Stacy akan ke Lim Kok Wing University

Pada: Sabtu, 9 Januari 2010
Juara Akademi Fantasia musim keenam, Stracy Angie Agam atau Stacy kini semakin matang dalam persembahannya. Walaupun seringkali dikaitkan dengan artis luar negara namun bagi Stacy dia masih ada kelebihan tersendiri. Biarpun kini dia berada pada tahap yang boleh dibanggakan, tetapi Stacy tidak mahu melupakan asal-usulnya dahulu. Paling menyentuh hati apabila dia terpaksa berhenti sekolah semata-mata untuk menanggung keluarga tercinta dengan menyanyi di tiga buah kelab malam terkemuka di Penampang, Sabah.

Hasrat untuk menyambung pelajaran yang tergendala sekian lama kini menjadi kenyataan bagi Stacy apabila dia bakal menjadi penuntut di Universiti Lim Kok Wing pada Februari ini.

"Saya bakal sambung pelajaran tahun ini. Saya sangat bersyukur kerana hasrat yang saya simpan selama ini menjadi kenyataan. Kalau dulu tak berpeluang nak sambung sebab ada banyak hal, sekarang saya rasa masa yang sesuai untuk belajar semula. Dari tahun lepas sebenarnya saya sudah rancang dan buat persiapan yang patut. Bulan Februari ini saya akan mendaftarkan diri di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Sound and Music." ujar Stacy..

Tag : , , ,