Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sikap Amar kurang Professional

Sabtu, 6 Februari 2010

Belum pun sempat bermulanya tayangan perdana filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie, baru-baru ini, sudah terjadi 'tayangan gambar' antara pelakon utamanya Puteri Sarah Liyana dan kekasihnya Ammar. Cerita ini di dengar dari seorang rakan yang kebetulan menjadi saksi kejadian drama swasta itu bersama-sama beberapa jurukamera dan wakil media di salah sebuah panggung terkenal di Petaling Jaya.

Semuanya gara-gara sikap cemburu Amar yang tidak dapat menahan marah dan sikap cemburunya ketika sesi fotografi bersama hero filem berkenaan, Nabil di ruang legar panggung iaitu sebelum bermulanya tayangan perdana. Kerana tidak tahan melihat kekasihnya itu bergambar mesra dengan Nabil (atas permintaan jurugambar), maka Ammar dengan tidak berfikir panjang telah menaikkan suaranya terhadap Puteri Sarah di hadapan beberapa jurukamera dan pihak media tempatan.

Si empunya badan pun apa lagi, naik hantulah. Dia pun secara spontan terus meluru bertanya kenapa buah hatinya itu sentap secara tiba-tiba. Yalah, bukankah Ammar perlu faham bahawa Puteri Sarah sedang berkerja, jadi cubalah bersikap profesional sikit. Ammar pula menjawab dengan rasa tak puas hati. Selepas itu berlarutanlah kejadian bertegang leher antara merpati dua sejoli itu sehinggalah mereka sendiri tak perasan bahawa tayangan perdana filem Lu Oikirlah Sendiri sudahpun bermula.

Kalau cemburu sangat, siapa suruh datang ke lokasi? Padahal pengarah filem itu sudah berpesan kepada setiap pelakonnya untuk tidak membawa kekasih ketika tayangan perdana berkenaan diadakan. Lebih kurang sopan lagi, apabila difahamkan sebaik saja selepas tayangan perdana itu selesai kelibat Puteri Sarah dan Ammar sudah tiada lagi. Walhal selepas itu, sidang media filem berkenaan berlangsung dan kehadiran pelakon wanita cantik itu sangat diperlukan.

Tapi sayang seribu kali sayang, Puteri Sarah sudah pulang terlebih awal bersama kekasihnya. Mungkin ini sama ada gara-gara tak mahu menjawab di hadapan pihak media tentang drama swasta yang mereka buat tadi ataupun mahu memujuk antara satu sama lain. -Murai

Sarimah Seksi nampak pusat

Dalam satu rancangan tv, Sarimah Ibrahim yang terkenal kerana menghostkan rancangan Akademi Fantasia musim lalu, kini makin menampilkan aksi seksi. Aksi seksi nya bukan lah menampakkan bahagian dada atau paha, namun bahagian pusatnya. Aiseh nak ikut dalam drama Bollywood lah pulak. Sarimah mungkin sedar mengenai cara pemakaiannya yang singkat itu, di harap ada lah pihak-pihak yang berani mengegurnya. Memang jarang artis Malaysia menayangkan pusat mereka.

Apa Sebab Astro Aruna di tutup

Jumaat, 5 Februari 2010

Bukan penulis sahaja bengang, malah mungkin hampir separuh pengguna Astro juga bengang dengan ketiadaan satu lagi siaran dalam Astro Aruna ditutup. Dahulu Astro Kirana dan ditutup sebab bankrup atas faktor-faktor yang ntah apa-apa. Kali ni tiada sebarang berita mengenai penutupan Aruna. Yang mengeruhkan lagi keadaan, bayaran tetap sama walaupun kedua-dua siaran telah ditutup. Mahu cari untung lebih bukan begini caranya, kena juga jaga hati pelanggan. Kang tak pasal-pasal, ada demonstrasi pula depan bangunan Astro. Jom tengok undian motif kenapa ditutup secara rawak.

