Dee maafkan orang hina dirinya pondan

Pada: Selasa, 2 Februari 2010
Pengacara dan pelawak popular Dee tidak pernah ambil pusing cemuhan orang ramai terhadap dirinya. Dee yang mula terkenal sejak berlakon program TV 'Jangan Ketawa' 10 tahun yang lalu dan mula di 'replay' di Astro Warna tetap komited dengan pendirian diri. Walaupun banyak hinaan dan sindiran yang dipostkan di beberapa laman web, forum dan juga blog, Dee sebolehnya ambil sikap let it be dan positif.

"Biarlah apa orang nak kata. Saya maafkan orang-orang yang hina saya, nanti kalau mati susah pula...," kata Dee dalam nada bersahaja.
Cacian yang dilemparkan boleh membuat sesiapa saja makan hati tapi Dee seorang yang pemaaf kerana dia sedar sebagai artis, kehidupannya tidak boleh terlepas dari perhatian orang ramai.
"Nak kata, katalah. Bukannya saya tak tahu ramai yang kata saya pondanlah, bapoklah, orang tua tak sedar diri," jelas Dee.
Gandingan nama 'Dee & Moon' juga meniti di bibir peminat-peminat siri komedi popular itu. Tapi itu smeuanya bagai satu lipatan sejarah. Kini, Dee lebih senang bergerak sendiri sebagai pengacara. Bagi Dee berpakaian seperti wanita hanyalah hiburan semata-mata dan caranya untuk mencari makan dalam dunia hiburan. -mStar

Tag : , , ,