Pada:
Rabu, 3 Februari 2010

Pun begitu, itu cerita 11 tahun lalu. Hari ini, lelaki yang pernah digilai ramai itu semakin ‘layu’ dan dilupakan. Dia tidak lagi meraih populariti sama seperti 11 tahun lalu. Malangnya, Lan bukan sahaja kehilangan peminat dan populariti, sebaliknya turut kehilangan kekasih hatinya, Marcella. Marcella memilih untuk kembali ke tanah kelahirannya di England dengan membawa bersama permata hati mereka, Puteri Nur Aqmar,10, Puteri Nur Syafiqah,9, dan Puteri Nur Farhana,3.

“Ia terjadi selepas saya mengalami kejatuhan dalam dunia muzik. Kesempitan hidup membuatkan saya hilang segala kemewahan dan sukar untuk menggembirakan hati anak-anak dan isteri.
“Akhirnya saya membenarkan isteri membawa anak-anak untuk tinggal bersama ibunya di Lancashire, England,” cerita Lan yang tidak pernah sekali pun terdetik untuk menceraikan Marcella.
“Saya tahu saya kurang pada harta tetapi istimewanya saya ini ialahseorang yang setia terhadap isteri. Saya masih mengharap agar semua akan menjadi pulih seperti sedia kala” katanya lagi. -Utusan
Tag : Berita Artis , England , Lan A to Z , Royal Brunei