Gambar Anak Arni Nazira, Hazrie

Perkahwinan Arni Nazira dengan Hazrie pada bulan April 2009 dahulu kini mendatangkan zuriat kepada kedua-dua pasangan ini. Arni yang dahulunya adalah bekas isteri kepada penyanyi dan juga pelakon, Awie kini hidup bahagia dengan Hazrie yang menekankan konsep agama dalam kehidupan. Tapi nama bayi ini tidak dikenal pasti lagi. Mungkin hanya gambar sebagai bukti kekukuhan rumatangga mereka berdua. Tahniah diatas kelahiran umat baru Nabi Muhammad SAW.







Din Beramboi kesal cakap 'hanjing'

Perkataan 'hanjing' yang terkeluar daripada mulut pelawak Spontan, Host rancangan Mandi serta juri tetap Raja Lawak Musim keempat (RL4) beberapa minggu lalu, Din Beramboi mengakui kesilapannya kerana terlepas cakap semasa memberi kritikan kepada Kumpulan Antu RL4 bagaimanapun dia menggangap perkataan yang disebutnya itu sebagai perkara biasa.

"Memang saya mengaku terlepas cakap, walaupun saya masih dalam keadaan sedar," ujarnya dengan nada kesal.
Menurut penyampai radio ERA FM ini, dia menganggap perkataan 'hanjing' yang dikeluarkan itu adalah satu perkara yang normal dan tidak perlu dibesar-besarkan kerana dia sudah pun mengaku salah dan meminta maaf akibat kelancangan mulut 'lasernya' itu.
"Itu perkataan biasa digunakan sekarang, lagipun saya sudah mengaku salah," katanya.
Selain itu, pelawak ini sudah dapat mengagak risiko yang bakal diterimanya selepas mengeluarkan perkataan yang hanya layak digambarkan kepada spesis binatang sahaja.
"Selepas menyebut perkataan itu, saya dapat rasakan padah yang akan diterima nanti," katanya dalam nada ketawa.
Bagaimanapun, Din mengakui dia sebenarnya tidak bermaksud menyamakan kumpulan tersebut dengan spesis binatang itu.

Fasha Sandha akan menang ABPBH 2009

Calon yang barangkali berpeluang menggenggam trofi bagi Pelakon TV Wanita adalah Fasha Sandha yang tahun lalu bukan calon pilihan. Manakala Impak populariti Tiz Zaqyah melalui drama bersiri Nur Kasih tidak menjadi dalam ABPBH 2009. Itulah ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Berita Harian edisi awal bulan Februari ini. Mungkin sebagai pandangan kasar, kita cuma melihat ianya adalah tekaan, namun tekaan ini dibuat oleh penganjur kepada acara berkenaan.

Maka tidak menjadi satu keadilan bila statement ini dikeluarkan memadangkan Anugerah yang berprestij ini tidak pernah calar dengan apa-apa jua keadaan sebelum ini. Mungkin pihak menganjur tidak mahu mengaduk campurkan kisah pribadi dengan kerjaya anak seni itu, jadi sesiapa sahaja yang mempunyai rekod buruk pribadi berkemungknan akan menang anugerah itu.

Sarah Puteri tidak ambil hati soal poster

Khamis, 4 Februari 2010

Baru baru ini bertempat di Cathay Cineplex, Cineleisure Damansara, satu acara Majlis Tayangan Eksklusif dan Sidang Media Filem Lu Fikirlah Sendiri de Movie telah diadakan. Barisan pelakon filem berkenaan adalah Puteri Sarah Liayan, Mila dan Nabil. Dalam hal yang lain, Puteri tidak ambil hati kerana dia adalah pelakon utama filem berkenaan namun dia tidak ditayangkan di poster filem berkenaan. Yang di tonjolkan adalah Nabil dan Mila, kata orang dalam, mereka berpotensi besar untuk melariskan movie berkenaan kerana kedua-duanya sudah popular di mata peminat. Sabarlah Puteri..

Noryn Aziz sudah bernikah?

