Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Perkahwinan pembaca berita Azliyanti Ibberahim

Sabtu, 9 Januari 2010

Pembaca berita TV3, Azliyanti Ibberahim selamat melangsungkan majlis perkahwinannya baru-baru ini bersama jejaka pilihannya. Tidak diketahui penulis siapa nama jejaka pilihannya itu. Pun juga, tidak dapat dipastikan Azliyanti Ibberahim pembaca berita TV3 yang dibahagian mana, 1.30 atau buletin utama. Apa-apa pun tahniah lah kepada kedua-dua mempelai, semoga bahagia ke akhir hayat.

Pernikahan Aliah Lee Abdullah

Dalam diam-diam akhirnya pecah juga rahsia. Itulah yang telah dilakukan oleh Aliah Lee, 38, janda kepada pengarah filem, Aziz M. Osman, dimana dia telah selamat mengadakan majlis akad nikah dengan jejaka pilihannya, Mohammad Zekri Ibrahim, 41. Majlis rahsia berkenaan diadakan pada pukul 10.20 am di masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, 8/1/2010. Cuma 70 orang kenalan termasuk keluarga kedua belah pihak turut menghadirinya. Apa-apa pun semoga kekal hingga ke akhir hayat lah Aliah. Soal tudung??


Stacy akan ke Lim Kok Wing University

Juara Akademi Fantasia musim keenam, Stracy Angie Agam atau Stacy kini semakin matang dalam persembahannya. Walaupun seringkali dikaitkan dengan artis luar negara namun bagi Stacy dia masih ada kelebihan tersendiri. Biarpun kini dia berada pada tahap yang boleh dibanggakan, tetapi Stacy tidak mahu melupakan asal-usulnya dahulu. Paling menyentuh hati apabila dia terpaksa berhenti sekolah semata-mata untuk menanggung keluarga tercinta dengan menyanyi di tiga buah kelab malam terkemuka di Penampang, Sabah.

Hasrat untuk menyambung pelajaran yang tergendala sekian lama kini menjadi kenyataan bagi Stacy apabila dia bakal menjadi penuntut di Universiti Lim Kok Wing pada Februari ini.

"Saya bakal sambung pelajaran tahun ini. Saya sangat bersyukur kerana hasrat yang saya simpan selama ini menjadi kenyataan. Kalau dulu tak berpeluang nak sambung sebab ada banyak hal, sekarang saya rasa masa yang sesuai untuk belajar semula. Dari tahun lepas sebenarnya saya sudah rancang dan buat persiapan yang patut. Bulan Februari ini saya akan mendaftarkan diri di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Sound and Music." ujar Stacy..

Kaitan Rozita Che Wan, filem Avatar?

Tidak mungkin ada kaitan diantara kedua-dua artis di Malaysia dan juga di Amerika ini. Cuma sebagai gurauan dihujung-hujung minggu. Filem Avatar yang telah berjaya mengaut keuntungan berjuta-juta dolar semamangnya satu filem yang hebat juga. Itulah yang dilaksanakan oleh hasil karya ulung, James Cameron. Tidak disangka-sangka pula, ada watak dalam filem berkenaan begitu mimik muka mereka hampir serupa, mungkin pada pandangan mata kasar orang yang berfikiran lucu lah. Jangan marah Rozita..

Aksi peluk Harun Salim dan Liyana

Jumaat, 8 Januari 2010

Aksi peluk ni memang susah mahu ditafsirkan lagi. Memandangkan ramai yang akan membuat spikulasi yang bukan-bukan. Namun aksi peluk antara Harun Salim Bachik dan Liyana Jasmay bagi penulis merupakan pelukan diantara ayah dan anak angkat kot. Que Haidar juga tidak mahu melepaskannya juga, pegang bahu pun jadilah. Gambar ini diambil ketika mereka bertiga membintangi filem Duhai Si Pari Pari, kiranya cerita dongengan sedikit. Dimana Harun menjadi bapa pari-pari. Kuang3.

