceburi bidang lakonan, kini pelakon kontroversi yang pernah dicop sebagai perampas laki orang oleh sesetengah pihak, Fasha Sandha dilihat jarang membintangi mana-mana filem tempatan dan ini diakui oleh dirinya mungkin rezekinya untuk mana-mana filem masih belum lagi ada. Pun begitu mutu lakonan Fasha masih lagi diperlukan seperti melakonkan watak Frieda dalam drama bersiri, Spa Qistina. Watak ini sememangnya jahat dan merupakan seorang pelacur berprofil tinggi (kata Fasha: i dont care..). -Murai

Nasha Aziz terima lamaran kahwin daripada Nur Iman

Nasha Aziz mengakui dia tidak mampu menolak cinta barunya yang bernama Nur Iman Tang. Jujurnya kata Nasha, kekasihnya itu begitu luhur menyayanginya. Akur dengan ketentuan jodoh pertemuan, Nasha sudah bersedia untuk bergelar suri rumah pada bulan Jun tahun ini. Nasha yang kelihatan berseri-seri ditemui di hari persandingan sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin kelmarin beberapa hari yang lalu.

"Saya terharu mendapat lamaran darinya. Tapi yang penting sekali ialah keberkatan ikatan perkahwinan itu nanti. Saya juga inginkan restu dari kedua orang tua, dan keluarga. Saya mahu perkahwinan ini diberkati Allah. Iman akan menjadi ketua keluarga dan dia sedang berusaha ke arah itu, insya Allah." kata Nasha..