Nasha Aziz terima lamaran kahwin daripada Nur Iman

Pada: Khamis, 1 April 2010
Nasha Aziz mengakui dia tidak mampu menolak cinta barunya yang bernama Nur Iman Tang. Jujurnya kata Nasha, kekasihnya itu begitu luhur menyayanginya. Akur dengan ketentuan jodoh pertemuan, Nasha sudah bersedia untuk bergelar suri rumah pada bulan Jun tahun ini. Nasha yang kelihatan berseri-seri ditemui di hari persandingan sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin kelmarin beberapa hari yang lalu.

"Saya terharu mendapat lamaran darinya. Tapi yang penting sekali ialah keberkatan ikatan perkahwinan itu nanti. Saya juga inginkan restu dari kedua orang tua, dan keluarga. Saya mahu perkahwinan ini diberkati Allah. Iman akan menjadi ketua keluarga dan dia sedang berusaha ke arah itu, insya Allah." kata Nasha..

Tag : , , ,