Nabil , Irma bertunang 3 bulan

Rami peminat sudah maklum, juara Raja Lawak 2 (RL2), Nabil, 27, sedang hangat bercinta dengan pelakon dan pengacara berbakat, Irma Hasmie, 28. Ketika ditemui pada pelancaran lagu dan laman sesawang rasmi filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Nabil yang tidak ditemani Irma telah menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan pelakon tersebut pada tahun ini.

"Kami ada merancang untuk bertunang pada 2010 ini. Ia sebagai mengeratkan hubungan percintaan kami. Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, kami akan mengumumkan tarikh pertunangan kami tidak lama lagi. Terus terang, kami mahu bertunang 3 bulan saja dan selepas itu kahwin", katanya dengan ceria.
Lebih daripada itu, Nabil telah pun membayangkan majlis perkahwinannya nanti dengan Irma yang akan menonjolkan 3 konsep resepsi.

"Walaupun saya seorang lelaki tapi saya memang ambil serius tentang perkahwinan. Saya teringin buat3 konsep yang sudah bermain dalam fikiran saya. Konsep itu adalah konsep kampung yang memang dibuat untuk orang-orang di kampung halaman saya, kedua untuk keluarga dan saudara mara yang menetap di Kuala Lumpur dan ketiga garden wedding untuk rakan artis dan media," jelasnya lagi.

Faizal Bin Ismail kaki bengkak

Pada akhir tahun yang lalu, deejay radio yang lawak dan juga pelakon, Faizal B Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI telah mengalami kecederaan pada bahagian kakinya dan mengalami bengkak yang teramat sehinggakan tersadai di rumah untuk beberapa lama dan tidak dibenarkan kerja oleh doktor. Dan masa yang terluang itu digunakan sepenuhnya oleh FBI dengan bermain lama sosialnya. Mungkin sekarang sudah sembuh dan memulakan tugas seperti biasa di stesen radio Hot FM.

Mawi tolong orang untuk berniaga

Penyanyi popular satu masa dahulu, Asmawi Ani atau Mawi kini melebarkan lagi empayarnya daripada bidang nyanyian, lakonan, penerbitan dan kini bergelar ‘tauke’ medan selera pula. Mawi yang mengakui tidak arif tentang hal-hal masakan berkata, dia lebih senang menyediakan tapak kepada para peniaga untuk menjual makanan mereka dan membiarkan mereka.

"Perancangan terbaru saya ialah untuk membuka kedai makan ala food court (medan selera), sekarang bangunan sedang dibina dan dijangkakan pertengahan bulan ini dah boleh mula operasi. Saya ingin namakan food court itu ‘Lambai-Lambai’. Sudah dua tahun saya simpan hasrat untuk buka kedai makan ini.
"Lokasinya di Jalan Mariamah, Johor Bahru. Dulu kawasan ini kosong tidak diusahakan jadi saya ambil peluang ini untuk buka kedai sebab lokasinya juga agak strategik," ujar Mawi.
Menurutnya, kedai tersebut boleh memuatkan 10 gerai makan dan bakal disewakan kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga.

Abby Abadi, Norman hantar anak ke sekolah

Khamis, 7 Januari 2010

Pada hari petama persekolahan beberapa hari yang lalu, dua artis janda dan duda telah bersama-sama pergi ke sekolah untuk sesi pendaftaran pelajar baru bagi anaknya. Mereka adalah Abby Abadi dan Norman Hakim. Mereka berdua ketika berada disana nampak lebih mesra daripad yang dijangka gara-gara gambar 'panas' yang disebarkan oleh Memey baru-baru ini. Mungkin Abby masih sayangkan keluarganya termasuk Norman Hakim, namun sayangnya munculnya orang ketiga yang telah mengeruhkan keadaan rumahtangga mereka.