Ada seorang mamat nie yang pada mulanya hanya bersembang-sembang kosong di warung kopi, namun perbualan itu lebih terarah ke dunia hiburan artis. Cerita punya cerita, akhirnya rakan mamat ni yang boleh dipercayai katanya telah menyatakan bahawa artis jelita, Noryn Aziz selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya. Pilihan hatinya yang dimaksudkan adalah bukan dari orang biasa-biasa, tapi dari kerabat di raja. Tidak tahulah pulak, media belum lagi keluarkan kenyataan ini. Tapi kalau betul, tahniahlah Noryn..

Diana Danielle menyanyi kerana minat

Kehadiran pelakon jelita Diana Danielle yang semakin popular dalam bidang nyanyian kini membuktikan dia semakin menyerlah sebagai seorang penyanyi. Walaupun pada mulanya dia hanya dikenali sebagai pelakon, tetapi hasrat dan cita-citanya untuk bergelar seorang penyanyi terlaksana jua akhirnya. Begitulah yang terjadi dengan pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson yang mendapat lamaran sebuah syarikat rakaman dari Amerika Syarikat baru-baru ini.

"Kalau dah tua nanti, takkan saya nak buat kerja ni lagi. Saya tidak mahu terlalu mengharap dalam bidang ini. Saya menyanyi kerana minat sahaja tetapi untuk jangka masa panjang, saya pasti akan memilih kerjaya lain," kata Diana Danielle yang penuh dengan ceria dan senyuman.

Perkahwinan Nija AF1

Bekas pelajar Akademi Fantasia 1 (AF1), Nija atau Siti Harnizah Tahar, 27. Nija yang kini bergelar isteri kepada Zulkarnain Ismail, 26, pernah putus cinta dengan lelaki berkenaan pada tahun 2003 sewaktu dia memulakan langkah seni selepas menyertai AF1. Mereka kemudiannya disatukan sebagai suami isteri dengan hanya sekali lafaz oleh Timbalan Imam Besar Negeri Johor, Datuk Mahat Mohd. Said pada pukul 9.45 malam, Sabtu lalu di kediaman Nija, di Taman Bukit Saujana, Johor Bahru.

Zulkarnain yang memberi wang hantaran sebanyak RM20,000 dan mas kahwin bernilai RM200 kepada Nija berharap mahligai yang dibina akan berkekalan sehingga akhir hayat. Pihak lelaki turut membawa sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 daripada pihak perempuan.

Linda Onn: Fahrin, kita jumpa di Mahkamah

Rabu, 3 Februari 2010

Linda Onn atau Rozalinda Onn melalui peguamnya, Datuk Hazman Ahmad telah membalas notis tuntutan yang dibuat oleh Fahrin Ahmad dengan menafikan kenyataannya di dua akhbar tabloid sebagai berunsur fitnah. Menurut peguam Fahrin Ahmad, Tengku Naufal Tengku Mansur, kenyataan yang terkandung dalam surat tersebut turut mengheret seorang selebriti lain yang mana mungkin teman rapat kepada Linda Onn.

"Linda telahpun menghantar surat melalui peguamnya bahawa dia bersedia membawa perkara ini ke mahkamah dan menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh dua buah akhbar tabloid tersebut sebagai berunsur fitnah. Apa yang mengejutkan dia juga telah mengaitkan seorang lagi selebriti dalam kenyataan itu. Linda mendakwa dia hanya mengiyakan kenyataan yang dibuat oleh seorang selebriti lain tentang hal tersebut. Apa yang pasti Linda telah mengesahkan untuk berjumpa di mahkamah. Namun kami masih dalam proses perbincangan dengan peguam tanpa prejudis dari pihak akhbar," katanya. -mStar

Ikhtibar kisah hidup Lan A to Z

Suatu masa dahulu, nama Lan A to Z atau Norazlan Abdul Aziz cukup popular. Digilai ramai anak gadis, Lan A To Z antara artis yang berjaya di era 90-an apabila kumpulan berkenaan meraih sukses dalam penjualan album dan pertunjukan pentas. Kaya, mewah dan bergaya, Lan mampu menggapai apa saja yang diinginkan termasuklah mengahwini wanita kacukan yang cukup jelita, Marcella Casissi Shariff, bekas pramugari penerbangan Royal Brunei.

