Bung kelakar, Madu satu Baik - Zizie Ezette

Pada: Khamis, 7 Januari 2010
Gosip tentang pernikahan Zizie dengan ahli politik dari Sabah itu mula menjadi topik perbualan hangat pada pertengahan Disember lalu di kalangan ahli-ahli parlimen. Walaupun begitu, aktres berbakat besar itu masih terbuka untuk menjawab beberapa soalan yang diutarakan selepas membina mahligai indah dengan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu. Zizie yang baru pulang dari bercuti dengan suami tersayang berkata dia sudah menemui apa yang dicari-cari selama ini iaitu kebahagiaan dan ketenangan.

“Alhamdulillah, kehidupan saya bertambah bahagia dan tenang. Allah sudah tunjukkan jalan yang terbaik untuk saya. Dia (Bung) seorang yang kelakar, bertanggungjawab dan yang penting jujur menyayangi saya,” luahnya penuh syukur.
Dalam masa yang sama, Zizie berkata cukuplah mereka sudah mengaku tentang perkahwinan ‘rahsia’ itu. Katanya lagi, tidak perlulah semua orang mengetahui lebih lanjut tentang perkahwinan itu.

Ketika ditanya bagaimanakah hubungan Zizie dengan isteri pertama Bung iaitu Datin Nor Asidah, aktres putih gebu itu enggan memberikan komen sama ada pernah berjumpa atau tidak dengan wanita itu.
“Cukuplah saya katakan dia (Datin Nor Asidah) merupakan seorang wanita yang sangat-sangat baik di mata saya,” beritahu Zizie sejujurnya.

Tag : , , ,