Sazzy Falak dan Pizza Hut

Seperti baru pertama kali makan Pizza. Itulah yang berlaku diantara Sazzy Falak dengan rakan-rakannya ketika menyambut kedatangan Pizza. Seperti sedia maklum Pizza terkenal dengan harga yang mahal dan tidak mengenyangkan pada pandangan umum. Seperti Sazzy Falak, sebelum nak makan Pizza, mereka kena amik gambar dahulu, sebagai kenang-kenangan begitu. Gambar diambil dikediaman Daphne Iking beberapa bulan lalu namun Daphne Iking tidak kelihatan dalam gambar. Mungkin keluar malam kot. Ngeh3.

Akim nafi jadi Gay

Semacam ada sumpahan dalam industri hiburan ketika ini. Kebanyakan yang menjadi sasaran tohmahan adalah artis lelaki baru. Artis berpakej lengkap dan wajah pretty boy sering dituduh artis gay. Akim AF7 juga tidak terkecuali dilabelkan gay oleh tanggapan stereotaip tersebut. Meskipun pernah digosip bercinta dengan rakan seperjuangan, Aishah, Akim terus menerus dianggap seorang gay.

Lelaki kacak selalunya ingin dilihat macho tanpa ada sebarang sifat lembut dalam diri mereka. Mungkin itu sifat lelaki tulen yang ingin dilihat orang di luar sana. Kecantikan dan sifat lemah lembut dalam diri Akim menjadi punca Akim turut dilabel dalam golongan tersebut. Apa kata Akim?
"Saya tahu ramai yang cakap saya gay tapi familiy saya tahu siapa Akim yang sebenarnya. Saya tak kisah berkawan dengan sesiapa dan saya mengaku ada kawan daripada golongan gay dan lesbian. Tapi itu tak bermaksud saya gay," ujar Akim tegas kepada ManggaOnline.
Janganlah mudah membuat kesimpulan dengan hanya memandang luaran sahaja. Diharap Akim tabah dengan tuduhan tidak berasas seperti itu.

Bung kelakar, Madu satu Baik - Zizie Ezette

Gosip tentang pernikahan Zizie dengan ahli politik dari Sabah itu mula menjadi topik perbualan hangat pada pertengahan Disember lalu di kalangan ahli-ahli parlimen. Walaupun begitu, aktres berbakat besar itu masih terbuka untuk menjawab beberapa soalan yang diutarakan selepas membina mahligai indah dengan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu. Zizie yang baru pulang dari bercuti dengan suami tersayang berkata dia sudah menemui apa yang dicari-cari selama ini iaitu kebahagiaan dan ketenangan.

“Alhamdulillah, kehidupan saya bertambah bahagia dan tenang. Allah sudah tunjukkan jalan yang terbaik untuk saya. Dia (Bung) seorang yang kelakar, bertanggungjawab dan yang penting jujur menyayangi saya,” luahnya penuh syukur.
Dalam masa yang sama, Zizie berkata cukuplah mereka sudah mengaku tentang perkahwinan ‘rahsia’ itu. Katanya lagi, tidak perlulah semua orang mengetahui lebih lanjut tentang perkahwinan itu.

Ketika ditanya bagaimanakah hubungan Zizie dengan isteri pertama Bung iaitu Datin Nor Asidah, aktres putih gebu itu enggan memberikan komen sama ada pernah berjumpa atau tidak dengan wanita itu.
“Cukuplah saya katakan dia (Datin Nor Asidah) merupakan seorang wanita yang sangat-sangat baik di mata saya,” beritahu Zizie sejujurnya.

Baju melayu pilihan Ana Raffali bila menyanyi

Rabu, 6 Januari 2010

Siapa Ana? nama betulnya adalah Ana Nurhidayah Mohd Raffali atau Ana Raffali, 24, merupakan seorang pendatang baru dalam dunia seni tanah air yang berkeupayaan untuk menyanyi, mengubah dan menulis lirik dalam waktu yang sama. Ana yang memperjuangkan diri dalam jalur muzik indie mengaku cukup selesa dengan penampilan baju kurung atau kebaya semasa menjayakan persembahan mahupun sesi fotografi dan konsert. Secara kebetulan Ana giat bermain gitar semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan mengadakan persembahan untuk majlis-majlis tertentu di sana sambil memakai baju kurung atau kebaya.