Pun begitu, itu cerita 11 tahun lalu. Hari ini, lelaki yang pernah digilai ramai itu semakin ‘layu’ dan dilupakan. Dia tidak lagi meraih populariti sama seperti 11 tahun lalu. Malangnya, Lan bukan sahaja kehilangan peminat dan populariti, sebaliknya turut kehilangan kekasih hatinya, Marcella. Marcella memilih untuk kembali ke tanah kelahirannya di England dengan membawa bersama permata hati mereka, Puteri Nur Aqmar,10, Puteri Nur Syafiqah,9, dan Puteri Nur Farhana,3.

“Ia terjadi selepas saya mengalami kejatuhan dalam dunia muzik. Kesempitan hidup membuatkan saya hilang segala kemewahan dan sukar untuk menggembirakan hati anak-anak dan isteri.
“Akhirnya saya membenarkan isteri membawa anak-anak untuk tinggal bersama ibunya di Lancashire, England,” cerita Lan yang tidak pernah sekali pun terdetik untuk menceraikan Marcella.
“Saya tahu saya kurang pada harta tetapi istimewanya saya ini ialahseorang yang setia terhadap isteri. Saya masih mengharap agar semua akan menjadi pulih seperti sedia kala” katanya lagi. -Utusan

Black, Anne Ngasri digesa supaya bertaubat

Astagrafirullahhalazim. Itu lah yang dapat diucapkan oleh seorang peminat artis melalui forum internet tempatan apabila mengenangkan 2 kisah artis ni, Black dan Anne Ngasri. Terlalu perihatin dan menekankan konsep agama, peminat ini meminta kedua-dua artis ini segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar serta ingat asal usul. Bagi penulis mungkin peminat nie selalu amik berat mengenai 2 artis tu, sebab tue dia nak artis ni menjadi mentor kepada dirinya.

Black
( x la hansme n mgkin die ni culture shock....yela biase susah tb2 masuk line ni kire terkejut)

teringat iklan kat tv3 black yg x hnsme ni ckp " dulu saye susah....stiap hari tolong ayah jual ikan.....hidup sye berubah stlah mng mentor......lbh bermakna bile berjaya merangkul angrh vokal terbaik ajl....smuenye saye perolehi dari program mentor"

sepatutnya black ckp cmni " dulu saye susah.....setiap hari tolong ayah jual ikan.....hidup saye berubah stlah mng mentor....saye dah pandai jdikan budaya barat sbg ikutan......saye dah mula pandai lage pipi...smuenye saye perolehi dari program mentor"

alasan black sb anggap mas idayu tu mummy mmg sgt mempersendakan agama....knp la jahil sgt smp boleh fikir camtu......fikir logik la black oooiii......klu anggap mas idayu tu mak.....sng la lps ni kite boleh pluk n cium sape2 pun sb kite anggap org tu muhrim kite.....ceteknyeeee iman budak ni.....taubat laa.....

Anne Ngasri
ni sorang lagi.....niat dah elok nak bertudung.....tapi buka dgn alasan nak cari rezeki....ya allah.......berilah petunjuk kpd die ni........skjp buka skjp tutup dgn alasan sbgitu mmg cukup menyatakan die ni mempersendakan agama.....alasan itu same macam org yg bagi alasan "terpakse jual arak atau lacurkan diri untuk mencari rezeki.... anne spttnya istiqamah lah sebab hukum agama ni bukan boleh bawak main.......perkara ni x kan dipertikaikan kalau die ni tutup mulut sb care die ckp dalam melodi tu macam pandaiiii sgt agame......ish3......knp la jd cmni...... pe pun same2 la kite doakan anne ni akan istiqamah n x sng2 nak main2 dgn hukum agama........ingt anne......matlamat x menghalalkan cara....fikir2kan la....

semoga mereka2 ni bertaubat n artis2 di luar sna jg lah mulut......kalau x tau syariat jgn bercakap........berubah la........sronok skjp je..ingt hidup kite ni untuk 2 alam.....dunie n akhirat..........sronok kat dnie x menjamin dek...

