Pada:
Jumaat, 8 Januari 2010

"Kami ada merancang untuk bertunang pada 2010 ini. Ia sebagai mengeratkan hubungan percintaan kami. Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, kami akan mengumumkan tarikh pertunangan kami tidak lama lagi. Terus terang, kami mahu bertunang 3 bulan saja dan selepas itu kahwin", katanya dengan ceria.Lebih daripada itu, Nabil telah pun membayangkan majlis perkahwinannya nanti dengan Irma yang akan menonjolkan 3 konsep resepsi.

"Walaupun saya seorang lelaki tapi saya memang ambil serius tentang perkahwinan. Saya teringin buat3 konsep yang sudah bermain dalam fikiran saya. Konsep itu adalah konsep kampung yang memang dibuat untuk orang-orang di kampung halaman saya, kedua untuk keluarga dan saudara mara yang menetap di Kuala Lumpur dan ketiga garden wedding untuk rakan artis dan media," jelasnya lagi.
Tag : Berita Artis , Irma Hasmie , Nabil , Pertunangan