Zahnita ikut fesyen Siti Nurhaliza

Kalau anda masih lag ingat mengenai kisah ketika Zahnita mula-mula muncul sebagai anak seni beberapa tahun yang lepas, ramai yang mengatakan wajahnya mirip/seiras dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Sehinggakan Zahnita terpaksa membuat dan menyuarakan kenyataan yang beliau tidak mahu di samakan dengan ikon artis popualar berkenaan. Dengan tidak disangka-sangka, maka hari ini, Zahnita sendiri nampaknya mahu menyamakan diri beliau dengan Datuk Siti Nurhaliza dari bentuk fesyen yang dipakai.

Nash, Betty Benafe bercinta

Kalau hati sudah berkenan status duda bukan penghalang. Bila penyanyi hitam manis Nash Lefthanded mendapat dua kuntum mawar putih daripada penyanyi dan pelakon jelita, Betty Banafe di majlis perkahwinan anak saudara pelawak dan pelakon Zaibo di Bukit Damansara kelmarin. Betty, yang baru saja pulang dari kelas agama hanya tersenyum manis ketika diusik tentang hubungan mesranya dengan Nash. Malah, ramai yang tidak sedar keserasian antara mereka sebenarnya sudah lama terjalin ketika di Persatuan Karyawan lagi.

Dan petang itu, tautan hati dua insan yang berstatus duda dan dara ini, sememangnya tidak mampu disembunyikan lagi. Di kalangan kawan-kawan, kemesraan Betty, 31, dan Nash, 50, bukan satu rahsia. Dan petang itu bersaksikan hadirin yang meraikan pasangan 'Nabila Datuk Abdul Halim dan Azlan Muhammad', ketika Nash menyampaikan lagu 'Doa Buat Kekasih' di atas pentas, Betty menghadiahkan dua kuntum mawar putih kepada Nash.

Aksi spontan Betty yang begitu teruja mendengar bait-bait lagu romantis itu mengundang senyuman dan beberapa persoalan. Kenapa dua kuntum bunga mawar?
"Ia simbolik dan ada maksud tersirat. Hanya abang Nash yang tahu...,". Ujar Betty
Seusai menerima kuntuman mawar itu, Nash langsung memberitahu hadirin yang hadir,
"Saya akan simpan bunga ini sampai kering."
Walaupun dalam nada seloroh, Nash kelihatan cukup gembira petang itu.

Ketika turun dari pentas, giliran Nash pula memetik sekuntum mawar dalam jambangan berhampiran dan memberikannya kepada Betty sebagai balasan. Turut sama menyaksikan kebahagiaan Nash dan Betty petang itu adalah satu-satunya anak lelaki Nash, Syamir Nasha yang ralit melihat gelagat ayah dan teman barunya itu.

Zizan Nin 2010 tamatkan zaman bujang?

Sejak bulan lepas, bermacam-macam cerita yang disampaikan tentang Zizan Nin. Ada yang mengatakan dia akan melangsungkan perkahwinannya pada Januari ini. Tak kurang juga yang melaporkan jejaka ini sudah menamatkan zaman bujangnya pada 18 Disember lalu. Puas diasak, namun Zizan memang berat mulut untuk berkongsi. Yang dapat didedahkan, perancangannya adalah untuk berkahwin pada tahun ini walaupun tarikh belum ditetapkan lagi.

“Saya nak dapatkan sesuatu yang ‘solid’ dulu sebelum dikongsikan dengan para media dan peminat. Bukan senang nak merancang satu perkahwinan. Tapi saya tidak akan merahsiakan perkahwinan saya,” jelasnya yang sudah mengenali bakal isterinya itu lebih setahun lalu. berusia lewat 20-an, sejuk mata memandang dan seorang yang sederhana dalam semua aspek
Apabila ditanya apa yang membuatnya mengambil keputusan menyunting gadis itu sebagai teman hidupnya, jawab jejaka berusia 36 tahun itu yang pernah meletakkan target usia 27 tahun sebelum ditundakan kepada 32 tahun untuk berumahtangga,
“Kami saling mencintai dan jodoh yang membuat saya terpikat padanya.”