Awal Kahwin Tahun Depan

Menurut sumber terdekat dan sahih yakni daripada salah seorang keluarga Awal Asahari sendiri, telah memberi kenyataan bahawa Awal akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan atau 2010, tidak dapat dipastikan tarikh itu dengan jelas. Wanita yang telah berjaya bertakhta di hati Awal itu ada , cuma mereka perlu mengenali antara satu dengan lain dan menunggu masa yang sesuai. Boleh dikatakan statusnya masih lagi rahsia kepada umum. Mungkinkah Scha al Yahya?

Saleem mula dikenali di seluruh dunia melalui Youtube

Selasa, 2 Februari 2010

Saleem yang lagunya kini meletop-letop akibat dek lagunya yang berjudul 'Jauh Kau Pergi ( Tinggal Kenangan )' di dalam negara sememangnya meningkatkan prestasi kehidupan dalam hidup Saleem yang dahulunya tenggelam dek benda yang haram. Pun begitu, Saleem kini hampir dikenali di seluruh dunia melalui laman web YouTube dengan nyanyiannya 'Soldier of Fortune'. Dalam video yang dnyanyikannya ketika Zoom In di TV2 itu mendapat komen bernas daripada US, UK, bulgaria, spain, algeria, mexico, serbia, netherlands dan pelbagai lagi. Syabas Saleem.

Dee maafkan orang hina dirinya pondan

Pengacara dan pelawak popular Dee tidak pernah ambil pusing cemuhan orang ramai terhadap dirinya. Dee yang mula terkenal sejak berlakon program TV 'Jangan Ketawa' 10 tahun yang lalu dan mula di 'replay' di Astro Warna tetap komited dengan pendirian diri. Walaupun banyak hinaan dan sindiran yang dipostkan di beberapa laman web, forum dan juga blog, Dee sebolehnya ambil sikap let it be dan positif.

"Biarlah apa orang nak kata. Saya maafkan orang-orang yang hina saya, nanti kalau mati susah pula...," kata Dee dalam nada bersahaja.
Cacian yang dilemparkan boleh membuat sesiapa saja makan hati tapi Dee seorang yang pemaaf kerana dia sedar sebagai artis, kehidupannya tidak boleh terlepas dari perhatian orang ramai.
"Nak kata, katalah. Bukannya saya tak tahu ramai yang kata saya pondanlah, bapoklah, orang tua tak sedar diri," jelas Dee.
Gandingan nama 'Dee & Moon' juga meniti di bibir peminat-peminat siri komedi popular itu. Tapi itu smeuanya bagai satu lipatan sejarah. Kini, Dee lebih senang bergerak sendiri sebagai pengacara. Bagi Dee berpakaian seperti wanita hanyalah hiburan semata-mata dan caranya untuk mencari makan dalam dunia hiburan. -mStar

Fan Anti Fahrin Ahmad

Tidak tahu siapa dalang disebalik pembuatan fan page berkenaan. Memang tidak takut untuk di saman oleh En. Fahrin yang semamngnya mendapat sokongan penuh dari blog izyan.com atas apa yang menimpa dirinya. Fahrin sememangnya manusia yang tidak 'perfect' dan juga ada kesilapan yang dilakukan oleh dirinya sama dengan orang lain. Tapi soal mengaibkan keburukan secara terbuka adalah sesuatu yang tidak wajar. Menjaga aib sesama saudara sendiri kan dituntut dalam agama.

