Maizawati tangguh pernikahan buat kali ke-2

Pada: Ahad, 4 April 2010
Pernikahan Maizawati Zainal terpaksa ditangguhkan buat kali keduanya apabila keadaan kesihatan bakal ibu mentua serta kedua ibu bapanya sendiri tidak mengizinkan. Majlis yang sepatutnya diadakan pada Mei ini kini ditunda ke tahun depan, menurut laporan Harian Metro baru-baru ini - 'Tangguh nikah lagi'. Awalnya, bekas isteri Akhil Hayy ini mendedahkan akan berkahwin dengan jejaka pilihannya yang berusia 23 tahun pada pertengahan Februari tetapi perancangan itu terpaksa ditunda ke Mei kerana masalah kesihatan ibu bakal suami.-Gua

Tag : , , ,