Majlis Ulang Tahun pertama Engku Aleesya

Pada: Isnin, 5 April 2010
Bersempena tarikh 4 April 2010 (kelmarin petang) maka genaplah usia setahun anak pertama hasil perkahwinan Erra Fazira dan Engku Emran, Engku Aleesya. Acara kelmarin dimulakan dengan bacaan doa selamat dan disudahkan dengan pemotongan kek. Majlis dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pasangan berkenaan. Erra juga macam dah mula bertudung, baguslah. Dengar kata lagi daripada majlis itu, mereka sekeluarga akan pergi menunaikan Umrah di Tanah Suci Makkah dalam masa terdekat ni. Nak bawa Alessya sekali melihat keagungan Allah SWT.















Tag : , , ,