Umie Aida dengan kebaya seksi

Selasa, 5 Januari 2010

Majlis perkahwinan Serina dan juga Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar yang berlangsung beberapa hari yang lalu selamat dilaksanakan. Kedua-dua mempelai sudah sah bergelar menjadi isteri dan terhindar daripada maksiat sesama mereka. Kini tugas Serina adalah mendidik Suaminya itu mendalami ilmu agama. Namun hal yang lain, ketika majlis itu ada lah juga artis-artis yang dijemput hadir, ini termasuk dua rakan baik, Nurul dan juga Umie Aida yang mengayakan kebaya moden yang menampakkan tubuh badan. Memang menjolok mata lah sedikit pakaian Umie ni.

Gambar Kandid Harlina, Tunang Sheikh Muszaphar

Berlangsungnya majlis pertunangan mereka berdua, Dr Sheikh Muszaphar dan juga Dr Harlina yang bertempat di Allson Klana, Seremban bersamaan 1 Januari 2010 menamatkan semua spikulasi bahawa pasangan ini sudah berpisah dahulu. Malahan mereka berdua makin berjaya menuju ke gerbang alam pernikahan yang bakal dilangsungkan pada 10 Oktober 2010 (10/10/10). Dr Harlina sememangnya orang yang manis dipandang, maka adalah sesuai sangat-sangatlah jika dijodohkan kepada Sheikh. Semoga kuat menempuhi dugaan bertunang nanti..

Isteri Ako Mustapha selamat lahirkan anak

Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo yang juga rakan baik pelakon, Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 37, menyampaikan berita gembira mengenai pelakon itu dan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah, 29, apabila baru saja dikurniakan anak perempuan bersamaan 31 Disember lalu. Pasangan ini selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Batu 4, Sandakan,Sabah, 17 Januari lalu.

Syukur kepada Allah kerana isteri Ako, Kartina selamat melahirkan bayi perempuan comel yang dinamakan Merissa Tempawan di Tropicana Medical Center. Kata Calvin lagi, ibu dan bayi juga sihat dan kini masih berpantang di rumah. Semoga kehadiran Merissa terus mengukuhkan kebahagiaan rumah tangga Ako dan isteri tercinta. Tambah Kata Calvin, nama Tempawan itu dipilih sempena nama ibu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seperti yang kita tahu Ako adalah cucu kepada kakak sulung Dr Mahathir, Allahyarham Rafeah. Bagaimanapun, buat masa ini, kata Calvin, Ako dan Kartina belum bersedia menayangkan wajah anak mereka kepada pihak media.

Memey tak kisah Norman Hakim Curang

Memey Suhaiza menegaskan bahawa gambar-gambar kontroversi tersebut (dengan Norman Hakim dan anak) hanya untuk tatapan rakan-rakan beliau sahaja namun ianya jatuh ke tangan pihak tidak berwajib tanpa di sangkakan oleh dirinya yang telah mengawal sepenuhnya halaman sosial komuniti dirinya. Lantas, ini membuatkan Abby Abadi tidak segan silu menuduh Memey sengaja menyebarkan gambar berkenaan dan menggunakan medium anak-anak Abby dan Norman untuk meraih simpati umum.

Lebih menarik lagi apabila ada yang bertanyakan soalan nakal kepada Memey, tidak takutkah atau gementar Memey jika di takdirkan berkahwin dengan Norman Hakim dan apa yang terjadi kepada Abby Abadi kembali berulang kepada diri Memey? Seakan sedar akan situasi yang beliau hadapi sekarang, Memey menegaskan bahawasanya dia sudah bersedia dan berani menghadapi sebarang kemungkinan dan percaya ianya ketentuan Tuhan.
“Jika itu yang berlaku, ia lumrah hidup yang perlu saya bersedia untuk hadapi. Tapi saya harap dijauhkan itu semua.” ulas Memey Suhaiza.