Din Beramboi kesal cakap 'hanjing'

Pada: Jumaat, 5 Februari 2010
Perkataan 'hanjing' yang terkeluar daripada mulut pelawak Spontan, Host rancangan Mandi serta juri tetap Raja Lawak Musim keempat (RL4) beberapa minggu lalu, Din Beramboi mengakui kesilapannya kerana terlepas cakap semasa memberi kritikan kepada Kumpulan Antu RL4 bagaimanapun dia menggangap perkataan yang disebutnya itu sebagai perkara biasa.

"Memang saya mengaku terlepas cakap, walaupun saya masih dalam keadaan sedar," ujarnya dengan nada kesal.
Menurut penyampai radio ERA FM ini, dia menganggap perkataan 'hanjing' yang dikeluarkan itu adalah satu perkara yang normal dan tidak perlu dibesar-besarkan kerana dia sudah pun mengaku salah dan meminta maaf akibat kelancangan mulut 'lasernya' itu.
"Itu perkataan biasa digunakan sekarang, lagipun saya sudah mengaku salah," katanya.
Selain itu, pelawak ini sudah dapat mengagak risiko yang bakal diterimanya selepas mengeluarkan perkataan yang hanya layak digambarkan kepada spesis binatang sahaja.
"Selepas menyebut perkataan itu, saya dapat rasakan padah yang akan diterima nanti," katanya dalam nada ketawa.
Bagaimanapun, Din mengakui dia sebenarnya tidak bermaksud menyamakan kumpulan tersebut dengan spesis binatang itu.

Tag : , , ,