Gambar terbaru Azharina Azhar

Azharina Azhar nie memang artis muda yang terkenal dek penampilannya yang seksi selepas bercerai dengan Datuk S. Usia Azharina Azhar masih lagi muda, tapi orang beranggapan bentuk badannya seakan-akan orang yang dah berumur. Mungkin itu anugerah Tuhan kepada dirinya. Cuma Azharina Azhar yang berstatus janda ini masih lagi mencari jalan untuk memperbaiki diri dan seterusnya mencari calon suami yang baru. Azharina Azhar masih lagi bertenaga dan power bila bernyanyi.

Sari Yanti lagak tahap Diva?

Isnin, 1 Februari 2010

Sebenarnya dah ramai sangat yang mengadu perihal artis cantik, Sari Yanti yang juga pernah berlakon dalam drama bersiri Kaisara dulu. Lakonannya bertambah baik berbanding pada awal kemunculannya dahulu. Tambah-tambah lagi bila dah bergelar isteri, dia semakin nampak matang. Tapi, ramai yang kata Sari dah tunjuk perangai diva bila di lokasi. Sebenarnya dah banyak kali, cuma ini yang terbaru. Itu pun sebab sumber rasmi, nama popularnya, Cik Kintan Kepochi yang cakap.

"korang nak tahu, aku rasa si Sari tu plastiklah. Bukan aku seorang yang perasan tapi ramai orang lain tahu perkara yang sama. Dahlah suka datang lambat ke set, itu normal, tapi yang tak syoknya bila dia datang awal pandai pula naik hantu. Bukan setakat buat muka masam tapi dah pandai herdik krew produksi, minta diberi kelonggaran datang lambat atau babaknya dirakam terlebih dahulu.
"Ishh, macam-macamlah si Sari tu, aku rasa sikap lemah-lembut dia didepan kamera plastik semata-mata," itu kata Cik Kintan macam melepaskan geram. Kosmo

Fan We Hate Abby Abadi

Sekarang ni mentaliti segolongan Melayu dah semakin canggih manggih. Sampai menubuhkan fan untuk membenci orang. Kerja seperti nie memang tak mengalakkan, kalau menyokong itu tidak menjadi masalah jika kita tahu apa yang mereka lakukan itu untuk kebaikkan. Nampak kasihan orang-orang yang dibenci ni terutama Abby Abadi, periuk nasi mereka, biarlah mereka yang uruskan. Yang buat Fan page nie, kalau dah masuk media/berita atau kes mahkamah, mula mengelabah nak delete page, kata berani pada mulanya, jumpa ruas, ter... ter... ter...

Chef Wan akan terima gelaran Datuk

Walaupun gelaran Chef TV Selebriti Terbaik Dunia yang dipegang Chef Wan sejak tahun lalu akan berpindah tangan kepada orang lain tahun ini, tapi baguslah kita mengucapkan tahniah kepada chef Wan. Yalah daripada sumber sahih, bermula 1 Februari 2010 atau hari ini, Chef Wan bakal dimahkotakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertuan Agong dan kerajaan Malaysia.

Tak sia-sialah penat lelah selama lebih 25 tahun yang dipikul Chef Wan sebagai tukang masak sehingga membuka mata banyak pihak bukan saja dalam negara malahan di peringkat antarabangsa. Dek kerana bakat, kecekapan dan paling utama jasanya mengharumkan nama negara, sememangnya beliau layak untuk menerima gelaran itu. Murai

Wanita seksi dalam video Joe Flizzow

Dalam video klip terbaru yang berjudul, Do It, Duit nyayian Joe Flizzow semamangnya bukan asing lagi. Lagu remix berkenaan menjadi kesukaan muda mudi masa kini. Namun yang jadi persoalan adalah mengenai siapa artis seksi dalam klip video berkenaan. Siap berbikini di tepi pantai mengalahkan omputih lagi. Dan Joe Flizzow pun layan seperti sepasang kekasih sahaja. Tidak tahu lah kalau wanita berkenaan sekadar pelakon tambahan di klip berkenaan. Yang lagi pelik, apa kaitan bendera negeri Johor di sana.